Salam pembaca. Adakah anda sudah mempunyai skim insurans? Beberapa minggu lalu saya sebenarnya telah di dekati oleh seorang agen insurans yang mahu memperkenalkan produk takaful dari Alliance Malaysia. Namun ianya saya tolak kerana saya sendiri sudah mempunyai skim insurans prudential. Namun begitu saya memberikan peluang kepada agen tersebut untuk menerangkan serba sedikit akan apa yang beliau mahu sampaikan. Biasanya kita dapat melihat kelebihan antara syarikat insurans.
Sekejap kata insurans. Sekejap kata takaful. Apa beza 2 perkataan ini? Ianya adalah sama sahaja. Cumanya kalau kita sebut “insurans” saya pasti anda faham apakah ia? betul tidak? Takaful pula adalah sama maksudnya dengan insurans cuma ianya adalah produk ISLAMIK. Maka, kalau anda seorang muslim, saya galakkan anda mengambil skim insurans prudential BSN takaful ini kerana ianya produk islamik.

skim insurans prudential takaful terbaik Malaysia (Gambar Hiasan) – image credit to http://kheza.net/
Dapatkan Skim Insurans Prudential BSN Takaful
Setiap agen insurans pasti mahu berceritakan tentang kebaikkan produk insurans takaful mereka. Sebenarnya tiada yang lebih baik dari yan lain. Yang ada hanyalah pakej yang berbeza dan masing masing ada kelebihan yang tersendiri. Dan saya, lebih memilih skim insurans prudential takaful dari BSN. Saya tidak pasti samada ianya terbaik buat saya atau tidak namun saya pasti jenama BSN Takaful ini sudah merata rata dan ramai orang kenal. Ianya bukan sesuatu yang asing bukan?
Kepada anda yang mahu mengambil polisi insurans takaful dari skim insurans prudential. Nasihat saya, sila ambil ketika anda masih muda. Jangan tunggu sehingga anda sudah berumur baru ambil. Adalah di galakkan anda mengambil polisi ketika berumur 21 tahun ke atas. Ini kerana semakin umur anda meningkat, semakin mahal polisi yang anda perlu bayar. Mungkin yang berumur boleh mengambil polisi bulanan RM150 tetapi anda yang berumur 30 tahun terpaksa membayar RM190. Jadi adalah rugi jika semakin anda lewat mendapatkan mana mana polisi takaful.
Kepada anda yang berminat untuk mengambil polisi dari skim insurans prudential BSN takaful. Anda boleh membaca kelebihan Prudential BSN Takaful ini dahulu. Mungkin ianya dapat memberikan anda sedikit penjelasan mengenai skim insurans prudential ini sebelum anda mengambil mana mana pelan pakej insurans. Jika anda pekerja swasta, mendapatkan skim takaful adalah di galakkan ini kerana masalah kesihatan kita pada masa depan tidak siapa dapat menjangka. Kalau kehilangan kerja, maka sedikit sebanyak insurans dapat meringankan beban belanja perubatan anda. Selamat hidup dengan ceria.
den pakai company je. sendiri punya belum ada
setakat nie, hanya motor dan keta saya jee yg ada insurance…
kadang2 terfikir juga, motor kawasaki ninja 250r se, saya sanggup beli, tapi insurance diri, kedekut nak beli. hu.hu.hu….
Huhu..saya agak cerewet bab insurans ni.. isteri ngn anak dah ada..saya sorg jer belum ada..haha
Memang puas hati dengan servis Prudential.
baru je sebentar tadi terfkir pasal insurans n. Haritu dah ada, tapi dah stop.
Perkongsian menarik.. ALhamdulillah aku muda-muda dah ade insurans. 🙂
Alhamdulillah saya sendiri dh 9 tahun dgn BSN takaful. Skrng 1 family dgn anak2…mula2 rasa terbeban jgk nk byr tp skali dh kena sakit byrn perubatan lg tinggi..
saya cuma ada takaful yang dipakejkan dengan talian telco..bernilai RM100 ribu
Takaful Malaysia pun bagus juga, dengan harga rendah tapi still bagi protection tinggi compare dengan yang lain