Apabila isteri hamil anak pertama, maka sebagai suami akan mula mengambil tahu tentang keperluan ketika isteri sedang mengandung dan persiapan barang kelengkapan selepas isteri bersalin nanti. Dan salah satu benda baru yang saya belajar adalah berkenaan penyusuan bayi. Untuk anak yang baru dilahirkan, sememangnya digalakkan untuk para ibu menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun. Dan susu yang terbaik adalah susu ibu. Tahukah anda yang isteri kita boleh menyimpan susu badan ke dalam bekas simpanan susu ibu yang khas untuk satu tempoh jangka yang agak lama. Anda tahu?
Biasanya ketika para isteri melahirkan anak, akan terjadi peribahan hormon yang menyebabkan isteri mengeluarkan susu badan yang agak banyak. Dan kes ini, adalah lebih baik kalau susu badan boleh di simpan ke dalam bekas simpanan susu ibu khas untuk digunakan kepada bayi mereka dalam hari hari yang mendatang kerana ianya sememangnya memudahkan para ibu dan bapa. Kenapa? Adakah anda sanggup untuk selalu berjaga malam semata mata untuk menyusukan anak anda?
Bekas Simpanan Susu Ibu Jenama Philips Avent
Ya memang itulah tugas kewajiban para ibu yang baru melahirkan anak. Akan tetapi proses tersebut biasanya akan melelahkan dan memenatkan si ibu. Lagi lagi kepada ibu yang bekerja. Balik kerja sudah penat, malam waktu berehat, kena pula bangun tidur banyak kali kerana hendak menyusukan anak. Dan proses ini mungkin dapat dimudahkan dengan adanya penggunaan bekas simpanan susu ibu. Susu ibu dipam masuk ke dalam bekas bekas yang kecil dan yang kemudiannya di simpan ke dalam peti sejuk.
Apabila anak bangun meminta susu, si ayah atau ibu boleh bangun dan ambil keluar susu ibu yang telah di sejuk beku. Kemudian suamkan semula dan berikan anak minum susu melalui botol susu. Dan masalah ini juga dapat membantu para ibu yang kadang kala kekurangan susu badan pada waktu waktu tertentu.
Ada yang bertanya, berapalah tempoh masa ketahanan susu ibu yang diperah masuk ke dalam bekas di simpan di dalam peti sejuk. Maaf, saya tidak ada maklumat yang betul dan tepat berkenaan pertanyaan ini. Anda boleh bertanyakan kepada pakar. Cumanya anda kenalah faham samada susu perahan tadi bertahan bergantung kepada dimana anda simpan dan letakkan. Adakah diluar pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk pada ruangan biasa atau pada peti sejuk pada bahagian sejuk beku. Ada beza ya.
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Dan ketika diambil keluar dari peti sejuk pada ruangan sejuk beku, sila biarkan ianya mencair pada suhu bilik. Jangan panaskan dengan dapur gas memasak atau apa apa sahaja. Kalau hendak lagi banyak maklumat, sila buat bacaan di internet ya.
Maaf, penulisan ini saya lebih fokus kepada bekas simpanan susu ibu itu sendiri. Sila dapatkan apa apa bekas menyimpan susu ibu yang sesuai yang banyak dijual di pasaran. Pastikan bekas susu ibu adalah dari bekas plastik yang bebas bahan kimia dan biasanya ada ditulis sebagai “free BPA”. Macam saya, saya hanya terus beli sahaja bekas simpanan susu ibu jenama Philips Avent untuk isteri. Lebih mudah cari dan beli sahaja secara online. Saya beli “Philips Avent Breast Milk Storage Cups” di Lazada dengan harga RM45 dan dapat 10 bekas simpanan susu ibu. Cubalah. Bye.