Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Info › Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Secara Online

Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Secara Online

Review By admin / 2 weeks ago — Info, Kewangan, Panduan, Rujukan, Tips

Kad debit Maybank saya sebelum ini tamat tempoh iaitu expired. Dan saya sedar pun apabila tidak boleh membuat pengeluaran wang melalui mesin atm. Dan selepas itu saya terus membuat penukaran kad iaitu renew kad debit Maybank untuk mendapatkan kad debit yang baru. Tidak sampai seminggu kad tersebut telah saya terima di rumah. Tetapi kena aktifkan kad debit Maybank terlebih dahulu baru boleh guna. Dan proses ini boleh anda dilakukan secara online melalui akaun online banking kita iaitu Maybank2U. Jelas? Faham?

Mungkin ada yang masih kurang faham kenapa kad bank boleh expired? Sebenarnya dari dulu pun memang macam ini. Di kad debit atau kad kredit kita ada tertera tarikh dalam bulan/tahun (month/year). Tidak percaya, sila lihat kad bank anda sekarang. Memang ada pun. Itulah dia tarikh untuk kad tersebut tamat tempoh. Bila sampai tamat tempoh, anda tidak boleh untuk perbaharui tarikh yang ada pada kad tersebut. Yang anda kena buat adalah kena buat kad bank yang baru dan barulah kad baru anda itu akan ada tarikh expired yang baru. Jelas ya.

Kad debit Maybank Visa Platinum baru

Kad debit Maybank Visa Platinum baru

Panduan Aktifkan Kad Debit Maybank Melalui Maybank2U

Tetapi, kenapa kena aktifkan kad bank yang baru diterima dan baru buat pula? Ini adalah sistem keselamatan ya. Contohnya di dalam kes saya, kad debit dihantar ke rumah saya. Di dalam proses dari penghantaran sehingga sampai ke rumah saya pun sudah berapa tangan yang pegang parcel bungkusan kad bank ini? Ada banyak ya. Jadi dengan adanya syarat untuk aktifkan kad debit Maybank terlebih dahulu, barulah kad ini boleh digunakan. Jadi kalau kad ini dicuri dan disalah guna oleh seseorang sebelum sampai ke kita, jadi selamatlah kad ini dari dimanipulasi oleh orang lain sebab belum diaktifkan. Jelas ya.

Biasanya anda boleh melakukan pengaktifan kad bank anda menggunakan mesin atm. Akan tetapi di dalam dunia digital dan untuk memudahkan urusan, anda boleh mengaktifkan kad bank anda melalui online banking Maybank2u anda sahaja. Saya akan kongsikan dan tunjukkan bagaimana cara untuk aktifkan kad debit Maybank melalui portal Maybank2u ya.

Panduan dan rujukan cara aktifkan kad debit Maybank online

Panduan dan rujukan cara aktifkan kad debit Maybank online

Cara Activate Kad Debit/Kredit Maybank

  1. [ Maybank2U ] – sila buka dan login akaun online banking Maybank terlebih dahulu.
  2. Sila klik pada menu “CARDS” dan anda akan nampak kad bank anda.
  3. Sila klik pada 3 titik dan pilih “Manage My Debit Card” untuk kemaskini kad debit anda.
  4. Sila ke menu dan klik pada Debit Cards – Replace, Activate & Block.
  5. Sila tekan titik tiga dan pilih “Activate”.
  6. Sila masukkan 8 digit terakhir nombor kad debit baru anda. Sila tandakan tick pada “I hereby agree..” dan klik “Activate”.
  7. Sila selesaikan proses sms TAC @ SecureTAC sampai selesai.
  8. Done.

Pengalaman saya mengaktifkan kad debit Maybank melalui Maybank2u, ianya tidak memaparkan status semasa kad tersebut. Yang terpapar adalah sebagai “Pending”. Kena logout terlebih dahulu dan login semula. Kemudian barulah boleh lihat kad debit baru kita dipaparkan sebagai “Active”. Saya tidak pastilah bagaimana dengan pengalaman orang lain. Harap maklum ya.

Jangan bimbang kalau anda masih keliru bagaimana cara untuk aktifkan kad debit Maybank baru anda. Saya kongsikan video di atas. Anda boleh tonton bagaimana step langkah langkah pengaktifan kad debit terbaru anda melalui Maybank2U. Harap anda faham ya. Selepas kad debit sudah diaktifkan, sila buat pembelian atau pembayaran untuk menggunakan kad tersebut buat kali pertama dan mengesahkan yang kad anda memang sudah aktif. Selamat mencuba. BYE!!!.

Related posts:

Kad debit Maybank Visa Platinum baruCara Renew Kad Debit Maybank Secara Online Paparan Maybank ewallet MAECara Daftar Dan Aktifkan Maybank E-Wallet Kad Debit Maybank TerbaruKad Debit Maybank Hilang dan Buat Kad Debit Baru

aktifkan kad debit Maybank bagaimana aktifkan kad debit Maybank cara aktifkan kad debit Maybank panduan aktifkan kad debit Maybank

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in