Benarlah kata kata orang dulu dulu, kalau belajar biarlah ada GURU. Ini saya boleh sahkan sediri melalui pengalaman sendiri terutamanya dalam soal hal hal yang berkaitan dengan agama Islam. Teringin hendak membaca Al-Quran tetapi tidak pandai. Nanti kalau saja saja belajar membaca Al-Quran dari rumah, kita takut tidak ada siapa yang boleh membetulkan bacaan dan sebutan kita. Dan yang terlebih teruk, kalau kita akan senantiasa berada dalam kesalahan yang berulang ulang selagi kita sendiri tidak pergi belajar menuntut ilmu tentang cara sebutan dan bacaan tajwid yang betul dari guru agama yang sebenar.
Kepada anda yang tidak mahir membaca Al-Quran, saya mencadangkan anda untuk pergi belajar membaca Al-Quran untuk sesi dewasa dahulu. Anda buatlah carian di internet Google akan kelas kelas pengajian yang diadakan di sekitar tempat anda kalau ada. Macam di tempat saya di Penang ini, saya sudah sertai Kelas Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi untuk orang dewasa. Jadi, inilah langkah pertama yang sepatutnya anda lakukan dahulu sebelum anda belajar membaca Al-Quran sendiri di rumah.
Belajar Membaca Al-Quran Untuk Diri Sendiri
Apa yang saya cadangkan di atas ini adalah untuk anda yang belum mahir dalam penguasaan menyebut dan membaca Al-Quran. Kepada anda yang sudah tahu, maka anda bolehlah untuk membaca Al-Quran di rumah anda secara sendiri. Tiada masalah pun. Jika anda sudah ke kelas dan sudah tamat belajar membaca Al-Quran. Maka anda boleh mula secara perlahan lahan membaca Al-Quran sendiri di rumah anda. Inilah langkah yang sewajarnya. Bila sudah belajar, kita akan yakin apa yang kita baca itu adalah betul dan insyaallah mendapat pahala dari Allah.
Semalam guru agama di kelas pengajian Al-Quran ada bertanya kepada kami. Sebenarnya apakah maksud bulan puasa. Ini kerana sekarang kita sudah masuk ke dalam bulan Ramadhan. Ramai yang menjawab bulan Ramadhan adalah bulan puasa iaitu tidak boleh makan dan minum. Walaupun jawapannya adalah benar tetapi kurang tepat. Kata guru agama kami, bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran di turunkan. Dengan kata lain, kita digalakkan membaca AL-Quran terlebih lebih lagi dalam bulan mulia iaitu bulan puasa (ramadhan) ini.
Teknik Membaca Al-Quran Mudah Di Rumah
- Al-Quran – gunakan Al-Quran sebenar yang diletakkan di atas rehal
- Komputer – saya gunakan software Juz30 ImaanStar untuk baca Quran di komputer
- Smartphone – saya gunakan aplikasi iQuran untuk baca Quran di telefon pintar
Ada 3 kaedah yang boleh kita lakukan untuk belajar membaca Al-Quran sendiri di rumah. Yang pertama adalah dengan menggunakan Al-Quran sebenar. Yang kedua dengan menggunakan Al-Quran versi komputer dan yang ketiga adalah dengan menggunakan Al-Quran versi smartphone di telefon pintar kita. Jadi tiada alasan kalau anda cakap anda tidak ada masa untuk membaca Al-Quran. Anda boleh meningkatkan penguasaan bacaan dan hafalan anda dengan belajar membaca Al-Quran di mana mana sahaja. Selamat mencuba.