Di Malaysia ini rasanya sudah ramai yang mencuba menjual barang di Facebook dengan cara dropship ini. Dan ianya bukan satu benda yang pelik atau baru bagi orang Malaysia. Namun begitu, saya pasti, dari ramainya orang yang telah mencuba dan berpengalaman di dalam model bisnes dropship ini, masih ada lagi yang tidak tahu akan apa itu dropship dan bagaimana ianya berjalan. Soalan yang biasa akan di tanya bagi yang tidak tahu adalah “Apa itu Dropship?”. Jadi di sini saya ingin mengajar anda akan cara menjual produk dropship melalui Facebook.
Kenapa perlu menjual produk dropship melalui Facebook? Jawapan mudah adalah kerana di Facebook lah anda mampu mencari dan jumpa dengan pembeli (pelanggan) anda. Anda mahu berjual melalui blog? Atau anda mahu berjual melalui cara biasa iaitu dari rumah ke rumah. Kalau itu yang anda mahukan, anda hanya akan membuang masa, menambah penat dan hanya mampu menjana keuntungan yang cuma sedikit. Bukan tidak boleh, tetapi potensi untuk menjana wang lebih melalui cara itu adalah sukar. Jadi sudah tentu Facebook adalah satu LUBUK pemasaran yang terbaik bagi anda.
Apa itu Dropship – Ianya adalah proses jual beli dengan menjadi orang tengah dan keuntungan di jana menerusi komisen. Begini prosesnya;

proses cara menjual produk dropship – image credit to http://dropshipcentre2u.blogspot.com/
Cara Menjual Produk Dropship Yang Betul
Katalah Ali mempunyai syarikat menjual Tudung Hijab. Kemudian Ahmad tiada produk. Ahmad mengambil produk dari Ali iaitu Tudung Hijab dan menjualnya di Facebook. Ahmad mengetahui yang Ali menjual produk tersebut dengan harga RM10. Oleh itu Ahmad menjual di Facebook dengan “mark up” harga iaitu dengan harga RM20. Pembeli dari Facebook yang bernama Minah membayar Ahmad dengan RM20. Minah memberikan Ahmad RM20 berserta maklumat alamat rumah beliau. Dan kemudian Ahmad membayar Ali dengan RM10 dan memberikan kepada Ali akan alamat rumah Minah. Ali menerima RM10 dan kemudian membuat penghantaran Tudung Hijab ke rumah Minah. Proses selesai.
Apa yang anda nampak? Ahmad tiada produk. Hanya mengambil produk Ali (gambar sahaja) dan promosikan di Facebook. Pembeli membayar kepada Ahmad dan kemudian Ahmad membayar kepada Ali. Ahmad hanya menjadi orang tengah sahaja tanpa perlu memegang produk sebenar dan tanpa perlu menguruskan penghantaran barang. Semua tidak perlu. Yang perlu dilakukan adalah melakukan promosi barang dengan harga yang telah di naikkan untuk tujuan mendapat untung secara atas angin.
Inilah yang dinamakan bisnes dropship. Ianya sangat popular kerana anda tidak perlu mempunyai produk sendiri. Hanya ambil produk orang lain. Anda tidak perlu membeli stok lebih awal. Hanya terus promosi. Dan anda sendiri bebas terlibat dalam menguruskan penghantaran barang. Anda cuba berikan maklumat alamat pembeli kepada penjual produk sebenar untuk melakukan penhantaran tersebut. Mudah bukan.
Ringkasan Cara Menjual Produk Dropship
- Dapatkan produk yang boleh anda jual secara dropship (contoh) – [ Tudung Shawl ]
- Sila bina kedai online di Facebook iaitu Fanpage – [ Buat Facebook Page ]
- Sila tingkatkan like Facebook Page Anda – [ Cara Buat FB Ads ]
- Sila Upload Produk anda berserta harga
- Berikan maklumat No Acc Bank, NO Tel untuk proses pembayaran dari pembeli
- Dapatkan maklumat pembeli iaitu Nama dan Alamat untuk diberikan kepada penjual produk
- Penjual produk (tempat anda dapatkan barang) akan membuat penghantaran produk ke rumah pembeli
- Siap
Tidak sukar sebenarnya untuk menjual produk dropship secara online melalui Facebook. Yang penting anda kena mula dahulu. Kena cuba buat dahulu. Selepas itu barulah anda anda belajar selok belok untuk menguruskan jualan dengan lebih berkesan dan pantas hasil dari pengalaman anda. Mahu tidak mahu anda kena mulakan langkah yang pertama dahulu. Saya doakan anda berjaya dengan apa yang anda lakukan.
Leave a Reply