Masa mula mula hendak hantar anak ke pengasuh memang pening juga. Maklumlah anak pertama. Pening kerana tidak tahu hendak masukkan pakaian anak guna beg apa. Tetapi beg yang kami hendak gunakan bukanlah beg yang besar. Hanya beg baju baby yang kecil sahaja. Cukup untuk memuatkan 3 pasang baju seluar, 1 tuala mandi, beg plastik untuk baju kotor dan juga pampers. Last last kami gunakan beg galas biasa sahaja. Di rumah ada beg galas yang tidak dipakai untuk digunakan. Rupanya orang lain pun berbuat yang sama. Muat dan lebih praktikal penggunaan.
Cumanya selepas 1 tahun lebih penggunaan, bag tersebut sudah rosak. Jadi terpaksalah kami mencari beg baju baby yang baharu. Cara paling mudah adalah dengan membuat pencarian di Lazada dan juga Shopee. Kenapa kena cari bag baby kami secara online? Sudah tentu kerana faktor harga, jimat masa dan lebih banyak pilihan. Lagi pun bukan mendesak sangat hendak guna sekarang juga. Boleh buat carian secara santai santai sahaja. Hendak ke kedai pun boleh juga. Cuma kena ada masa dan hanya boleh cari dan beli ketika hari tidak bekerja sahaja.

Beg baju baby yang dibeli dari Shopee
Beli Beg Baju Baby Di Shopee
Saya dan isteri telah membuat carian beg baju anak kami yang kecil berumur 1 tahun lebih di Shopee. Memang ada banyak pilihan. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun murah. Bawah RM20 pun ada sangat banyak pilihan. Setelah beg tersebut sampai di rumah, kualiti material kain beg tersebut memang terbaik. Tetapi kita tidaklah boleh mengharap ianya sangat berkualiti. Padanlah dengan harga di bawah RM20 ini. Yang penting material kain beg baby ini terasa tebal dan cantik. Yang penting ianya praktikal untuk digunakan. Itu sahaja.
Kalau lihat di Shopee, beg ini ditulis sebagai “Kids School Bag” iaitu beg sekolah kanak kanak atau tadika. Saya yang belum berpengalaman mempunyai anak yang bersekolah, jadi tidak tahulah samada anak kecil yang bersekolah tadika misalnya memang boleh pakai beg sekolah yang berdesign kartun dan cantik seperti ini. Akan tetapi saya beli beg ini untuk dimuatkan pakaian anak untuk dihantar ke pengasuh sahaja.

Anda boleh dapatkan beg baju baby anak anda di Shopee
Website Untuk Beg Pakaian/Sekolah Untuk Bayi Dan Kanak Kanak
- Lazada – anda boleh mencari bag baby/kanak kanak di sini
- Shopee – anda boleh mencari bag baby/kanak kanak di sini
Biasanya antara item iaitu barang yang biasa para ibu bapa bawa dan perlu berikan kepada pengasuh adalah seperti puting, botol susu, susu tepung baby, baju, seluar, tuala, lampin pakai buang dan juga plastik untuk meletakkan pakaian kotor. Akan tetapi bukan semua barang ini perlu dibawa setiap kali ke ruma pengasuh. Di dalam kes saya contohnya, botol susu dan susu tepung memang sudah diletakkan dan ditinggalkan di rumah pengasuh. Beg baju baby hanya digunakan untuk membawa pakaian yang kotor dan baru sahaja setiap kali hantar dan ambil anak kecil (bayi) kami.
Saya dan isteri telah membeli 2 beg baju untuk anak kecil kami. Satu untuk digunakan untuk ke rumah pengasuh dan satu lagi untuk dibawa ketika berjalan jalan. Corak design yang kiut dan cantik ini akan membuatkan tangkapan gambar kelihatan cantik untuk si anak kecil kami apabila dipakai. Seperti yang saya katakan tadi, harga tidak mahal mana. Bawah RM20 sahaja. Kedua dua beg ini hanya berharga RM14 dan RM13 sahaja tidak termasuk pos. Beli yang murah murah sahaja. Lagipun beg baju baby seperti ini hanya dipakai dalam tempoh sekejap sahajakan.
Leave a Reply