Apa yang anda tahu mengenai Pemasaran Facebook? Apa yang menarik yang ada di Facebook tetapi tiada di tempat lain. Saya bermaksudkan tentang bisnes melalui Facebook iaitu tentang bisnes online yang dijalankan di Facebook. Pasti semua orang tahu tetapi tidak semua tahu akan kepentingan ini. Iaitu di Facebook terdapat fungsi Iklan Berbayar, Fungsi Group dan juga Fungsi Fan Page. Kali ini kita hanya fokuskan pada fungsi Fan Page yang terdapat di Facebook dan kita sempitkan perbincangan kita didalam skop “bisnes online”.
Sekarang ini sudah semakin ramai yang berminat berniaga di Facebook. Manakan tidak, saya sebagai “admin” di “Facebook Group” yang bertujuan mengumpulkan penjual penjual dibawah satu bumbung telahpun mempunyai ahli semasa seramai 20 ribu orang. Dan ahli “penjual” yang mahu join semakin bertambah dari hari ke hari. Akan tetapi saya tidak mahu fokus kepada fungsi group tetapi apa yang saya mahu sampaikan adalah ramainya orang yang berminat hendak menjual dan membuat duit online melalui Facebook. Soalannya sekarang apakah teknik pemasaran melalui Facebook yang berkesan yang boleh diikuti?
Pemasaran Melalui Facebook – Bijak Mengambil Peluang
Untuk berjaya di dalam dunia jualan di Facebook, tiada cara lain melainkan anda perlu bijak mengambil peluang. Ramai yang berniaga di Facebook tetapi berapa ramai diantara mereka yang kreatif dan bijak di dalam teknik berniaga? Justeru itu anda perlulah menjadi special dan lain dari yang lain agar mampu untuk bersaing, kompetitif dan seterusnya berhasil menjual dan mendapat untung dengan “rate” yang terbaik.
Kelebihan Fan Page Bagi Pemasaran Melalui Facebook
Hendak berniaga perlu ada kedai. Ini semua orang pun faham. Jadi buatlah satu Facebook Fanpage jualan produk yang anda mahu jual. Kalau anda ingin menjual baju pakaian, maka buatlah Fan Page dan berikan nama kedai anda dengan nama yang berkaitan seperti “Baju Muslimah”, Kedai Baju, Baju Murah, dan apa apa sahaja yang melambangkan produk yang anda jual. Tahniah anda sudah mempunyai kedai online dan juga produk yang ingin dijual.
TETAPI, timbul satu masalah. Kedai online sudah ada dan produk pun sudah ada. Bagaimana pula ingin mengajak orang untuk like FanPage kedai anda. Tanpa pelanggan kedai anda ibarat kedai yang mati. Tiada interaksi pelanggan dan tiada transaksi jualan. Fanpage sangat sangat mengharapkan bilangan “like” yang “releven” sebagai pemangkin kepada “Viral” nya produk anda dan seterusnya meningkatkan lagi potensi untuk mendapat pembeli.
Penyelesaian Mudah Untuk Pemasaran Melalui Facebook Kini
Sebenarnya ada tips, teknik dan kaedah konvensional bagaimana untuk menarik jualan di Fanpage atau Page jualan yang baru. Mungkin bagi yang masih baru di dalam bidang ini akan berasa mudah letih dan akhirnya mengaku kalah sebelum mencuba. Tadi saya ada beritahu tentang peranan LIKE bukan? Like YANG RELEVEN sangat penting untuk anda berhasil membuat jualan. Saya mahu anda baca artikel tentang cara buat Fb Ads yang betul untuk anda ketahui. Dengan kata lain, untuk membuat Pemasaran Melalui Facebook dengan betul, sila buat facebook fanpage dan dapatkan like tulen yang mana 2 benda ini adalah resepi kejayaan jika anda ingin berniaga di Facebook. Selamat berjaya.
2 Comments
Harap suatu masa nanti, Facebook akan tambah fungsi check out item yang dipesan. Mungkin memudahkan lagi urusan jual beli antara penjual dan pembeli.
wahh, kalau ada benda tu memang sales lagi mudah la