Update Bing Sitemap – Kita semua sedia maklum yang majoriti blogger mendapat sumber trafik yang besar dari Google. Dan sumber trafik yang lain yang kecil adalah seperti Facebook, Twitter, Google +, Yahoo, Bing dan juga Ask. Tidak tahu kenapa, walaupun engin carian Yahoo/Bing kedua terbesar selepas Google, ianya tetap memberi kemasukan trafik yang sangat minimum. Saya tidak pasti dengan blogger lain, tetapi secara peribadi saya hanya mendapat sedikit sahaja trafik dari Yahoo/Bing. Atas sebab inilah kenapa saya ingin berkongsi dengan anda tentang keperluan Update Bing Sitemap blog anda.
Kepada yang telah mempunyai akaun Bing Webmaster, pasti jarang sekali membuka Bing Webmaster untuk mengetahui status terkini tidak seperti akaun dari Google Webmaster. Saya sendiri sudah lama tidak membuka akaun dari Bing ini. Seperti yang saya kongsikan didalam kes Google Webmaster tetang sitemap blog ini yang tidak ber-update lama. Dan apabila update “resubmit” dibuat, webmaster telah mengindek bilangan artikel dari 210 kepada 304. Ini menyebabkan trafik blog meningkat sedikit demi sedikit. Inilah kepentingannya. Adakah anda telah meng-Update Bing Sitemap?
Update Bing Sitemap Untuk Trafik Sebagai Alternatif Google
Semalam saya membukan akaun Bing Webmaster. Terkejut apabila status terkini sitemap yang diindeks adalah didalam sekitar 260 sahaja. Sedangkan status artikel terkini terlah mencapai 365 bilangan artikel. Saya “resubmit” semula link URL sitemap website/blog ini. Tidak sampai sehari, bilangan diindex semasa dari 260 telah menjadi 356. Harapan saya tentulah mahu melihat sumber selain dari Google juga mampu untuk turut menyumbang kepada trafik yang masuk ke dalam blog. Saya nasihatkan anda untuk Update Bing Sitemap blog anda sekarang juga. Kita jangan mengharap yang Google atau Yahoo/Bing untuk terus mengupdate blog sitemap secara automatik tanpa pengawasan.
Kepada yang belum mempunyai Bing Webmaster account, boleh membaca melalui link yang diberikan. Tahukah anda dari segi “keyword”, rasanya Bing Webmaster memberikan maklumat yang lebih detail dan terperinci. Cuma satu yang saya kurang gemar iaitu Bing Webmaster ini seperti kurang mesra untuk digunakan apabila anda ingin mencari sesuatu dan juga agak lambat loading setiap kali ingin membuat capaian ke mana mana.
Jadi akhir sekali, sila Update Bing Sitemap blog anda untuk di-index oleh enjin carian. Dan selepas itu bilangan artikel yang berada di engin carian bertambah dan seterusnya sudah tentu bakal meningkatkan lagi trafik yang masuk ke dalam blog anda. Walaupun mungkin anda tidak berminat dengan untuk mendapatkan trafik dari blog dengan Bing, tetapi tahukah anda apabila didalam situasi tertentu misanya blog/website anda di sekat (banned) sementara dari terpapar di engin carian Google, maka sudah tentulah anda mahukan satu trafik alternative yang boleh membuatkan blog anda bernafas bukan. Jom Update Bing Sitemap blog anda sekarang!
9 Comments
Aku slah sorg yg lupa nak update sitemap di bing…thanks bro!
sama sama, mesti bro tgk sitemap bro index yang lama ja
salam..satu artikel yang sangat bagus untuk meningkatkan lagi trafik ke blog!
Saya pon nk share satu cara untuk korg smue dptkan trafik yg lbih banyak ke blog korg.
Cara yang sy slalu gunakan ialah setiap link artikel yg saya post dlm blog sy,sy akan ping dkat website kakiping .Memang best kakiping ni,kbanyakan trafik blog saya datang dari kakiping.com .Korg cuba la ye 😀
itu memang ok Haizrul, cumanya saya kurang berminat untuk mendapatkan trafik cara sebegitu.. 🙂
guna ping Busuk pun ok…cuma dalam enjin carian artikel kita mereka ambik dulu sebelum artikel kita naik…last-last ada dua artikel …satu dari ping dan satu lagi dari blog..macam mana pendapat tuan admin!
saya kurang suka trafik sebegini, x tau kenapa, saya suka yang fresh dari Google ja.. 🙂
memang saya selalu mengintai trafik dari yahoo dan bing..sebab itu memang update sitemap kat sana!
wow terbaik