Dulu saya tidak pernah terfikir pun hendak beli dan simpan emas. Antara alasan utama adalah kita tidak ada duit atau modal yang besar untuk beli emas. Contoh kalau hendak simpan 1 gram emas, memang kena ada modal RM300 lah setiap bulan. Rasanya ramai orang tidak berkemampuan untuk simpan duit RM300 setiap bulan. Tetapi bila terbaca artikel tentang backup gaji dengan emas, mula berubah pandang tentang kelebihan yang ditawarkan oleh emas. Ada betul juga perkongsian tersebut. Jom saya share kan dengan anda. Adakah anda akan bersetuju seperti saya?
Saya cuma buat analogi mudah sahaja. Saya tanya beliau, ada buat simpanan ASB atau tidak. Jawapannya ada. Saya tanya lagi, berapa sebulan. Beliau cakap, beliau buat ASB loan sebanyak RM110K selama 35 tahun dengan bayaran RM600 setiap bulan. Sudah buat asb loan selama 5 tahun dan kini berumur 34 tahun. Jika buat kira kira, maknanya beliau akan habis bayar asb loan pada umur 64 tahun dan barulah dapat RM110K. Soalan saya kepada beliau, dari 30 tahun akan datang nanti, RM110K itu mencukupi atau tidak. Jawapan beliau adalah tidak cukup.

KES 1 – Saya tanya lagi, kalau 10 tahun lalu, harga sebiji burger adalah RM2.50 sahaja. Kini harga sebiji burger dalam RM5. Naik sekali ganda. Dengan kata lain, kalau kita ada duit bernilai RM2.50, kita mampu beli sebiji burger pada 10 tahun lalu, tetapi nilai RM2.50 tidak mampu untuk membayar sebiji burger pada zaman sekarang. Kenapa itu berlaku? Sebab nilai matawang kertas sebenarnya terus menurun dan kos harga barang terus meningkat naik. Dengan kata lain, wang kertas “kurang” berkesan untuk melawan inflasi dan mengatasi kos sara hidup dari tahun ke tahun.
Jadi apa alternatif simpanan atau pelaburan yang lebih baik berbanding wang kertas? Jawapan bagi saya adalah, kita patut backup gaji kita dengan emas. Ini adalah salah satu alternatif yang saya rasakan bagus untuk kita lakukan.

KES 2 – Harga sebiji burger 10 tahun lalu adalah berharga RM2.50. Berdasarkan fakta, harga emas tahun 2013 = RM130/1 gram emas. Nilai RM2.50 kalau anda tukar kepada emas ketika tahun 2013, anda akan dapat emas dengan berat sebanyak 0.0192 gram. Dengan kata lain, 0.0192 gram emas adalah bernilai RM2.50 pada tahun 2013. Berapakah nilai emas dengan berat 0.0192 gram pada tahun 2023 iaitu sekarang?
Harga 1 gram emas tahun 2023 adalah RM300. Jadi kalau anda ada simpan emas seberat 0.0192 gram, maka nilai harga emas anda ini sudah menjadi RM5.76. Emas seberat 0.0192 yang anda simpan pada 10 tahun lalu masih mampu membeli sebiji burger yang berharga RM5.00 pada zaman sekarang. Adakah ini bukti bahawa emas mampu melawan inflasi dan melawan kenaikkan sara hidup di masa hadapan? Sudah tentu jawapannya adalah YA!.
Berdasarkan skenario kiraan kasar di atas ini, bolehlah kita buat kesimpulan, kalau kita membuat simpanan dalam bentuk wang kertas rasanya ianya masih belum cukup mampu untuk memberikan jaminan kekuatan kewangan kita di masa hadapan apabila kita perlukan nanti. Namun emas mampu memberikan kekuatan kewangan yang kita perlukan di masa hadapan. Contoh di atas ini rasanya cukup untuk anda faham akan apa yang saya maksudkan dengan simpanan emas.

Bagaimana dengan tajuk kita iaitu backup gaji dengan emas? Mudah. Anda mahu buat simpanan dalam bentuk duit wang kertas atau emas? Rasanya anda pasti sudah ada jawapan betul? Macam mana hendak backup gaji dengan emas kalau duit hendak beli emas pun tak ada lebih atau tidak ada extra. Hendak buat simpanan emas setiap bulan pun macam tak mampu. Ada caranya. Caranya adalah buat pajak emas online. Sila klik dan baca terlebih dahulu supaya anda faham.
Kenapa kena pajak? Sebab kebanyakkan dari kita tidak mampu. Kalau mampu, sila beli emas dan simpan. Kalau tak mampu, maka salah satu cara adalah dengan cara beli emas dan kemudian pajak kembali untuk mendapatkan wang anda semula. Saya pernah menuliskan tentang cara selamatkan belanja hangus di sini. Sila klik untuk baca ya.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar jika anda belum daftar jadi ahli QM.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran, cara tukar pindah link referral tajaan Quantum Metal dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Saya tidaklah mahu bercerita panjang lebar berkenaan isu cara backup gaji dengan emas ini. Cukup saya sampaikan 1 contoh ringkas yang anda mudah untuk faham. Faham yang macam mana? Faham kenapa kita perlu buat simpanan dalam bentuk emas berbanding wang kertas. Selepas gaji, terus beli emas sebagai simpanan. Tak cukup duit, terus pajak sahaja emas tersebut untuk dapatkan kembali modal. Mudah sahaja. Hendak saya bantu anda lebih faham? Terus sahaja daftar melalui link di atas ini dan hubungi saya terus melalui link Whatsapp di atas ini ya. Jom!!!.