Salam kepada pembaca. Sudahkah anda memiliki insurans nyawa. Dengar macam tidak bagus sahaja bunyinya. Nyawa pun mahu ada insurans. Kalau Allah sudah takdir kita mati esok, kita tetap akan mati. Ya betul pandangan anda itu. Maksud insurans nyawa bukan tentang jaminan nyawa anda. Tetapi tentang persediaan kewangan yang anda lakukan untuk diri anda dan juga keluarga tanggungan anda. Kebanyakkan dari kita tidak memikirkan tentang keadaan masa hadapan. Kita langsung tidak fikir apa yang akan jadi kalau kita sebagai ketua keluarga mati atau hilang upaya kekal dan tidak boleh bekerja. Kebanyakkan kita mengabaikan kelebihan polisi insurans takaful ini.
Kita faham majoriti anda termasuk saya berpendapat buat apa bayar polisi insurans takaful bulanan bazir bazir habis duit. Dan selepas itu duit itu tidak kemana dan kita langsung tidak dapat pakai balik duit itu. Hilang macam itu sahaja dan tidak digunakan. Ini adalah apa yang anda fikirkan betul tidak? Ya, itu benar. Tetapi kalau anda sakit dan masuk hospital. Dan malah lebih teruk sudah tidak boleh bekerja dan dibuang kerja. Anda ada cukup duit untuk bayar kos rawatan termasuk menanggung makan pakai ahli keluarga anda?

Bayar Polisi Insurans Takaful Online Melalui Maybank2u
Sebenarnya kalau anda tidak mahu rugi, kita sebenarnya menasihatkan anda ambil mana mana polisi insurans takaful yang juga ada menawarkan skim pelaburan. Dengan kata lain, selain untuk manfaat kematian, kecatatan, medical kad perubatan, wang yang anda bayar setiap bulan itu juga akan dimasukkan, dilaburkan dan menjadi simpanan. Walaupun jumlah simpanan adalah kecil dari apa yang anda bayar, ianya akan menyebabkan anda terasa seperti tidak terlalu membazir wang bayaran bulanan anda itu. Itupun kalau anda mahulah. Saya memberi cadangan sahaja.

Ini saya kongsikan kisah sebenar rakan saya yang ada mengambil polisi insurans nyawa. Beliau buat bayaran bulanan polisi insurans setiap bulan tanpa gagal. Beliau kemalangan dan di masukkan ke hospital. Kos rawatan cecah RM20K. Nasib baik beliau ada medical kad dan semua ditanggung 100% oleh pihak insuran. Beliau kemalangan lagi kali kedua, dan kebetulan beliau culas bayar bulanan, kejap bayar, kejap tidak bayar. Nasib baik polisi insurans beliau masih aktif, dan pihak insurans bayar bil kos rawatan hospital beliau sebanyak RM15K. Sejak dari itu, beliau terus bayar polisi insurans nyawa beliau tanpa gagal lagi.

Langkah Membayar Polisi Insurans Takaful Secara Online
- Maybank2u – sila login akaun online banking Maybank2u anda
- Klik pada akaun saving anda. Klik “Bill Payment” dan klik “Make a one-off payment”
- Pada kategori, sila pilih “Insurance & Takaful” dan klik Continue
- Pilih syarikat polisi insurans takaful yang anda ambil dan klik Continue
- Masukkan amount bayaran, nombor akaun bil polisi dan klik Continue
- Ikuti arahan seterusnya sehingga selesai. Done
Sesetengah orang culas atau gagal membuat bayaran polisi insurans takaful mungkin kerana tiada wang. Atau mungkin kerana malas hendak pergi ke pejabat insurans untuk membuat bayaran. Atau mungkin selalu lewat dan lambat buat bayaran. Nasihat saya, kalau anda mempunyai akaun online banking, saya mencadangkan anda membuat bayaran polisi insurans takaful anda secara online. Saya adalah pemegang kad takaful dari Syarikat Takaful Malaysia dan saya membuat bayaran polisi takaful saya secara online melalui Maybank2u. Anda juga boleh berbuat demikian untuk polisi insurans takaful yang lain lain dengan mudah di Maybank2u. Ikuti langkah di atas ini jika mahu membuat bayaran polisi insurans takaful melalui internet. Selamat mencuba.