Tidak lama lagi kita akan menempuh tahun baru iaitu tahun 2014. Dan kita pasti akan ada lebih banyak lagi blogger baru yang akan tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Dan kebanyakkan dari itu pula, berapa ramai yang mampu bertahan didalam dunia blogging dan berapa pula yang akan serius didalam berblogging. Dan diantara yang serius didalam dunia blogging pasti akan menempuh masa dimana akan mula hendak mengambil tahu akan apa itu SEO dan mencari Tips SEO yang mudah difahami untuk mengetahui dan seterusnya mempraktikan amalan SEO yang baik didalam penghasilan sesebuah blog post.
Dahulu saya pun begitu juga. Ramai betul yang cuba membuat artikel tentang pentingnya SEO kepada entry post yang dihasilkan dan kenapa blogger harus tahu tentang SEO. TETAPI sangat sedikit sekali yang cuba berkongsi akan “Tips SEO” yang seharusnya dilakukan oleh blogger. Dan disebabkan itu saya cuba mendapatkan “Best SEO Plugin” untuk membantu saya memudahkan kerja tentang amalan dan praktik yang seharusnya saya lakukan untuk mendapatkan optimasi SEO yang baik didalam setiap entry. Setelah menggunakan plugin tersebut, ada beberapa amalan SEO yang baik yang saya lihat dan faham akan apa itu SEO. Saya kongsikan Tips SEO ringkas untuk anda dibawah ini.
Tips SEO Terbaik Untuk WordPress
Sebelum saya menulis lebih lanjut, Tips SEO ini sangat praktikal bagi pengguna WordPress mahupun Blogspot. Oleh itu jangan risau dengan Tips SEO ini. Adakah ini Tips SEO terbaru? Saya tidak katakan tips seo ini terbaru dan terkini tetapi boleh dikatakan yang ianya praktikal dan kekal sama walaupun algoritma Google search engine berubah. Sama sahaja. Yang berbeza adalah, berapa ramai yang tahu akan perkara asas atau basic SEO ini didalam mengoptimasikan entry mereka didalam blog. Amalan SEO ini kita sebutkan sebagai “On Page SEO”. Jom baca.
Ringkasan Tips SEO Untuk Blogger
Sebenarnya ada banyak tips seo yang perlu dilakukan untuk membolehkan entry anda hebat didalam mata engin carian google. Tetapi cukup untuk saya kongsikan panduan ringkas SEO untuk anda praktikan nanti. Lihat dibawah;
1. Target kata kunci “keyword” yang ingin anda gunakan – contoh “seopressor”
2. Bilangan patah perkataan setiap artikel perlu melebihi 300 patah perkataan
3. Keyword yang digunakan perlu ada yang Bold, Italic dan Underline
4. Didalam artikel perlu ada link dalaman (inbound) dan link keluar (outbound)
5. Didalam artikel paling kurang anda perlu menggunakan satu “H2tag” sebagai headline tajuk selain title
6. Keyword mesti ada berulang tetapi bilangan mesti 4% kebawah terhadap keseluruhan patah perkataan
7. Paling kurang kena ada 1 gambar dan sila masukkan keyword kedalam “Alt Image”
8. Sila pastikan anda mengisi categories, tags dan juga meta description
Saya rasa cukup sampai sini. Mungkin bagi blogger baru atau newbie akan merasakan seperti banyak yang perlu dibuat. Tetapi percayalah, jika anda mengamalkan Tips SEO ini selalu, anda akan mula merasakan yang ianya menjadi mudah. Senang cerita begini, anda taipkan dahulu entry anda sehingga habis. Selepas itu “update” entry anda dengan SEO seperti yang saya senaraikan diatas dan kemudian entry anda telah pun siap beserta optimasi SEO sekali. Mudah kan. Apa pendapat anda tentang Tips SEO dari saya ini? Sekian terima kasih… π
39 Comments
terbaik tips ini bro..sebagai blogger baru macam KB ia amat bermakna sekali.
boleh praktikkan.. π
Nanti tuan bolehla keluarkan advanced teknik untuk SEO pulak ye. Looking forward to that.
insyaallah, saya pun bukan pandai sangat, yang basic dan penting ni jer pun, hehhe
Bagus entri ni, dalam mempelajari tips dan teknik SEO yang berkesan
sambungan komen , tertekan enter plak
ia memang memerlukan rujukan dari pelbagai sumber dan banyak benda baru yang perlu dipelajari
betul tuh
terima kasih bro
terbaik tips ni bro..gua mmg tgh nk belajar SEO skang ni
eh blog kamu pun SEO mantap aper
terbaik la…. aku dr dulu berblog… tak mahir2 lagi tang SEO ni….
tipulah bro, bro antara blogger yang dah lama kan
SEO memang luas subjeknya…ini merupakan salah satu tips yg amat berguna utk para blogger baru…salah satu lagi tips yg berguna ialah membina content yang berguna dan bermanfaat untk pembaca..makin lama pengguna di website kita makin bagus website kita di mata Pak CIk Google. π
betul tuh, dan itu ada kaitan dengan bounce rate blog
Terima kasih kerana berkongsi… nak tny, “Keyword yang digunakan perlu ada yang Bold, Italic dan Underline”
Macam mana tu ye?
dalam artikel ada keyword ulangan yang kita gunakan bukan? dan salah satu keyword perlu di “bold, italic dan underline”… π
“Di dalam artikel paling kurang anda perlu menggunakan satu βH2tagβ sebagai headline tajuk selain title” yang ni aku kurang faham lagi macam mana caranya.
telah dijelaskan.. π
terima kasih di atas perkongsian tips ini.. banyak yang saya perlu belajar..
terima kasih.. π
perkongsian yang bermanfaat..kena praktiskan juga ni
benda ni kena praktis baru mantap
Terima kasih di atas entri yang menarik.
Boleh kunjungi blog saya juga di…
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/