Memang bayi memerlukan lebih banyak perhatian untuk penjagaan. Kalau bayi demam, kita sebagai ibu bapa memang akan susah hati. Begitu jugalah halnya kalau anak kecil kita itu selsema atau batuk yang mempunyai kahak. Apabila nafas pasti berbunyi kahak. Bagaimana hendak suruh bayi kita membuang kahak tersebut? Memang bukan reti atau tahu atau pandai untuk melakukan hal tersebut. Jadi paling tidak sebagai ibu bapa, setiap rumah mesti kena ada baby cream yang sesuai untuk tujuan tersebut. Kena ada.
Anak saya masa berumur 3-4 bulan ada terkena selsema, batuk dan juga kahak. Walaupun selsema dan batuk sudah hilang, tetapi gelema kahak masih ada. Sampaikan berbulan lamanya. Kita sebagai ibu bapa jadi risau juga. Takut anak kita susah bernafas. Nafas memang berbunyilah. Bila bawa ke klinik atau hospital untuk berjumpa doktor, rawatan yang mereka berikan adalah dengan memberikan anak kita menyedut gas nebulizer. Apabila kerap memberikan rawatan sedut gas nebulizer, rasa seperti tidak bagus pula. Hasil bacaan di internet pun memang tidak galakkan bergantung dengan kaedah rawatan begitu.

Baby Cream Jenama YouBaby
Dapatkan Baby Cream Jenama YouBaby Untuk Bayi Anda
Dari pembacaan saya, betulkan kalau saya salah ya. Menyedut gas nebulizer pada umumnya ianya digunakan pada pesakit asma. Tetapi ianya masih ada fungsi untuk melegakan selsema, batuk dan juga kahak. Bergantung kepada jenis ubat dan dos yang diberikan. Ubat dalam bentuk cecair dan ditukarkan kepada gas yang perlu disedut masuk melalui mulut atau hidung. Dan alat yang membantu menukarkan ubat cecair kepada gas inilah disebut sebagai nebulizer. Ianya dapat melegakan masalah tersebut. Dan kaedah ini kurang digalakkan kepada orang biasa atau baby sebenarnya.
Atas sebab inilah kenapa saya cuba untuk mencari alternatif kepada masalah selsema, batuk atau kahak yang dialami oleh bayi saya. Ubat klinik macam biasa kita boleh ambil. Ada sahaja ubat selsema, batuk dan kahak untuk bayi. Cuma kita tambah dengan pengambilan krim sapuan seperti baby cream ini. Produk ini adalah dari brand jenama YouBaby. Ramai orang telah menggunakannya. Dan setakat ini, testimoni pengguna adalah baik. Ianya dapat mencairkan gelema batuk dan juga kahak pada bayi.
Kenapa krim sapuan baby cream ini berkesan? Saya tidak boleh memberikan jaminan yang ianya berkesan untuk anak anda. Lain bayi lain kesan yang mereka alami. Cumanya anda kena faham, bayi secara umumnya memang tidak pandai untuk batuk membuang kahak seperti kita orang dewasa. Apa yang perlu kita buat adalah, memberikan “ubat” untuk membantu mencarikan kahak mereka. Di sinilah peranan baby cream dari YouBaby ini berperanan. Bila ianya berupaya mencairkan kahak, keluar ikut mulut atau hidung bayi anda, maka secara tidak langsung, batuk kahak pun berkurang.

Anda boleh cari dan beli babycream YouBaby di Shopee
Website Untuk Produk BabyCream Dari YouBaby
- Lazada – produk YouBaby baby cream ada dijual di sini
- Shopee – di sini ada sangat banyak seller yang jual Baby Cream YouBaby ini
Berapa harga bagi 1 baby cream YouBaby ini? Bagi saya ianya agak mahal iaitu berharga RM59. Akan tetapi ianya cukup untuk beberapa kali penggunaan biasa. Bayi kita bukan selalu hendak demam, batuk dan juga berkahak. Kita guna bila perlu sahaja. Krim pencuci muka kita pakai hari hari ketika mandi pun tahan 1 bulan penggunaan lamanya. Apa sangatlah krim sapuan untuk baby ini disapu hanya ketika diperlukan sahaja. Mesti tahan lama dan RM59 untuk 1 pek ini bukanlah mahal mana. Setuju?
Bagi saya sebagai bapa, produk baby cream dari YouBaby ini adalah salah satu usaha dan alternatif yang boleh kita gunakan untuk masalah selsema, batuk dan kahak pada bayi kita. Dari pengalaman saya, sekali pergi buat sedutan gas nebulizer di klinik swasta pun sudah berpuluh ringgit duit habis. Untuk cepat baik bukan sekali kena buat. Mahu 2-3 kali juga kena buat. Jadi apa salahnya berhabis duit untuk 1 produk sebagai alternatif yang boleh anda cuba untuk pulihkan masalah yang anak anda hadapi.
Leave a Reply