McDonald French Fries Nutrition – Saya selalu jugak beli makanan di McDonald lagi lagi secara “Drive-thru” jika bekerja pada waktu malam ataupun bosan bila tidak ada makanan yang menarik ataupun saja saja hendak pekena bila dah lama tak pekena. Memang selalu terfikir akan cerita dan berita berita di internet tentang perihal makanan “fast food” yang telah dibuat kajian dan terbukti akan kandungan yang merbahaya lagi lagi kandungan garam yang sangat tinggi yang bertujuan untuk kekal sedap dan tahan lama. Kalau makan memanglah tidak terasa kandungan garamnya tetapi memang ianya mengandungi garam.
Ada kajian yang saya lihat seperti burger dan juga McDonald French Fries yang disimpan di dalam dapur untuk tempoh masa yang sangat lama maksud saya berbulan bulan lamanya. Dan hasil dari kajian itu menunjukkan makanan fast food langsung tidak berubah ataupun hanya berubah dengan begitu sedikit padahal ianya bukan di dalam kebuk simpanan udara. Ianya terletak dan terdedah dengan suhu dan udara semasa. Hebat. Makanan yang tidak perlu dibungkus di dalam plastik tertutup ber-aluminium tetapi mampu bertahan pada udara luar tanpa menjadi apa apa.
Kajian Ketahanan McDonald French Fries Tanpa Sengaja
Diatas ni adalah gambar sebenar McDonald French Fries dari bilik saya sendiri dengan mengalami proses perubahan dengan suhu bilik. Saya boleh katakan yang gambar diatas adalah french fries McD yang saya beli sejak sebulan lalu. Yang ini bukan saya nak buat kajian tetapi french fries yang tak habis saya letak sahaja di situ. Sedar tidak sedar dah sebulan dan saya terkejut juga yang ianya masih elok. Saya sendiri pun tidak perasan yang McDonald French Fries saya itu sudah lama. Manakan tidak ianya langsung tidak berbau ataupun rosak. Seperti gambar diatas apa kesimpulan yang anda boleh buat.
Betulkan saya jikalau saya salah. Pada pendapat saya, cara masakkan McDonald French Fries ini yang menggunakan garam adalah salah satu proses pengawetan. Ikan masin walau ada garam bila terkena suhu bilik dan terdedah pasti akan berbau busuk juga. Kerepak yang ditabur garam kalau terdedah dengan suhu bilik pasti berkulat juga. Tetapi french fries yang terdedah tanpa dibungkus apa apa selama sebulan lansung tidak busuk atau berkulat. Jadi pada pendapat saya mungkin ianya menggunakan kandungan garam yang sangat tinggi. Selepas sebulan, lihat gambar McDonald French Fries diatas dan apa pendapat kawan kawan.
9 Comments
itu kalau cicah sos..sedap lagi tu. haha
ko dah try ker, hehehe
pehh memang power la kentang mcd, giler kentang
giler tahan tuh, hehe
Itu baru sebulan tu, kalau setahun, agak2 sama gak ker macam tu. Anyway sebaik2nya elakkanlah makanan fastfood ni sebab tak menyihatkan untuk jangka-masa panjang.
betul tuh
oh mai. klu tak bagitau dah sebulan, den akan sluber masuk dalam mikrowave dan panaskan
kih kih kih
bahan pengawet yang diletakkan dalam French Fries sangat tinggi…sebab itu fungus tak berani nak datang..