Bila tiba hari raya, semua orang perempuan mahu berfesyen dan berpakaian cantik menarik pada hari tersebut. Sebagai suami, saya sendiri sudah menemani isteri ke kedai kedai dan butik pakaian wanita untuk mencari baju raya. Namun kebanyakkan waktu akan berasa hampa. Kenapa? Baju kelihatan seperti sudah lama, rekaan design pun kadang kala nampak sama dan tidak ada apa yang baru. Masalah yang kedua pula adalah mencari warna baju raya wanita yang mempunyai warna yang hampir sama dengan baju melayu suami. Adakah anda salah seorang pemakai yang memakai baju jubah hari raya nanti?
Bila sebut pakaian, antara yang paling saya kurang suka adalah berkenaan kualiti kain dan juga saiz. Maklumlah, bila beli mana mana pakaian secara online, kita tidak dapat mengagak kualiti kain dan juga saiz. Kalau kena dengan saiz badan kita memang bagus. Kalau tidak sama saiz, malas pula hendak hantar semula dan sebagainya. Membazir masa dan juga wang. Namun kalau sudah biasa membeli di kedai online yang sama, maka memang mudahlah memilih pakaian yang dimahukan sebab sudah boleh agak jenis material kain dan juga saiz.

Beli dan dapatkan baju jubah hari raya secara online
Pelbagai Pilihan Baju Jubah Hari Raya Di Internet
Lain orang lain sebabnya. Oleh kerana isteri saya sedang mengandung. Maka baju kurung biasa memang tidak sesuai dipakai kerana masalah saiz perut yang semakin membesar. Mengandung mengandung juga. Raya tetap mahu raya. Tetap mahu cantik di pagi raya. Atas sebab itulah beliau memilih mahu membeli baju jubah hari raya di Lazada sahaja. Kenapa jubah? Biasanya baju jubah mempunyai banyak pilihan yang pada bahagian pinggang tidak terlalu ketat. Malah mudah dipakai juga berbanding baju kurung biasa yang kena lihat baju dan juga kain.
Saya tidak pasti samada anda perasan atau tidak. Biasanya kalau anda buat survey mana mana pakaian raya di internet biasa akan terdapat sangat banyak pilihan menarik. Terlalu banyak. Tetapi apabila kita survey dikedai pula, pilihan yang ada adalah terhad. Adakah peniaga online mempunyai banyak stok dengan pelbagai saiz tetapi kekurangan dana modal untuk membuka kedai? Saya tidak pasti sebab apa. Bukan apa, kalau baju pakaian yang menarik sebegitu ada dan mudah dicari di kedai kedai butik, maka sudah tentu pembeli lebih berminat untuk datang ke kedai butik tersebut.

Jubah dress Ameera boleh anda dapatkan di Shopee
Website Untuk Beli Pakaian Wanita
- Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenis pakaian wanita di sini
- 11Street – anda boleh mencari pelbagai jenis pakaian wanita di sini
- Shopee – anda boleh mencari pelbagai jenis pakaian wanita di sini
Isteri saya mengambil risiko untuk membeli baju jubah hari raya terus di Lazada. Dan apabila bungkusan sampai ke rumah. Kualiti kain dan juga saiz memang kena dengan badan. Oleh kerana berpuas hati, maka isteri terus mahu membeli satu lagi baju jubah tetapi dari rekaan design yang berbeza pula. Alhamdulillah. Yang penting selesa dipakai dan sangat sesuai untuk ibu mengandung.
Di atas ini adalam gambar dan video yang saya tangkap/rakam untuk anda. Di atas ini juga saya kongsikan beberapa laman website beli belah yang popular di Malaysia. Sila klik dan lawat website tersebut. Lepas itu taipkan “baju kurung” atau “jubah” untuk anda mencari pakaian yang anda mahukan. Mudahnya membeli pakaian di internet. Ini adalah salah satu pengalaman isteri saya membeli baju jubah hari raya di internet dan beliau sangat berpuas hati. Seperti yang saya cerita di atas tadi. Salah satu sebab kenapa seronok membeli belah di internet kerana banyaknya pilihan yang boleh anda cari di sana. Apa apa pun selamat hari raya. Bye..
Leave a Reply