Dulu masa zaman zaman muda memang teringin pakai pakaian “mahal” atau jenama. Biasalah, zaman zaman hendak “menunjuk” dekat kawan kawan. Bila dah dewasa ini, keinginan tu kurang walaupun ada. Sekali sekala belilah barang yang sedikit mahal dan berkualiti. Lain lain hanya lebih suka beli yang murah murah sahaja. Lagi pun hendak pakai hari hari dan bawa pergi kerja sahaja. Sebab itulah saya lebih berminat untuk beli dan pakai seluar jeans yang biasa biasa dan murah sahaja. Asalkan pakai pakaian. Jangan tidak pakai pula, hehehe.
Kebiasaannya saya suka membeli seluar jeans biasa biasa atau murah di pasaraya. Biasanya jenis begini saya akan beli untuk di pakai harian dan pergi kerja. Kalau untuk jalan jalan atau majlis tertentu, saya akan dapatkan seluar jeans yang agak berkualiti dan mahal sedikit dari jenama Edwin dan juga Levis. Tidak terlalu mahal, cukup dapatkan seluar jeans yang di bawah RM200 sahaja. Bagaimana pula untuk seluar jeans yang di pakai hari hari dan untuk ke tempat kerja? Kalau dapat yang berharga murah dan berkualiti tentu best bukan?
Order Seluar Jeans Dari China Melalui Internet
Hasil pengalaman saya membeli seluar jeans di Lazada, rupanya saya dapat tahu yang seluar jeans yang saya order tersebut adalah dari luar negara dan dikirim dan dipos dari China. Jadi selepas itu saya terfikir, kenapa tidak saya sendiri membeli seluar jeans dari China melalui internet tanpa orang tengah. Malah lebih murah pula. Dan hasil pencarian saya, saya menemui website agen taobao Malaysia. Mereka menguruskan pembelian barang dari Taobao tetapi kita hanya perlu beli dan order dari website mereka. Menarik dan mudah.
Jadi saya membuat survey dan mencari seluar jeans dari China yang berharga murah dan dalam masa yang sama berkualiti. Tidak mahu juga kalau murah tetapi tidak bagus. Rugi sahaja juga. Dan pencarian saya menemui seluar jeans yang saya inginkan. Malah tersangat murah. Hanya RM25 SAHAJA. Dan kos shipping pula adalah RM8.80 sahaja. Jumlah total yang perlu saya bayar adalah RM25 + RM8.80 = RM33.80 sahaja. Murah sangat bukan? Saya terus membuat order dan membayar pesanan tersebut secara online.
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Lazada – website eCommerce online shopping paling popular di Malaysia
- Shopee – website eCommerce online shopping no-2 popular di Malaysia
Tadi pesanan saya sampai. Dalam 2 minggu sahaja barang yang saya order sampai ke depan pintu rumah. Bagi saya tempoh masa penghantaran sebegini adalah ok kerana ianya di poskan dari luar negara iaitu China. Hendak tahu bagaimana keadaan seluar jeans dari China yang berharga RM25 yang saya order ini. Kainnya sangat bagus dan ada terasa kualiti bagi pandangan saya. Ini membuatkan saya teruja untuk membeli lagi kemudian nanti untuk menambah stok seluar jeans yang ada. Bagaimana dengan anda. Berminat? Jom beli seluar jeans murah dari China melalui internet dengan klik link di atas ini. Sekian.