Baru baru ini saya mendapat pertanyaan dari seseorang berkenaan program We Kongsi. Selepas membuat sedikit penerangan dan penjelasan, beliau berpendapat yang bayaran bulanan We Kongsi ini masih lagi mahal. Dalam program We Kongsi, anda kena bayar yuran keahlian (management fee) dan bayaran perkongsian (sharing account). Kalau dicampur dua sekali memang rasa macam We Kongsi mahal. Tetapi kalau anda faham perbezaan kedua dua bayaran tersebut, saya pasti anda akan rasakan ianya berbaloi dan masih mampu milik. Macam mana? Mari saya jelaskan lagi.
Kebanyakkan program medical cost-sharing seperti ini di Malaysia menggunakan pelan pembayaran yang lebih kurang serupa. Yang pertama adalah bayaran pengurusan yang mana duit tersebut digunakan oleh syarikat untuk membayar pekerja syarikat, kos mengurus syarikat, kos mengiklankan produk iaitu program tersebut, kos IT dan juga komisen bagi agent yang mempromosikan produk dan program berkenaan. Kos ini adalah kos yang wajar sahaja. Anda mahu gunakan faedah dan manfaat yang ditawarkan oleh syarikat tetapi tidak mahu membayar kos pengurusan syarikat, ini adalah tidak mungkin.

We Kongsi MAHAL Atau Murah
Berapa bayaran yuran keahlian yang dikenakan. Anda boleh pilih samada mahu bayar sekaligus untuk setahun atau bayaran setiap 3 bulan (per quarter) atau bayar setiap bulan. Ini berikan kelebihan kepada anda yang mungkin kurang bajet. Jadi ada banyak pilihan lah. Cumanya kalau ada bajet, saya sarankan anda untuk buat bayaran secara tahunan terus kerana lebih murah. Apa pun terpulang kepada anda. Berapa bayaran management fee? Sila lihat gambar pertama di atas ini. Harap anda faham ya.
Kos yang kedua pula adalah bayaran perkongsian sesama ahli di dalam komuniti. Setiap ahli yang terlibat dalam komuniti akan diwajibkan memasukkan duit sebanyak RM100 atau RM200 mengikut pakej yang diambil ke dalam akaun tabung yang bernama Sharing Account. Wang yang terkumpul inilah digunakan untuk membayar kos rawatan untuk ahli yang dimasukkan ke hospital swasta. Dalam program We Kongsi, sebesar manapun bil perubatan yang dikenakan terhadap pesakit tersebut, setiap ahli akan dikenakan cas sebanyak RM50 sahaja maksimum dalam sebulan.

Contoh Kiraan Bayaran Perkongsian Bil We Kongsi
- Sofia adalah ahli We Kongsi yang aktif
- Sofia dimasukkan ke wad hospital Gleneagles di Penang pada bulan Oktober
- Sofia menerima rawatan selama 1 minggu dan kos bil perubatan beliau adalah sebanyak RM40K
- Jumlah ahli aktif We Kongsi adalah seramai 1000 orang
- Setiap ahli berkongsi bayar bil Sofia sebanyak (RM40K / 1000 orang = RM40 seorang)
- Akaun tabung (Sharing Account) setiap ahli akan ditolak (auto deduct) sebanyak RM40 untuk bulan oktober tersebut
Macam mana kalau bil perubatan hospital Sofia adalah RM60K? Sudah tentu setiap ahli kena bayar RM60 betul? Dalam kes ini, program We Kongsi menetapkan hanya RM50 sahaja maksimum dikenakan dalam sebulan. Baki RM10 akan dibawa ke bulan depan secara carry forward. Jelas? Faham?
Kalau kita cerita dengan program We Kongsi, peserta hanya perlu bayar RM50 sahaja maksimum dalam sebulan. Jadi memang betul lah murah dan mampu milik. Tapi macam mana boleh cakap We Kongsi mahal? Mahal sebab kena bayar yuran pengurusan iaitu yuran keahlian sebanyak RM40 setiap bulan. Kalau dicampur yuran management fee sebanyak RM40 dan bayaran perkongsian sebanyak RM50 maksimum, maka tetap kena bayar RM90 dan bukannya RM50. Inilah apa yang saya dapat dari pertanyaan individu tersebut.
Saya telah tanyakan kepada HQ berkenaan soalan ini. Jawapan yang mereka beri adalah, setakat ini tidak ada lagi mana mana program perlindungan perubatan di Malaysia yang menawarkan bayaran bawah RM100 dengan jumlah had limit sebanyak RM1 juta dalam sebulan. Saya pakai medical card AIA dan kena bayar RM178 sebulan dengan limit had tahunan sebanyak RM100K sahaja. Dengan We Kongsi, saya dapat limit tahunan setinggi RM1 juta dengan bayaran bawah RM90 maksimum dalam sebulan. Murah ke mahal? Inilah realitinya.

TETAPI….. anda kena ingat, bayaran perkongsian bulanan setiap ahli adalah maksimum sebanyak RM50 dan itupun kalau ada ahli We Kongsi yang dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan. Macam mana kalau tidak ada mana mana ahli yang dimasukkan ke hospital pada bulan tersebut? TIDAK ADA POTONGAN ATAU PERKONGSIAN PADA BULAN TERSEBUT!!!. Dengan kata lain, anda hanya bayar yuran pengurusan iaitu RM40 sahaja dan tidak perlu bayar apa apa bayaran perkongsian. Tidak percaya? Lihat gambar kedua di atas ini. Kebanyakkan bulan tidak ada apa apa perkongsian bayar bil hospital pun. Malah ada yang kena bayar RM2 sahaja perkongsian dalam bulan tersebut. Memang murah!!!.
Program perlindungan perubatan dari We Kongsi mahal atau murah? Ianya sebenarnya bergantung bagaimana anda melihat pakej pembayaran yang dikenakan. Saya tidak melihat RM90 sebagai murah. Kalau anda fikir anda kena bayar tetap RM90 setiap bulan mungkin anda akan merasa mahal. Tetapi kalau anda cuba bandingkan dengan medical di luar sana dengan We Kongsi, rasanya anda pasti bersetuju bahawa We Kongsi menawarkan faedah dan manfaat yang lebih kurang sama atau serupa atau lebih baik tetapi dengan bayaran yang jauh lebih rendah. Setuju?
Daftar/Register We Kongsi
- [ LandingPageWeKongsi ] – sila klik link ini untuk baca maklumat lebih lanjut
- [ RegisterWeKongsi ] – sila klik link ini jika anda mahu terus daftar
- [ WhatsappWeKongsi ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya. Sila masuk ke group ini untuk bantuan pendaftaran dan pertanyaan.
Kesimpulan. Bayaran bulanan We Kongsi mahal? Tidaklah. Bayaran bulanan dalam We Kongsi tidak tetap. Dari serendah RM0 sehingga paling mahal RM90 sahaja sebulan. Saya tidak boleh katakan 100% yang We Kongsi ini murah. Sebutan yang betul adalah program We Kongsi ini adalah program perlindungan kos perubatan rawatan di hospital yang mampu milik untuk orang awam selain dari medical card yang kita biasa dengar di Malaysia. Kalau anda berminat dengan We Kongsi, saya jemput anda mendaftar melalui link pendaftaran di atas ini. BYE!!!.