Antara benda yang paling seronok apabila dikurniakan anak bagi pasangan yang baru pertama kali dapat zuriat adalah melihat perkembangan baby mereka membesar depan mata. Mula mula bayi kita akan mula hendak memusing badan, selepas itu mahu merangkak dan selepas itu mahu berdiri dan akhirnya mahu berjalan. Pada ketika inilah rasanya ibu ayah boleh memainkan peranan dengan membelikan anak mereka kerusi roda iaitu “baby walker”. Ianya satu benda yang menarik untuk melihat bayi belajar berjalan melangkah secara kecil kecil dan bertatih tatih.
Bayi anda yang sudah menunjukkan tanda mahu berdiri dan berjalan bolehlah untuk anda belikan mereka kerusi roda/sorong iaitu baby walker. Kadang kala mereka mula berpaut pada kerusi, meja atau mana mana tiang dan berdiri. Kadang kala melangkah ke hadapan atau belakang. Dan yang bahayanya mereka terlentang jatuh. Dan kepala terhantuk pada dinding atau lantai. Ini bahaya. Bagaimana kalau terhantuk pada bucu yang tajam? Lagi lah terlebih lebih bahaya. Bagi saya secara peribadi, baby walker sangat diperlukan untuk membantu bayi berdiri dan berjalan. Yang terlebih penting adalah untuk menghindari bahaya persekitaran seperti terjatuh.
Alat Bantu Berdiri Untuk Bayi Belajar Berjalan
Bahayakah kalau bayi terjatuh? Jatuh biasa biasa masih boleh diterima. Kalau jatuh terlalu kerap itu bahaya. Lagi lagi kalau jatuh dari tempat tinggi atau terkena bucu tajam sangatlah bahaya. Proses bayi hendak belajar berdiri dan berjalan memang sangat memerlukan perhatian yang lebih dari ibu bapa. Sebagai ibu bapa perkara seperti ini sebenarnya memang memenatkan emosi dan juga fizikal. Mana larat hendak mengawasi anak senantiasa. Lainlah kalau ada pembantu rumah. Cara paling mudah untuk membantu bayi anda belajar berjalan dengan risiko kemalangan kecil adalah dengan membelikan mereka baby walker.
Adakah penggunaan baby walker selamat 100%? Ianya masih tidak menjamin yang bayi anda pasti selamat 100%. Tetapi paling kurang dapat meminimakan kemalangan yang boleh dielakkan dari kelemahan manusia itu sendiri. Janganlah gunakan baby walker di tingkat atas rumah melainkan tingkat atas rumah anda mempunyai penghadang seperti pagar untuk tangga. Persekitaran rumah anda terutamanya pintu keluar masuk haruskan senantiasa ditutup supaya baby anda tidak cepat cepat keluar dan terlepas dari pandangan mata anda.
Adakah penggunaan baby walker untuk bayi disarankan? Sejujurnya nasihat dari pakar tidaklah menggalakkan penggunaan baby walker ini. Boleh pakai cuma jangan kerap dan jangan terlalu lama. KENAPA? Kerana bayi kita dalam proses membesar. Mereka sangat memerlukan pergerakkan tubuh badan untuk membantu mereka berkemampuan untuk merangkak, berdiri dan berjalan. Kalau diletakkan terlalu lama di dalam kerusi baby walker, tidakkah ini merencatkan deria tubuh badan bayi itu sendiri? Rasanya anda faham. Tidak perlulah saya bercerita panjang lebar.
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – anda boleh beli baby walker secara online di sini
- Lazada – anda boleh beli baby walker secara online di sini
Kalau anak saya, saya biarkan mereka merangkak dan berdiri sendiri secara hukum alam. Cuma pada ketika saya terpaksa kurang memberikan lebih perhatian kepada mereka ketika mahu memasak, makan atau masuk ke bilik air, maka saya letakkan anak saya sekejap ke dalam kerusi baby walker. Ianya hanya alat untuk memudahkan sedikit urusan kita. Itu sahaja. Teringat masak bayi masih kecil dulu. Awal awal kena beliakan mereka baby stroller, selepas itu baby car seat pula dan sekarang baby walker. Terbaik.
Sebenarnya ketika bayi belajar berjalan, mereka mahu untuk terokai dunia mereka dengan “kaki” mereka. Ketika letakkan anak ke dalam baby walker, kita dapat lihat mereka menginjak dan meolak kaki mereka untuk ke sana dan ke mari. Ini sebenarnya adalah moment detik detik indah buat ibu bapa. Cuma sebagai ibu bapa kita kena ada “sense” kepada bayi itu sendiri. Jangan letakkan mereka ke dalam walker lebih masa dari sepatutnya sehingga mereka tertidur di kerusi terbabit. Ingat ya, ianya kurang baik bagi bayi itu sendiri. Ianya hanya alat sahaja. Biarkan mereka merangkak, berdiri dan berjalan secara alamiah. Selamat menjadi ibu bapa.