Dari dulu lagi sebenarnya saya hendak sangat tahu tentang saham. Hendak bertanya rakan pula, sangat sangat tidak ramai yang tahu. Ini membuktikan yang pendedahan dunia saham dalam kalangan orang melayu sangat rendah. Faktor utama adalah “wang” dan juga “pendedahan” yang kurang diberikan oleh orang melayu kepada melayu yang lain. Kalau hendak kata minat, saya pasti ramai yang minat. Mungkin juga faktor salah faham tentang saham juga mendorong minat ke arah itu menjadi berkurangan.
Baru saya tahu, bahawa hampir 71% saham saham yang di dagangkan di Bursa Malaysiaa adalah patuh syariah (Syariah Compliant). Dengan data seperti ini, sepatutnya kita perlu membuang tanggapan dan mentaliti yang melabur dalam saham adalah haram. Dari data yang saya berikan, adakah salah faham tentang saham dalam diri anda sudah berkurangan? Sekarang anda berminat. Yang perlu anda dapatkan kini adalah seorang mentor saham yang tahu tentang saham dan juga “halal haram” dalam Islam. Dan saya pasti anda akan mula bergerak untuk membuat pelaburan saham.
Hilangkan Salah Faham Tentang Saham Dengan Belajar Saham
Kenapa kita susah sangat hendak bergerak dan memulakan langkah yang pertama untuk melabur dalam saham? Jawapan tanggapan saya adalah, kita sebenarnya sangat sangat kekurangan ilmu dalam dunia saham. Kita tidak pernah belajar asas saham. Kita tidak tahu hendak mula dari mana, hendak buat apa, macam mana hendak beli equiti, hendak dapat maklumat di mana dan sebagainya. Kita tidak ada guru yang betul dan berpengalaman yang mahu mengajar kita. Oleh sebab itu, salah faham tentang saham dalam diri kita tidak pernah mahu berkurang. Semua kerana ilmu.
Saya juga begitu. Antara salah faham saya tentang saham adalah saya tidak pasti ianya halal atau haram, saya takut risiko gagal dan saya tidak tahu hendak mula dari mana. Keadaan keadaan ini saya rasa dialami oleh majoriti kebanyakkan orang melayu. Mahu mencuba tetapi tidak tahu hendak mula dari mana. Dan di tambah pula tiada guru yang betul untuk belajar. Kalau ada peluang pula, bayaran yuran yang dikenakan agak mahal. Ini membantut sesiapa sahaja yang berminat, tidak jadi untuk belajar.
Atas sebab itu, saya membuat pelaburan dengan membeli DVD Momentum Saham yang berharga RM199 untuk belajar langkah demi langkah menguasai pelaburan saham dan juga membantu saya menghilangkan persepsi buruk salah faham tentang saham yang bermain di minda saya selama ini. Jadi kalau anda tanya saya bagaimana hendak mula untuk minat belajar tentang saham. Apa yang boleh saya katakan kepada anda adalah anda perlu dapatkan “ilmu” dahulu. Selepas anda dapat ilmu saham, barulah anda dapat melihat apakah saham itu sendiri. Anda akan melihat dalam konteks yang lebih luas. Maaf jualan dvd ini sudah ditutup. Cadangan saya, jika anda berminat, sila dapatkan ebook saham. Saya tidak tahu samada ebook saham ini bagus atau tidak kerana saya tidak pernah membelinya. Tetapi jika anda mahu dan berminat, sila klik pada banner di bawah untuk dapatkannya. Selamat belajar saham.
6 Comments
Main saham ni kena modal besar, kalau modal kecik untung pun kecik..
p/s : Blog Arena Permotoran untuk dijual, maklumat lanjut sila hubungi talian : 011-32592663.
Modal kecil tidak mengapa. Yang penting kemahiran bermain saham itu…
kena betul betul faham tentang saham ni. ada saham yg haram. moga dijauhkan lah yerr..
insyaallah saya akan kekal dengan yang halal
tak pernah pun main saham yang besar – besar, tapi masuk amanah saham tu ada la
xpa, sloa slow bro, hehe