Saya terlibat di dalam pelaburan token dan coin cryptocurrency adalah kerana tidak mahu terlepas peluang merasai keuntungan dari pelaburan di dalam dunia teknologi. Ya, ini adalah sebab paling utama. Dan saya sendiri menjangkakan ekonomi dunia selepas ini akan berpandukan teknologi yang berasaskan Artificially Intelligent iaitu AI. Dalam bahasa melayu kita terjemahkan kepada teknologi pembelajaran mesin yang cuba meniru akan keupayaan otak manusia di dalam membuat keputusan kerja. Untuk lebih mudah faham, ianya seperti sebuah robot yang cuba menjadi manusia. Jelas?
Saya mulakan dari awal secara ringkas. Dan saya bukan seorang yang pakar di dalam apa yang saya cuba sampaikan. Saya cuma mahu sampaikan berdasarkan apa yang saya faham yang mungkin saya sendiri tersilap faham. Dan penulisan saya ini adalah dari kaca mata dan pemikiran orang awam iaitu golongan marhaen. Dan saya adalah seorang pelabur awam kecil (retailer) yang cuba mencari cari peluang untuk melabur di dalam dunia teknologi yang akan memberikan keuntungan yang tinggi. Dan peluang itu datang mungkin dalam 10 tahun cuma sekali. Harap maklum ya.

Saham Microsoft
Artificially Intelligent AI & Big Data Malaysia
Microsoft – Dulu dulu, masa zaman internet belum ada, syarikat teknologi yang baru hendak naik ketika itu adalah Microsoft. Bila syarikat tersebut berjaya membuat software untuk komputer seperti microsoft word dan excell, terus harga saham melonjak naik. Kalaulah melabur awal awal ketika syarikat belum popular, mesti kita sudah berjaya membuat untung sangat sangat tinggi. Tapi kebanyakkan dari kita terlepas peluang tersebut.

Saham Google
Google – siapa yang tidak kenal dengan Google. Ketika internet mula berkembang. Syarikat inilah yang mendapat menfaat keuntungan besar. Kita terlepas lagi peluang untuk melabur di dalam Google. Kalau hendak beli saham Google sekarang pun boleh. Tetapi sudah sangat mahallah. Kalau untung pun masih tidak dapat sebesar ketika kita melabur di dalam syarikat Google awal awal dulu.

Saham Apple
Apple – peminat smartphone pasti kenal dengan brand jenama handphone iPhone bukan? Syarikat inilah yang mula mula buat telefon touch screen. Masa tu kebanyakkan handphone masih lagi kena tekan butang keypad. Oleh kerana pihak Apple adalah syarikat pertama yang menjadi leader kepada teknologi skrin sesentuh ketika itu, saham syarikat Apple terus melonjak naik. Kita terlepas lagi peluang melabur ketika itu.

Saham Amazon
Amazon – Ketika ini ramai orang buat duit dengan menjadi peniaga online di website Amazon. Blogger pun ramai buat duit dengan program affiliate Amazon. Media sosial belum naik ketika ini. Ketika zaman ini, platform website eCommerce adalah salah satu cara marketing untuk buat duit secara online. Ketika ini, dunia sedang dalam trend beralih minat kepada berniaga secara online. Tidak hairanlah kalau saham Amazon terus naik dan naik sehingga membuatkan pemilik Amazon iaitu Jeff Bezos menjadi billionair.

Saham Facebook
Facebook – Kemudian masuk zaman sosial media. Siapa yang tidak kenal dengan Facebook. Raja aplikasi sosial media yang berjaya membuat untung dari pengenalan fungsi Facebook Ads ketika itu. Ramai peniaga online seller yang berjaya menjual produk secara online menggunakan sistem pengiklanan Facebook. Syarikat Facebook memang berjaya membuat untung dari teknologi pengiklanan mereka ketika itu. Ketika mereka masuk ke pasaran saham, harga saham Facebook memang melonjak naik.

Saham TESLA
Tesla – syarikat kereta Tesla adalah syarikat yang mempelopori pembuat kereta elektrik + kereta pintar. Dan teknologi kepintaran kereta ini boleh memandu sendiri menggunakan pembelajaran mesin iaitu artificially intelligent + auto pilot. Teknologi masih baru tetapi sudah menunjukkan perkembangan yang lebih baik iaitu improvement. Atas sebab ini, harga saham Tesla juga melonjak naik. Saya sendiri terlepas untuk membeli saham Tesla ketika ianya mula mula diterbitkan.
Saya nak kata, setiap dekad akan ada syarikat yang akan membuat perubahan terhadap ekonomi dan cara hidup kita ketika itu. Dan perubahan tersebut akan menyebabkan syarikat tersebut berjaya membuat untung yang berpuluh kali ganda. Dan kita sebagai orang awam pun sebenarnya memang boleh mengambil sedikit keuntungan tersebut dengan melaburkan duit kita kepada syarikat berkenaan. Cuma kita kena pandai teka (predict) syarikat yang mana selepas ini akan memberikan impak kepada perekonomian dunia selepas ini.
Kalau tanya saya, syarikat teknologi selepas ini yang akan menjadi sebuah syarikat yang besar adalah syarikat yang berasaskan Blockchain dan Artificially Intelligent.
Syarikat blockchain pilihan saya adalah Syarikat Ripple. Ketika artikel ini ditulis, syarikat ini belum lagi di listing masuk ke papan bursa US iaitu Nasdaq. Dan anda boleh membeli token syarikat Ripple iaitu XRP. Buat masa ini, saya beli coin XRP terlebih dahulu. Ini kerana, perkembangan syarikat yang meningkat naik juga akan memberikan kesan kenaikkan harga kepada crypto XRP. Jadi kalau saya terlepas atau tidak boleh membeli saham Ripple ketika ianya diterbitkan, paling tidak kita masih boleh membeli coin token XRP dengan mudah melalui LUNO. Harap jelas ya.
Bagaimana dengan syarikat yang berasaskan artificially intelligent? Buat masa ini saya tidak berapa tahu syarikat AI mana yang telah didagangkan dipapan bursa. Tetapi yang pasti majoriti syarikat ini menerbitkan coin dan token mereka. Jadi anda juga boleh membeli coin token yang berasaskan artificially intelligent (AI) ini sebagai pelaburan awal.
Ketika artikel ini ditulis (Jan 2023), peningkatan harga coin token artificially intelligent & big data belum menunjukkan trend kenaikkan harga yang tinggi. Masih tersangat rendah bagi saya. Jadi memang ada peluang yang sangat besar sekarang untuk membeli coin token yang berasaskan AI ini. Kalau tanya saya, saya akan beli sekarang juga. Syarikat yang berasaskan blockchain dan artificially intelligent masih dianggap tersangat baru dan masih awal pada Januari 2023 ini.

Senarai coin token crypto artificially intelligent
Sila lihat senarai coin token AI di sini – [ https://coinmarketcap.com/view/ai-big-data/ ]
Mungkin ada yang masih keliru dan masih kurang jelas berkenaan kederdasan buatan artificially intelligent AI ini. Mari saya jelaskan seringkas mungkin. Smartphone terkini sekarang rata rata memang ada fungsi “artificially intelligent” ini ke dalam handphone anda. Cuba anda lihat iklan smartphone sekarang. Paling tidak akan ada AI untuk kamera. Itulah dia artificially intelligent. Ianya akan membantu memberikan kesan hasil tangkapan gambar atau rakaman video yang semakin baik.
Kalau anda menaip sesuatu perkataan di Whatsapp misalnya, anda pasti akan perasan ianya akan terus dapat meneka apakah perkataan yang ingin anda taip. Itulah dia AI. Teknologi artificially intelligent bukan gimik ya tuan tuan. Ianya sebuah sistem pembelajaran mesin. Ia cuba belajar berdasarkan tindakkan kita dan cuba memberikan hasil tindakkan yang mungkin kita mahukan tindakkan tersebut. Ini kerana sistem robot artificially intelligent sedang belajar mengenai corak tindakkan anda. Dan teknologi ini adalah teknologi masa depan kita.
Paling terbaru, syarikat OpenAI di US telah berjaya mencipta chat yang berasaskan AI iaitu ChatGPT. Dan teknologi kecerdasan buatan ChatGPT ini akan di integrasikan ke dalam produk Microsoft mungkin seperti Windows dan Microsoft Office. Ini kerana pihak Microsoft telah membuat kerjasama dan melabur berbillion usd ke dalam syarikat OpenAI ini. Jadi adakah anda sudah boleh nampak trend AI dan Big Data ini di masa depan kita nanti?

The Graph AI & Big Data Token
Teknologi artificially intelligent ini masih di dalam tempoh untuk matang. Dengan kata lain, syarikat yang berjaya membawa teknologi ini ke depan yang akan memudahkan urusan kita seharian bakal akan mendapat permintaan tinggi. Kalau syarikat ini didagangkan di papan bursa, sudah tentu saham (stocks/shares) mereka akan melonjak naik termasuk coin token mereka.
Beli Coin/Krypto/Token
- [ Luno ] – beli coin XRP di Malaysia di sini
- [ Binance ] – beli coin token artificially intelligent AI di sini
- [ TradingView ] – boleh lihat chart graf harga saham/coin di sini
Coin token artificially intelligent and big data masih belum di dalam arus perdana (mainstream) kita orang awam. Dengan kata lain, masih belum terlambat untuk kita membuat pelaburan yang mungkin akan menguntungkan kita di tahun tahun ke depan. Kenapa “mungkin”? Benda ini hanya ramalan sahaja. Boleh jadi betul dan salah. Oleh kerana kita mahu membuat pelaburan terhadap syarikat yang mungkin akan menjadi syarikat terpenting di masa depan, jadi memang kena buat tekaan dan ramalan. Tetapi tekaan mestilah berdasarkan trend semasa lah.
Akhir sekali, ingin saya tegaskan apa yang saya tuliskan ini hanyalah pendapat saya sahaja. Boleh jadi betul dan salah. Sila buat kajian anda sendiri. Andalah yang menentukan pelaburan manakah yang patut anda laburkan wang anda. Sila lakukan “do your own research /dyor” ya. Kalau di Malaysia ada syarikat yang memang di dalam industri artificially intelligent AI & big data memang saya akan ikuti. Jika anda tahu, sila berikan komen di bawah ya. Terima kasih semua. BYE.
Leave a Reply