Sebelum kita pergi lebih jauh, pertama sekali anda kena faham APA ITU TAKAFUL. Ini penting supaya anda jelas dan faham. Dan yang lebih penting lagi adalah, anda tidak lagi terkeliru dengan terma “Insurans” dan juga “Takaful” selepas ini. Dan barulah selepas itu saya boleh bercerita secara ringkas berkenaan Takaful Ikhlas pula. Jadi jom kita mulakan.
Rasanya semua orang tahu dan faham tentang Insurans. Sebenarnya insurans bererti pelan atau PRODUK PERLINDUNGAN kewangan jika berlaku apa apa musibah kepada anda seperti kemalangan, kematian dan juga sakit yang memerlukan rawatan perubatan di hospital. Cumanya insurans biasanya merujuk kepada perlindungan yang ditawarkan dengan kaedah konvensional iaitu tidak patuh syariah. Dengan kata lain bagi anda yang beragama Islam, tidak patuh syariah adalah merujuk kepada tidak halal iaitu haram.

Tentang Takaful Ikhlas
Takaful pula sama sahaja dengan insurans. Cumanya terma “TAKAFUL” itu sendiri merujuk kepada insurans yang patuh syariah iaitu halal. Sama yang saya maksudkan iaitu adalah dari segi fungsi dan kegunaan insurans itu sendiri. Namun kaedahnya berbeza. Berbeza dari segi bagaimana ianya mengurus dan mengagih pampasan yang diberikan. Sebab itulah kaedah insurans adalah tidak patuh syariah sedangkan kaedah takaful adalah patuh syariah. Ada orang cakap insurans dan takaful sama sahaja. Tidak ya. Sebagai orang Islam muslim, maka memilih takaful sudah jatuh kepada WAJIB apabila ianya sudah ada pilihan.
Jadi berbalik kepada isu insurans dan takaful, produk akhir adalah produk yang halal. Namun transaksi di dalam program insurans adalah berbeza dengan kaedah takaful. Maka sebab itulah sebagai seorang muslim Islam, anda wajib untuk memilih takaful berbanding insurans. Sudah ada pakar kewangan Islam dalam hal ini. Anda berikan sahaja tugas memastikan kepatuhan syariah kepada mereka yang layak. Dan salah satu penyedia insurans yang patuh syariah dan halalal toyyiban adalah TAKAFUL IKHLAS.
Produk Takaful Ikhlas
- [ IKHLAS Value Term ] – produk perlindungan (pampasan) untuk kematian dan kecacatan kekal (lumpuh/TPD)
- [ IKHLAS Preferred Term ] -produk perlindungan (pampasan) untuk kematian, kecacatan kekal (lumpuh/TPD) & penyakit kritikal (CI)
- [ IKHLAS DariKu ] – produk pelindungan (pampasan) untuk kematian berganda (HIBAH), add on penyakit kritikal (CI)
- [ IKHLAS Bersama ] – produk pelindungan (pampasan) untuk kematian, kecacatan kekal (lumpuh/TPD), penyakit kritikal (CI), medical card (Ikhlas Medik/optional)
- [ IKHLAS Medik ] – produk pelindungan kematian keluarga (HIBAH)
- [ IKHLAS RIDER ] – produk pelindungan kematian keluarga (HIBAH)
Di atas ini adalah senarai produk di bawah Takaful Ikhlas.
Kenapa kena langgan produk takaful dari “Takaful Ikhlas”? Ini jawapan peribadi saya ya. Ya, di luar sana ada banyak produk takaful tetapi dari company konvensional yang menjalankan produk yang tidak patuh syariah sebagai bisnes utama mereka. Dengan kata lain, produk takaful lebih kepada pilihan kedua kepada yang mahukan produk yang patuh syariah.
Cara Daftar Takaful Ikhlas
- [ Register Takaful Ikhlas ] – ini adalah link untuk mendaftar untuk melanggan mana mana produk Takaful Ikhlas.
- [ Whatsapp ] – ini adalah link Whatsapp kendalian saya sebagai ejen kepada produk Takaful Ikhlas. Anda boleh tanya saya apa jua soalan berkenaan Takaful Ikhlas.
Tetapi di Takaful Ikhlas memang tidak ada produk konvensional yang tidak patuh syariah. Dengan kata lain memang tidak ada Insurans IKHLAS. Yang ada adalah Takaful IKHLAS. Jadi di Takaful Ikhlas anda tidak perlu lagi was was dengan produk yang tidak patuh syariah. Semuanya adalah halalan toyyinban. Dengan kata lain, jika anda mahukan sebuah pelan atau pakej insurans hayat peribadi (personal) samada untuk diri anda sendiri atau keluarga yang jelas 100% patuh syariah, maka Takaful Ikhlas adalah pilihan terbaik. Daftar sekarang melalui link di atas ini ya. BYE!!!.