Semalam saya berkesempatan untuk memperbaharui cukai jalan kereta saya sendiri. Dan sebelum ini saya lebih memilih untuk menyuruh sendiri kedai kereta lakukannya untuk saya. Saya berikan no telefon, no IC dan juga no plate kereta. Yang saya tahu, saya hanya berikan maklumat melalui sms kepada agen penjual kenderaan, dan esoknya saya datang ke kedai memberikan wang dan saya menerima pelekat roadtax kereta yang baharu untuk saya tampal di cermin kereta. Itulah yang saya lakukan saban tahun. Mudah dan senang.
Apa yang saya lakukan itu adalah untuk kereta Perodua Viva yang masih berhutang. Dan pada tahun lepas saya telah membeli kereta yang kedua iaitu Proton Saga BLM dengan bayaran tunai (cash). Dan tahun ini iaitu semalam adalah masa pertama kali untk saya renew roadtax kereta. Seperti biasa, saya memberikan maklumat yang dikehendakki kepada agen penjual kereta tempat saya membeli kereta untuk mereka menyiapkan cukai jalan baru untuk saya.
Renew Roadtax Dan Insurans Kenderaan
Dan setelah sampai ke kedai kereta, yang siap adalah hanya slip penyata pembayaran insurans sahaja. Tetapi cukai jalan (roadtax) belum lagi di bayar. Ini membuatkan saya tertanya tanya kenapa ianya tidak siap lagi sedangkan saya sudah sampai ke kedai untuk membuat bayaran dan mengambil terus roadtax kereta tersebut. Untuk pengetahuan anda yang baru pertama kali untuk renew roadtax, ada 2 benda yang perlu anda bayar iaitu INSURAN dan juga CUKAI JALAN.
Apabila anda mahu renew roadtax, maka anda sebenarnya mahu membuat pembayaran kepada insurans dan juga cukai jalan (roadtax). Dan kenapa roadtax saya masih belum disiapkan adalah kerana proses untuk membayar roadtax memerlukan anda untuk menunjukkan “Geran Kenderaan” kepada Jpj atau di pejabat pos. Oleh kerana saya membeli kereta dengan cash, maka geren kereta ada pada saya. Sebab itu kedai tidak dapat membuatnya untuk saya.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Kesimpulannya? Apakah cara renew roadtax bagi anda yang membeli kereta secara tunai (cash)? Yang pertama anda meminta kepada agen kereta untuk menyiapkan insurans anda. Selalunya hanya 1 hari sudah siap. Jika anda memesannya hari ini, maka esok anda boleh ke kedai untuk membayar insurans kenderaan anda. Dan selepas itu anda perlu membawa geran kereta anda ke Jpj atau pejabat pos untuk melakukan pembayaran cukai jalan (roadtax) pula. Selesai. Ini adalah cara yang saya lakukan. Sebenarnya ada cara yang paling mudah lagi. Tetapi saya kongsikan ini dahulu buat anda. Sekian.
9 Comments
emm, tak tahu pulak klu nak renew kereta cash kena macam ni…
biasa mudah jer kan..
baru je ada kereta ni. Bolehlah dijadikan panduan dan rujukan nanti.tq2
biasa saya serahkan kat agen je
belum pernah buat sendiri lagi….semua serah pada yang pakar…hhihi
ciktom biasa bawak geran pergi kdai insurans..byr insurans then pergi pjbt pos byr roadtax..tue la tiap2 tahun..huhu
Sangat mudah sebenarnya kan?
MV pun renew kat Pejabat Pos saja
Aku pun tak pernah lagi bayar sendiri benda-benda ni… adeh
Cara yang paling mudah renew insuran dan roadtax adalah online sahaja. Semua dihujung jari anda. saya suka menggunakan Takaful Ikhlas. Kita boleh set harga mengikut kemampuan. Road tax buat ngan MYeg. Sonang
Nasib baik sekarang senang je. Semua benda dah boleh online. Tak payah susah2 nak pegi pejabat pos dah. Saya renew dekat loanstreet je sekarang. Terus sampai depan rumah haha