Secara jujurnya, saya tidak pernah melihat secara langsung bagaimana situasi histeria itu berlaku. Hanya dari cakap cakap orang sahaja. Yang paling hampir pun, saya pernah terlepas melihat secara langsung bagaimana seseorang itu terkena gangguan histeria 30 minit selepas perkara itu berlaku. Apa itu histeria dan bagaimanakah ianya berlaku. Saya tidak akan membincangkan ianya dari sisi saintifik tetapi lebih kepada sisi mistik iaitu dunia selain dari dunia manusia.
Dalam Islam, sebagai muslim kita WAJIB percaya yang Allah mencipta manusia, jin, syaitan dan juga malaikat. Jin, syaitan dan juga malaikat adalah suatu ciptaan yang manusia tidak boleh nampak tetapi mesti WAJIB percaya yang ianya ada dan wujud. Berbalik kepada topik Histeria. Apakah ianya ada kena mengena dengan gangguan dari makhluk halus iaitu gangguan dari jin dan syaitan?
Ganggan Histeria Dari Pandangan Bukan Sains
Persoalan ini selalu diutarakan. Iaitu kita wajib percaya akan adanya ciptaan selain dari manusia. Tetapi adakah benar yang jin dan manusia itu boleh merasuk atau memasuki badan manusia. Ramai yang memperdebatkan perkara ini. Ianya cuba dikaitkan dengan kejadian histeria yang sering berlaku pada golongan wanita. Maaf, disebabkan tiada ilmu, saya mengambil pendirian untuk tidak mengatakan samada benar atau salah tentang makhluk halus boleh memasuki dan mengawal badan kita. Saya tidak tahu.
Akan tetapi, dari sifat sifat fizikal yang berlaku, kelihatan memang jin dan syaitan itu mengawal tubuh badan manusia iaitu atas dasar dengan izin dan kuasa Allah taala. Kalau tidak, mana mungkin seseorang yang dirasuk atau terkena histeria itu boleh menjadi kuat, berbahasa bahasa yang tidak lazim dan cara bercakap yang luar dari kebiasaan sebagai seorang manusia. Semua ini secara “umum” memang menunjukkan adanya penguasaan oleh makhluk halus terhadap anggota badan manusia dengan syarat syarat tertentu yang membolehkan ianya berlaku.
Saya telah mendapat sebuah rakaman video histeria dari seorang rakan. Ianya kejadian histeria yang berlaku kepada seorang wanita yang berlaku di sebuah kilang di Pulau Pinang pada waktu malam. Kalau dilihat dari video tersebut, kelihatan mangsa yang terkena gangguan atau histeria ini meracau tidak tentu hala. Bagi yang lemah semangat memang dilarang untuk membantu mangsa yang terkena histeria ini.
Anda boleh tonton video kejadian histeria di atas ini. NASIHAT SAYA. KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT JANGAN TONTON VIDEO DIATAS INI. Dan kepada yang mahu melihat sila teruskan. Jika kejadian ini berlaku di tempat anda. Sebaiknya cepat panggil orang yang bertanggungjawab. Ada ahli agama yang pandai adalah lebih baik. Panggil ramai orang untuk memegang mangsa kerana kebiasaannya mangsa ini kemungkinan akan mencederakan diri sendiri tanpa sedar. Apa apa pun. selalulah baca doa apabila melalui kawasan kawasan yang anda rasakan agak “KERAS”..