Saya ada menyertai satu program affiliate yang memfokuskan kepada produk fizikal dan ramai yang berminat hendak menyertainya. Group di Facebook sudah melebihi 2000 yang join. Namun ramai yang join ada di antaranya “berminat” tetapi tidak faham macam mana mereka boleh buat duit dengan program affiliate. Mereka kerap bertanya tentang adakah ianya “dropship”. Dan apabila ada yang menerangkan ianya bukan dropship, mereka jadi keliru. Kesian juga apabila tiada yang mahu menjelaskan beza dropship dan affiliate kepada mereka.
Pada pandangan saya, mereka yang tidak tahu berkenaan affiliate ini selalunya adalah dari kalangan BUKAN BLOGGER atau tidak pernah terlibat dalam program buat duit dengan ebook dan sebagainya. Majoriti adalah dari kalangan peniaga online yang sudah biasa dengan program dropship. Sedangkan dropship dan affiliate adalah lebih kurang sama sahaja antara satu sama lain dan hanya berbeza sedikit sahaja.
Penjelasan Beza Dropship Dan Affiliate
Di artikel pada kali ini saya ingin memfokuskan penjelasan kepada anda yang berbisnes online dropship tentang beza dropship dan affiliate secara ringkas. Diharap selepas ini, anda akan faham akan asas asas perbezaan antara keduanya. Dan diharap selepas ini anda boleh terus menyertai mana mana program affiliate dan membantu rakan yang lain yang tidak faham akan perbezaan dropship dengan affiliate ini.
Dropship – Ahmad penjual tudung jenama Hijab dengan harga RM50. Ali tiada produk tetapi mahu buat duit online. Ali ambil gambar tudung produk Ahmad dan kemudian promosi di Facebook beliau dengan harga RM60. Pembeli berminat hendak beli tudung ini. Pembeli bayar Ali dengan harga RM60 dan memberikan alamat rumah beliau. Ali dapat RM60. Dan kemudian Ali membeli tudung kepada Ahmad dan memberikan RM50 (Ali ambil untung siap siap) dan kemudian Ali memberikan alamat pembeli tudung kepada Ahmad untuk Ahmad pos kan tudung kepada pembeli. Beginilah proses dropship berjalan. Anda faham? Dalam kes ini anda adalah Ali.
Affiliate – Ahmad tidak berminat membenarkan produk beliau untuk dijadikan dropship. Ahmad mahu produk beliau menjalankan program affiliate dengan komisen 20% setiap jualan. Ali mendaftar program affiliate yang Ahmad jalankan. Selepas mendaftar, Ali akan mendapat link khas unik iaitu “LINK AFFILIATE”. Ali akan menggunakan link affiliate khas ini dengan copy link tersebut dan paste-kan di mana mana media sosial.
Jika ada pembeli berkenan dengan produk tudung tersebut dan ingin beli. Pembeli akan KLIK link affiliate Ali dan secara automatik akan di bawa ke halaman laman jualan tudung tersebut. Pembeli akan membelinya sendiri. Jika jualan pembelian berlaku dengan jayanya. Sistem akan mengesan pembeli membeli dari link affiliate Ali. Dan Ahmad akan membayar komisen (RM50 x 20% = RM10) kepada Ali. Anda jelas?
Ada jelas perbezaan antara dropship dan affiliate? Hanya perbezaan dari segi cara promosi dan jualan di lakukan. Dropship anda kena menjadi orang tengah, kena tolong belikan produk dan anda boleh kawal berapa keuntungan yang anda mahukan. Sedangkan affiliate anda tidak terlibat dalam proses jual beli. Pembeli membeli dari anda melalui link affiliate anda dan komisen selalunya sudah ditetapkan. Saya harap anda sudah jelas tentang beza dropship dan affiliate ini. Selamat berniaga online.
10 Comments
lain sikit.
tapi lebih kurang aje sebenarnya.
tapi jauh berbeza dengan konsep MLM.
so, kena tahu bezanya lah.
hahaha apa tetiba MLM kuar tu
nak bagi fahamkan orang
Tak di nafikan peniaga online memang lebih suka dropship sebab boleh mark up harga.Saya sendiri pun lebih suka dropship. Affiliate keuntungan telah di tetapkan.
yang penting dua2 kena pandai guna ayat
terpulang nak ikut mana,
Yang paling penting…. konsep affiliate ni lagi mudah nak dijalankan berbanding dropship. Eh entahlah, setengah orang yang dah biasa dengan dropship, diorang akan kata dropship lagi mudah la kot
ikut pengalaman masing masing
Wensite apa yg blh guna nk buat link tuu..
Pada pndgn encik, kalau utk student yg sibuk dgn study, masa sgt terhad, yg mana lebih sesuai ?