Kepada anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, pasti akan melalui fasa betapa kerapnya anda terpaksa menukar lampin anak anda betul? Seorang bayi biasanya akan kencing atau berak sebanyak 4-6 kali sehari. Itu bermakna anda perlu menukar lampin pakai buang mereka sebanyak 4-6 kali sehari. Dan di mana anda membuangnya? Di plastik sampah yang biasa atau di beg plastik sampah khas untuk kanak kanak? Di sini saya mahu kongsikan dengan anda cara yang lebih baik untuk anda membuang lampin pakai buang anak anda.
Ya, saya tahu ramai sahaja para ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan membuang lampin pakai buang (disposable diapers) anak mereka di tong sampah. Adakah salah? Ianya tidak salah sama sekali. Cumanya kurang sesuailah. Kenapa? Bahan buangan anak kecil kita itu biasanya air kencing atau tahi. Dan kita buang di dalam tong sampah yang ada kotoran sisa makanan. Jadi tidak elok. Kena pula kalau dibuang dengan tanpa diikat dengan apa apa plastik. Sudah tentu bau yang dihasilkan lebih teruk baunya.

beg plastik sampah untuk buang lampin pakai buang bayi
Guna Beg Plastik Sampah Untuk Diaper Disposal
Oleh kerana kita tahu yang bayi memang biasanya akan kencing atau berak dengan kerap. Maka seperti yang saya beritahu tadi, anda akan kerap menukar lampin pakai buang baby sebanyak 4-6 kali dalam sehari. Jadi adalah lebih elok kalau di rumah anda ada di sediakan sebuah tong sampah kecil yang khas untuk membuang bahan buangan anak anda seperti pampers misalnya. Dan kemudian beli dan dapatkan beg plastik sampah khas untuk bayi yang banyak dijual di kedai barangan baby atau beli sahaja secara online.
Bila anak anda kencing atau membuang air besar, maka buangkan lampin pakai buang tersebut ke dalam beg plastik sampah khas baby dan ikat dan masukkan ke dalam tong sampah kecil tadi. Mudah bukan. Nanti bila sudah penuh dalam 2-3 hari, buangkan ke semuanya sekali. Mudah bukan? Malah tidak bercampur dengan kotoran dari sisa makanan di rumah. Kebersihan pun terjaga.

Beli disposable baby diapers yang murah dan mudah
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – anda boleh cari dan beli diaper plastic bag di sini
- Lazada – anda boleh cari dan beli beg plastik sampah diapers di sini
Saya tunjukkan gambar di atas. Kalau anda beli beg plastik sampah sahaja pun boleh. Cuma saya suka dan selesa beli sekali dengan “perumah” kepada beg plastik tersebut. Ianya cantik dan mudah dibawa ke mana mana. Malah mudah pula ketika mahu menggunakannya. Hanya perlu tarik sahaja plastik sampah keluar dari lubang perumah dan guna. Macam tisu yang ditarik keluar dari kotak tisu. Mudah bukan?
Nama lain bagi beg plastik sampah ini adalah Diaper Plastic Bag. Ianya adalah sebuah beg plastik khas untuk membuang lampin pakai buang bayi dengan mudah dan juga bersih. Anda hendak pakai beg plastik sampah yang biasa pun boleh juga. Cuma kurang sesuai kerana faktor saiz yang besar dan juga harganya yang lebih mahal. Beg plastik sampah untuk diaper misalnya hanya bersaiz kecil, nipis dan sangat sesuai untuk membungkus untuk membuang lampin pakai buang yang sudah tercemar. Jom dapatkan plastik bag untuk membuang diaper baby anda. BYE!!!
thanks share.
kalau kak pip memang akan bawa extra plastik kosong tiap kali keluar. pek siap2 dalam handbag.
so kalau anak nak tukar diapers, senang ada plastik extra.
kereta tak berbau, nak buang pun mudah.