Adakah anda berhasrat untuk membuka gerai menjual roti canai? Jangan ketawa dengan bisnes ini. Dengan faktor lokasi yang bagus, roti canai yang enak, kuah yang sedap, jadual buka kedai pada waktu pagi dan sebagainya pasti membuatkan perniagaan roti canai anda berjaya. Di tempat saya, ada seorang peniaga yang berjaya dan cari makan hanya dengan menjual roti canai. Boleh sara keluarga dan siap ada pekerja lagi. Bagaimana? Menarik. Kalau anda tiada pengalaman, ada baiknya anda belajar membuat roti canai terlebih dahulu.
Sebenarnya, guru yang terbaik adalah anda belajar terus dengan orang pembuat dan penebar roti canai berpengalaman. Dari situ anda belajar secara praktikal. Pengalaman adalah guru yang paling baik sekali. Tetapi siapa yang mahu mengajar anda? Kalau ada rakan atau kenalan mungkin boleh. Kalau tidak kenal siapa? Kalau anda boleh tebal muka minta orang ajarkan. Itu kalau anda sanggup. Hakikatnya tidak semua orang berhati “kental”. Jadi bagaimana untuk belajar cara membuat roti canai dengan betul?
Panduan Cara Belajar Membuat Roti Canai
Seperti yang saya katakan tadi. Kalau boleh, saya menggalakkan anda untuk belajar dengan orang yang berpengalaman. Tetapi kalau memang sudah tiada cara. Anda sebenarnya boleh belajar secara sendiri. Cara melalui internet dan melalui mana mana panduan yang berguna. Di sini saya ingin kongsikan kepada anda akan Panduan Roti Canai yang boleh membantu anda merealisasikan cita cita anda untuk mempunyai gerai bisnes roti canai sendiri.
Apa yang ada pada panduan ini? Anda akan ketahui akan resepi membuat roti canai. Anda akan belajar membuat kuah roti canai sekali. Tetapi yang paling menarik anda turut akan di ajar cara bagaimana untuk menebar roti canai dan diberikan bonus untuk belajar membuat murtabak. Bonus tambahan yang lain, anda akan juga akan di ajar cara buat roti canai segera. Wow, anda akan pelajari banyak benda bukan? Nampak berbaloi?
Untuk pengetahuan anda. Panduan Roti Canai ini adalah dalam bentuk CD Video yang mana akan di pos ke rumah anda. Anda akan belajar membuat roti canai semua itu dalam panduan ber-video. Dan pakej ini juga menitik beratkan “bisnes”. Dengan kata lain ianya akan berkongsi dengan anda akan kiraan kos, keuntungan dan nasihat perniagaan. Menarik? Bagi saya, kalau anda tiada pengalaman dalam dunia perniagaan roti canai ini. Panduan ini memang khas untuk anda. Jika anda mahu, sila klik pada banner di bawah ini. Saya harap anda berpuas hati mendapatkannya dan selamat berniaga.
1 Comment
roti canai ni sentiasa ada permintaan. pernagaan yang ramai lepas pandang 🙂