DAG bermaksud Das Abdul Global. DAG adalah syarikat pengeluar dan pembekal bantal berkualiti hotel. Dulu ingatkan ianya bantal terpakai hotel. Atau syarikat DAS beli bantal dari kilang yang membekalkan bantal kepada hotel hotel. Dan kali pertama saya beli bantal das abdul dulu kerana merasakan ianya bantal dari hotel mestilah sedap dan dijual dengan murah walaupun ianya sebuah bantal terpakai. Itu anggapan sayalah ketika itu. Baru kini saya tahu dan faham yang bantal DAG ini sebenarnya adalah sebuah bantal baru dengan brand jenama DAG tetapi kualiti setanding dengan bantal di hotel. Jelas?
Saya tidak pasti bagaimana dengan orang lain. Saya ada masalah kalau hendak beli bantal di kedai atau pasaraya. Sebab merasa susah kalau hendak bawa bantal besar dan banyak banyak menggunakan troli untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Selepas itu satu hal lagi nak kena usung bantal yang besar dari kereta ke rumah pula. Sudahlah tiada troli. Mudah cerita, proses proses seperti ini merumitkan saya. Lainlah kalau beli 1 atau 2 bantal sahaja. Kalau kena beli bantal banyak banyak bagaimana pula? Kan jadi susah. Itu bagi sayalah.
Bantal DAG Kualiti Hotel
Sebab itulah saya beli bantal DAG secara online sahaja. Maklumlah saya baru berpindah ke rumah baru dan perlu beli sebanyak 8 biji bantal. Jadi kena beli online lah. Jadi bantal kualiti hotel DAG ini akan dihantar terus ke rumah. Senang. Alhamdulillah bantal kualiti hotel das abdul ini benar benar berkualiti dan lembut. Berkualiti bagaimana? Biasalah, kalau beli online, mereka akan pos guna plastik besar dan bantal akan di tekan sedikit untuk dikecilkan sedikit supaya boleh dibungkus dan dihantar dengan mudah.
Sesudah sampai ke rumah, buka beg plastik bantal dan bantal DAG akan anjal semula kepada bantal yang asal jadi besar dan lembut. Saya bukan cakap sebab hendak promosi kepada anda supaya membeli bantal jenama das abdul ini. Saya sendiri sudah berbulan bulan menggunakan bantal ini dan sampai sekarang bantal DAG masih lembut dan kembang dengan elok. Tetapi untuk mendapatkan bantal yang terlebih lebih elok, biasalah anda kena beli apa apa jenama bantal pun dengan harga yang sedikit mahal. Biasalah, bayar lebih untuk dapatkan produk yang berikan lebih kebaikkan. Ini adalah biasa.
Jadi sama jugalah halnya dengan bantal brand DAS ini. Ada bantal yang dijual serendah bawah RM50 sebiji dan ada yang dijual mahal dengan harga di atas RM200 sebiji. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Yang lebih mahal biasanya akan menawarkan lebih banyak fungsi, kebaikkan dan sudah tentu material bahan di dalam bantal lebih premium. Sila beli bantal ikut kemampuan masing masing. Jangan risau, bantal hotel DAG ada ditawarkan dari pelbagai kategori harga. Semua orang pasti mampu untuk membeli oleh kerana ada banyak pilihan.
Website Untuk Beli Bantal Das Abdul
- Shopee – anda boleh membeli pelbagai jenis bantal dari Das Abdul di sini
- Lazada – anda boleh membeli pelbagai jenis bantal dari Das Abdul di sini
- DasAbdulGlobal – ini adalah laman web rasmi DAG. Anda boleh beli bantal di sini
Di website mana ada jual bantal das abdul? Saya sudah dua kali membeli di website Shopee. Kalau untuk lebih meyakinkan, lebih baik anda beli terus di website rasmi official Das Abdul Global. Terpulang. Bagi saya ini adalah salah satu syarikat bumiputera yang menyediakan produk kegunaan di rumah yang berkualiti. Jadi kalau anda hendak support produk muslim dan bumiputera, rasanya anda patut dan sokong produk keluaran syarikat Das Abdul Global ini.
Mungkin ramai yang bertanya, sebenarnya apa maksud bantal dengan kualiti hotel? Kalau tanya saya, kebanyakkan hotel memang menggunakan bantal yang besar dan lembut. Itu adalah bantal yang biasanya saya sendiri rasa ketika bermalam di mana mana hotel. Ianya bukan bantal kekabu biasa yang kita guna di rumah atau di kampung kampung walaupun saya sebenarnya sangat suka dengan bantal dengan isi kekabu. Cumanya, bila saya sendiri sudah dua kali membeli bantal DAG dari kategori jenis yang berbeza, jadi saya fahamlah maksud dengan tagline bantal kualiti hotel. Terbaik. BYE!!!.