Sebenarnya duit iaitu wang kertas seringgit yang dihasilkan mempunyai sistem sekuriti yang tinggi. Untuk menghasilkan cetakkan wang kertas pasti memerlukan sebuah sistem printer yang sangat tinggi. Saya bukan pakar dalam hal berkenaan wang kertas. Tetapi jadi minat kerana ada rakan sekerja yang membuat carian wang kertas unik “rare” yang dikatakan bernilai tinggi. Dan kebetulan pekerjaan saya menggunakan mikroskop. Maka ada sesuatu yang boleh dilihat menggunakan kanta pembesar berbanding mata.
Pernah tidak anda terfikir bagaimana seorang pakar dapat mengesahkan wang kertas tersebut palsu ataupun tidak. Ada banyak perkara yang dilihat. Dan salah satunya pada cetakkan. Cetakkan pada wang kertas sebenar sangat berkualiti tinggi hasil penggunaan dakwat khas. Warna tidak pudar dan mampu membuat cetakkan huruf yang sangat kecil dan sukar di baca menggunakan mata biasa. Itulah dia kelebihan sistem keselamatan pada wang kertas.

Contoh wang kertas seringgit Malaysia lama terdapat gambar wau
Mencari Perkataan “Bank Negara Malaysia” Pada Wang Kertas Seringgit Malaysia Lama
Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda apakah rahsia dan sekuriti cetakkan pada wang kertas seringgit Malaysia kita. Ujian ringkas yang saya lakukan ini adalah pada wang kertas seringgit Malaysia versi lama iaitu sebelum yang paling terbaru kini. Soalan yang rakan saya berikan kepada saya adalah “cuba cari perkataan tulisan Bank Negara Malaysia di dalam gambar” pada wang kertas 1 ringgit tersebut. Saya cari menggunakan mata. Gagal menemuinya.

wang kertas seringgit apabila di zoom menggunakan smartphone
Dan usaha yang kedua saya gunakan kamera smartphone Xiaomi Redmi Note 3 Pro dan zoom setinggi yang boleh. Dan saya berjaya menemui tulisan “bank negara Malaysia” pada gambar tersebut di wang kertas seringgit Malaysia lama itu. Anda boleh lihat pada gambar ke-dua di atas ini akan tulisan tersebut yang samar samar menggunakan teknik zoom dari kamera smartphone.

Tulisan bank negara Malaysia jelas kelihatan apabila menggunakan microscope
Dan ujian carian yang terakhir saya gunakan microscope di tempat kerja saya dan saya nampak dengan jelas tulisan “bank negara Malaysia” pada gambar tersebut iaitu ianya dicetak pada gambar “wau” tersebut. Kepada anda yang mempunyai wang kertas seringgit lama boleh mencuba uji mata anda. Dan kalau gagal, anda cuba zoom-kan pakai kamera smartphone anda. Sesuatu yang menarik boleh dicuba. Selamat mencuba.
Leave a Reply