Baru baru ini saya ada mengajak isteri untuk bercuti santai di sebuah hotel 5 bintang di Pulau Pinang. Ianya sebagai hadiah kerana memberikan anak pertama kami yang comel. Lambat sedikit hadiah ini kerana faktor masa dan juga musim pkp. Saya cukup berpuas hati dengan servis yang ditawarkan di hotel Lexis Pulau Pinang. Terbaik. Dan kebetulan tarikh kami menginap di hotel tersebut adalah tarikh hari lahir isteri, dan saya berikan surprise hadiah beg tangan Neufa kepada beliau. Nasib beliau suka. Hehe.
Perempuan dengan kecantikkan dan perhiasan diri memang tidak boleh dielakkan. Itulah dia orang perempuan. Kita sebagai suami berikan mereka hadiah pun mereka sudah suka. Seolah olah dihargai. Berbeza dengan orang lelaki, yang mereka mahukan adalah wanita yang bergelar isteri yang baik. Itu sahaja. Masing masing ada kehendak yang berbeza. Yang penting persefahaman. Bila isteri sudah berikan yang terbaik dan cuba terus menjadi yang terbaik, maka orang lelaki terutamanya suami kenalah belajar pandai menghargai. Walau tidak pandai berkata kata, berikanlah penghargaan dalam bentuk hadiah.

Beg tangan Neufa jenis The Serena
Hadiahkan Beg Tangan Neufa (The Serena) Kepada Isteri
Sebenarnya sebagai lelaki, agak sukar juga bagi saya untuk mencari beg tangan untuk orang perempuan yang bagus itu macam mana. Kalau kita tanya mereka mahukan yang macam mana, nanti tidak surprise pula. Selepas membuat sedikit carian, terjumpa iklan video di Facebook tentang suami memberikan hadiah beg tangan kepada isteri dengan siap ada tulisan nama sendiri lagi. Siap boleh pesan kad ucapan dimasukkan sekali dalam kotak bungkusan beg tangan tersebut. Iklan tersebut memang membuatkan saya tertarik untuk memberikan hadiah yang sama kepada isteri tercinta.
Iklan beg tangan dengan plat tulisan nama sendiri tersebut adalah beg tangan jenama NEUFA. Saya sendiri pertama kali mendengar nama brand beg tangan tersebut. Selepas menonton seketika video, melihat sendiri website dan jenis jenis beg tangan wanita yang ditawarkan oleh brand tersebut, maka saya pun memilih salah satu beg tersebut untuk dihadiahkan kepada isteri sempena hari jadi beliau. Sudahlah dapat tidur di hotel siap ada private swimming pool, lepas tu dapat hadiah beg tangan lagi. Pasti isteri suka.

boleh tulis nama sendiri pada plat handbeg Neufa
Di website Neufa, 3 jenis beg tangan (handbag) yang mereka tawarkan setakat ini iaitu The Jasmine, The Orked dan juga The Serena. Saya memilih beg tangan Neufa jenis “The Serena” dan ianya berharga RM229. Adakah ianya cantik? Dari pandangan orang lelaki, beg tangan wanita ini lebih kurang sama sahaja. Nampak cantik. Tetapi tidak tahulah pada pandangan isteri. Tetapi alhamdulillah, bila sampai ke tangan, isteri suka. Dan beg tangan The Serena saya pilih yang berwarna hitam kerana berpendapat ianya mudah digunakan dengan apa jenis warna baju apa pun. Pendapat sayalah.

Handbag wanita brand jenama NEUFA
Website Untuk Membeli Beg Tangan Wanita
- Neufa – ini adalah website rasmi untuk membeli handbag jenama Neufa
- Lazada – anda boleh mencari dan membeli beg tangan wanita di sini
- Shopee – anda boleh mencari dan membeli beg tangan wanita di sini
Beg tangan Neufa (The Serena) apabila sampai ke tangan. Saya suka dengan plat tulisan nama pada beg tersebut. Nampak lain dari yang lain. Nampak ada eksklusif tersendiri. Cuma ada 1 benda yang saya terkilan adalah tiadanya sisipan kad ucapan yang telah saya pesan untuk dibaca oleh isteri. Saya telah bertanya kepada Facebook Neufa dan mereka mengatakan kemungkinan kesilapan pekerja staff mereka yang terlepas pandang atau terlupa memasukkan sisipan kad ucapan tersebut. Mereka meminta maaf dan boleh mengepos kad tersebut. Tidak mengapalah. Cumanya teringin kad tulisan dibaca oleh isteri tidak tercapai.
Dari apa yang saya faham, betulkan kalau saya silap. Beg tangan Neufa ini sesuai kepada ibu ibu yang mempunyai anak kecil. Maksudnya anak yang masih menyusu botal. Di dalam beg tangan The Serena misalnya, ada ruang (slot) untuk meletak botol susu kiri dan kanan. Jadi bolehlah jadikan beg tangan ini sebagai beg tangan untuk keperluan barang barang bayi sambil bergaya. Jadi bagi saya ianya 2 dalam 1. Ianya untuk si ibu dan juga baby. Seperti saya katakan awal tadi, wanita secara lumrah sukakan hadiah. Jadi berikan hadiah buat pasangan anda untuk mereka gembira. BYE!!!.
Leave a Reply