Bagi blogger yang menggunakan sistem cms WordPress, pasti tidak dapat elakkan dari menggunakan plugin SEO untuk meningkatkan kekuatan SEO blog di search engine Google. Biasanya blog sudah boleh berjalan dan dapat dikesan oleh Google walaupun tanpa plugin SEO. Tetapi penggunaan plugin SEO dapat memantapkan lagi SEO sesebuah blog. Antara plugin SEO percuma yang ramai digunakan oleh blogger adalah All in One SEO Pack, SEO Ultimate, Platinum SEO Pack dan juga WordPress SEO by Yoast. Semuanya yang saya senaraikan pernah saya gunakan.
Untuk tahun 2014 kini, antara yang menjadi sangat popular dan ramai digunakan bagi saya adalah All in One SEO Pack dan juga WordPress SEO by Yoast. Antara keduanya setelah mencubanya seberapa ketika, saya lebih memilih kepada WordPress SEO by Yoast kerana ianya sebuah plugin SEO yang percuma dan cukup berkuasa malah mempunyai apa yang saya mahukan seperti ciri ciri SEO On Page dan juga “simple”. Ciri ciri “SEO on page” yang hampir menyamai plugin SEO berbayar seperti SEOPressor membuatkan WordPress SEO by Yoast menjadi SEO Plugin yang paling menarik didalam konteks plugin SEO percuma.
Setting Asas WordPress SEO by Yoast
Baiklah, saya akan menerangkan kenapa WordPress SEO by Yoast adalah plugin SEO percuma yang paling baik setakat ini termasuk dengan sifat “simple” nya tetapi berkuasa. Saya harap selepas ini blogger diluar sana samada blogger lama atau baru akan mula menyedari kenapa plugin ini sangat berguna. Saya tidak katakan plugin ini begitu bagus tetapi dari pengalaman saya ianya antara yang terbaik setakat ini bagi plugin didalam kategori percuma tetapi mempunyai ciri ciri yang diperlukan oleh blogger.
Lihat gambar diatas. Itulah antaramuka atau “interface” WordPress SEO ini. Semasa anda membuat artikel anda akan dibiasakan untuk melatih dan memastikan anda menggunakan “Focus Keyword” ditempat yang sepatutnya anda gunakan seperti heading, title, URL, content dan juga meta description. Jika anda berjaya melakukan semua itu, ianya akan ditunjukkan dengan warna hijau yang bertanda “Yes”. Ini bermaksud anda telah lakukan perkara asas SEO yang diperlukan terhadap artikel yang dihasilkan. Menarik bukan.
Tahukah anda, disebalik kenapa anda memerlukan plugin SEO terbaik untuk blog anda, sebenarnya anda juga memerlukan sebuah plugin yang memainkan peranan “SEO”. Peranan SEO yang saya maksudkan disini adalah plugin yang boleh membantu anda membuat keputusan dan memperbaiki “On Page SEO” artikel yang dihasilkan oleh anda
On Page SEO Dengan Wordpress SEO
Sila lihat gambar ke-2 diatas ini. On Page SEO sangat penting dan WordPress SEO by Yoast ini mampu membantu anda dengan memberikan maklumat dibahagian “Page Analysis”. Dibahagian ini anda akan dipantau dan dibantu untuk memastikan anda telah melakukan keperluan keperluan Tips SEO yang di kehendakki seperti gambar, H2 Tag, Outbound link, keyword density, word minimum dan sebagainya. Pastikan anda mendapat lampu berwarna kuning sekurang kurangnya. Jikalau anda mampu mendapatkan warna hijau adalah lebih baik. Warna merah itu menunjukkan yang anda terlupa untuk melaksanakan perkara tersebut. Bukankah ini membantu anda menghasilkan artikel anda dengan basic asas SEO dengan lebih baik? Setuju?
Saya tidak katakan plugin SEO yang terdapat diluar sana kurang baik. Apa yang ingin saya katakan adalah, jika anda mahukan sebuah plugin SEO percuma tetapi mempunyai ciri ciri seakan menghampiri premium, maka WordPress SEO by Yoast adalah yang terbaik setakat ini bagi pandangan saya. Dan blog ini juga menggunakan plugin ini. Kepada yang menggunakan plugin ini apa kata anda. Adakah anda berpuas hati. Saya sangat berpuas hati dengan plugin WordPress SEO ini. Bye
28 Comments
Terbaik untuk optimumkan SEO On Page.
yep betul tuh
ya..sebelum ini pernah guna All In One SEO..sebelum bertukar kepada Yoast.
ternyata Yoast lebih baik dan puas hati.
p/s :Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU
yoast memang the best
tapi tak support blogspot kan?
x support aimie
Aku guna All in One SEO Pack..
plugin yg bro guna ni banyak dia punya setting
oh pakai yoast ya, gua macam nak kena tukar je
nak bertukar kena tgk dulu bro skrg pakai plugin seo apa
Bila guna plugin Yoast SEO ini perlu tahu setting terbaik untuk optimize SEO.
betul juga tuh, tp setakat ni saya setting default ja
Aku pkai yoast. ok la so far. malas dah nak tukar plugin lain. leceh nak setting balik
hehehe
dulu pakai yoast..tukar themes balik ke thesis..dah tak pakai dah..kang nanti berebut pulak…ahahhaa
thesis dah mantap dah, hehe
Ya…ya.. Saya guna plugin ni lah..sedap dan cool aje..haha
mudah jer kan
aku guna all in one seo jer…
sebelum ni pernah cuba jugak
xpa mana mana bagi saya ok, cumanya Yoast ni lebih simple dan mudah nak guna
Saya juga gunakan WordPress SEO By Yoast gratis ini 🙂
terbaik kan… 🙂
Yoast..pilihan ramai.. termasuklah saya.. 😀
terrrrbaikk… 🙂
macam-macam jenis plugin dah aku jumpa dan guna. hoho..
yang penting, kena bijak.
ko memang berpengalaman bro