Salah satu perkara yang memeningkan bagi bakal pengantin yang baru hendak berkahwin buat pertama kali adakah tentang bagaimanakah proses permohonan untuk berkahwin. Banyak perkara yang tidak diketahui dan perlu ambil tahu. Dan saya sendiri melalui proses tersebut. Saya orang Johor, dan kini menetap di Pulau Pinang dan bakal isteri orang negeri Terengganu. Yang menjadi permasahalahan adalah berkenaan borang nikah kahwin. Jika saya tidak menukar alamat IC dari Johor kepada alamat Pulau Pinang. Saya terpaksa mengambil borang kahwin di Johor. Bukankah itu menyusahkan?
Dan selepas masalah penukaran alamat ic dilakukan, barulah saya boleh mengambil di Pulau Pinang tempat saya bermastautin sekarang ini. Saya mengambil borang tersebut di Pejabat Agama negeri yang berdekatan dengan tempat tinggal. Dan borang tersebut percuma sahaja. Dan anda sebagai lelaki iaitu pengantin lelaki perlu menyiapkan kesemua permintaan dalam borang tersebut dahulu. Jika siap, anda perlu berikan borang nikah tersebut kepada bakal isteri anda pula.
Proses Mendapatkan Borang Nikah Kahwin
Isteri anda pula akan mengambil borang nikah kahwin dikawasan tempat mereka dan mengisi lengkap termasuk membawa sekali borang perkahwinan bagi pihak lelaki untuk dihantar sekali. Dalam kes saya, saya berikan kepada bakal isteri dan beliau akan hantar borang permohonan kahwin beliau berserta dengan borang saya juga ke Terengganu. Proses ini adalah untuk proses mendapatkan juru nikah iaitu tok kadi di Terengganu untuk “booking” tarikh dan masa. Dan tahulah yang pihak tok kadi tersebut yang beliau mempunya tugas menikahkan kami pada tarikh dan alamat tersebut.
Apakah permintaan kelengkapan yang diminta dalam borang nikah kahwin tersebut. Jangan buat ujian HIV dahulu. Sila buat dan dapatkan sijil kursus kahwin dahulu. Hanya selepas calon bakal isteri dan suami siap dan sah mendapatkan sijil kahwin baru anda boleh mulakan proses mendapatkan borang nikah kahwin. Dan di dalam borang permohonan kahwin tersebut mempunyai satu borang ujian hiv. Dan dengan borang itulah baru anda bawa ke klinik atau hospital untuk membuat ujian hiv. Jelas?
Permintaan terbesar dalam borang nikah kahwin hanyalah sijil kurus kahwin dan borang ujian hiv. Dan yang lain lain itu hanyalah kecil sahaja seperti salinan IC dan sebagainya termasuk dengan pengesahan tandatangan ahli kariah masjid kawasan anda bagi mengiktiraf anda yang anda adalah penduduk dikawasan mengikut ic kad pengenalan anda. Itu sahaja. Nasihat saya, sila siapkan proses proses ini sebulan lebih awal sebelum anda berkahwin supaya semuanya urusan perkahwinan anda lancar dan tidak mempunyai masalah kelam kabut. Selamat berkahwin.
4 Comments
Sebenarnya tak susah pun 😀
tak susah mana pun.
cuma tak biasa aje.
haha
Tuudiaaa orang lama dah bagi nasihat, tuan titan dan tuan sabree hehehe.. penting bookmark artikel ni huhu.. pasal sy pun belum kawin hehe
cepat cepat kawinn, hehee