Beberapa hari lepas, isteri ada membelek belek baju pakaian wanita yang cantik cantik untuk beliau beli. Ketika itu beliau bercadang untuk membeli baju blouse yang kelihatan cantik di website tersebut. Saya sebagai suami biarkan sahaja. Sokong sahaja. Dia beli apa yang dia suka. Lagipun wang isteri memang saya tidak pernah kacau. Dia kerja, jadi ada hak untuk membeli apa yang dia suka. Asalkan tidak membazir sana sini. Selepas itu beliau ada katakan beliau sudah membeli baju tersebut. Saya mengangguk sahaja tanda setuju.
Selepas beberapa hari kemudian, terdapat notis tuntutan barang dari Pos Laju. Itu bermakna, bungkusan telah sampai ke rumah tetapi tiada orang di rumah. Saya mengakui yang saya tiada di rumah ketika Pos Laju hantar barang ke rumah. Jadi mereka telah tinggalkan notis pos laju untuk saya ambil dan tuntutnya di pejabat pengagihan barang yang tertera dalam notis tersebut. Saya pun pergilah ambil barang di alamat yang mereka berikan dan saya ambil bungkusan tersebut tanpa masalah. Setel.
Pengalaman Membeli Baju Blouse Di Internet
Untuk maklumat anda, jika tiada orang dirumah, staff pos laju akan menghantar barangan tersebut sebanyak 2 kali. Kalau tiada juga, maka mereka akan tampal surat notis untuk anda sendiri ambil di pejabat pos laju. Janganlah anda apabila mereka sudah tampal notis, dan anda balik rumah dan perasan. Maka anda terus pergi ke pejabat pos laju untuk ambil barang. Biasanya memang tidak boleh. Berikan mereka masa iaitu 1 hari (24 jam) untuk mereka letak dan susun semula ke dalam stor mereka. Selepas itu, keesokkan harinya anda boleh datang untuk ambil barang. Jelas?
Secara jujurnya, saya memang kurang berminat membeli apa apa baju seluar pakaian melalui internet. Ini kerana pakaian jenis bersifat yang memerlukan ketetapan saiz. Kalau baju anda beli itu untuk anda pakai dirumah tiada masalah. Kalau untuk pergi kerja atau jalan jalan, risau takut rugi kalau tidak kena saiz yang betul. Kadang kadang terbesar sangat. Kadang kadang terkecil pula. Barang barang lain seperti tudung, stokin, barang kosmetik, penjagaan badan, smartphone boleh anda beli secara online tanpa masalah menurut saya.
Website Untuk Membeli Pakaian Wanita
- Shopee – ada banyak pakaian wanita yang cantik di sini termasuk baju blouse
- Lazada – anda boleh beli baju kurung cantik di sini termasuk baju blouse
- Zalora – ada banyak pakaian wanita yang cantik di sini termasuk baju blouse
- FashionValet – ada banyak pilihan pakaian termasuk baju blouse yang trendy
Sebab itulah ketika baju blouse tiba di rumah. Hanya 1 baju blouse sahaja yang isteri saya pakai muat muat badan. Satu lagi terlalu besar, terlebih lengan panjang walaupun kedua duanya bersaiz yang sama. Nasib baik beli dua baju blouse. Satu boleh pakai dan satu lagi terpaksa simpan atau kasi hadiah ke orang lain.
Namun apa yang saya katakan ini bukanlah satu masalah pun. Kadang kala anda sudah biasa membeli pada penjual yang sama. Jadi sudah tahu saiz ukuran yang tepat untuk badan anda. Jadi tiada masalah. Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa website yang menjual baju blouse yang terkini, terbaru dan juga cantik untuk anda pakai. Sebenarnya apa maksud baju blouse ini? Baju blouse dari apa yang saya faham sebagai seorang lelaki adalah, baju wanita yang bermaterialkan kain yang lembut dan sejuk. Memang cantik kalau dibuat baju. Nampak cantik. Cubalah.