Setuju tidak kalau saya katakan disebalik yang gelap pasti ada cahaya! Walau ekonomi bertambah teruk kerana covid-19, tetapi ada peluang yang besar diluar sana. Sebab itulah disebalik banyak syarikat yang jatuh, lingkup, tutup kedai dan mengalami kerugian, ada syarikat yang sedang membuat untung besar berkali kali ganda dari keadaan ketika pandemik ini. Semuanya tentang peluang. Atas sebab itulah setuju tidak kalau saya katakan yang sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk anda menambah dan beli dana Public Mutual untuk keuntungan jangka panjang. Setuju?
Pelaburan ASB, KWSP, Tabung Haji, Unit Amanah (Unit Trust) dan pelbagai lagi sangat bergantung kepada keuntungan sesebuah syarikat. Pelaburan melalui mereka ini sangat berkait langsung dengan syarikat yang mereka laburkan. Kalau untung syarikat tersebut, maka untunglah para pelabur dan begitulah sebaliknya. Bukankah tadi saya katakan disebalik keadaan ekonomi yang malap sebenarnya ada juga cahaya? Ada beberapa jenis kategori syarikat yang kini sedang membuat untung berkali kali ganda ketika ini.

Ini adalah fungsi i-Invest KWSP untuk membeli dana unit trust
Beli Dana Public Mutual Guna Duit KWSP
Antara syarikat yang sedang membuat keuntungan adalah syarikat telekomunikasi, syarikat yang berasaskan makanan, syarikat pembuat sarung tangan, syarikat ubat ubatan vaksin, beli belah online eCommerce dan lain lain lagi. Contoh mudah syarikat pembuat sarung tangan getah seperti TopGlove misalnya. Kalau lihat harga saham dari awal tahun sehingga akhir tahun ini, terdapat peningkatan sebanyak 5 kali ganda. Iaitu naik sebanyak 500%. Contoh kalau anda ada beli mana mana dana Public Mutual yang ada buat pelaburan dalam syarikat sarung tangan getah ini pasti pelaburan anda juga menguntungkan betul?
Public Mutual misalnya terdapat berpuluh puluh jenis unit amanah di bawah kendalian mereka. Setiap dana di susun mengikut kategori seperti equity, bond, mixed asset, money market dan sebagainya. Dan ada yang dilaburkan di Malaysia, China, Japan, Asia Pasific, US dan sebagainya. Dan setiap dana itu pula dikategorikan juga akan tahap risikonya samada low, medium, high dan juga very high. Mudah cerita kalau anda beli dana Public Mutual memang ada banyak pilihan mengikut kehendak portfolio pelaburan yang anda mahukan.

i-Invest KWSP memaparkan jumlah dana amanah yang dibeli rugi atau untung
Membeli Unit Amanah/Unit Trust Terus Melalui KWSP
Saya tidak pasti samada anda tahu atau tidak. Kalau sebelum ini kalau anda hendak beli unit dana Public Mutual, memang anda kena ada dan buka akaun Public Mutual itu sendiri. Boleh beli secara direct atau melalui agen. Tetapi kini pihak KWSP sudah mengintegrasikan fungsi pembelian unit trust melalui akaun i-Invest KWSP mereka. Dengan kata lain, anda kini sudah boleh membeli dan melabur unit trust seperti Public Mutual dengan mudah melalui portal KWSP sendiri. Jelas?
TIDAK SEMUA dana unit trust seperti Public Mutual pasti memberikan keuntungan ya. Boleh jadi untung dan boleh jadi rugi. Dan tidak semua dana unit trust seperti Public Mutual akan memberikan keuntungan dividen yang tinggi. Ada yang rendah, ada yang tinggi, ada yang sangat tinggi dan ada yang rugi juga. Cumanya pihak KWSP membenarkan pengeluaran “sedikit” dari akaun 1 KWSP untuk anda gunakan dan dilaburkan ke unit trust yang lain seperti Public Mutual ini. Tujuan? Tidak lain untuk beri peluang anda laburkan ke porfolio pelaburan yang boleh memberikan pulangan dividen lebih tinggi dari KWSP sendiri. Risiko sendiri. Jelas?

Paparan keuntungan hasil beli dana Public Mutual dari KWSP
Untuk anda mudah faham begini ceritanya. Biasanya berapakah kadar dividen terkini yang diberikan KWSP setiap tahun? Biasanya dalam lingkungan 5%-6% setahun betul? Tetapi jika anda beli dana Public Mutual yang betul dan tepat, anda mungkin boleh dapat pulangan minima 10% setahun. Untuk pengetahuan anda, saya ada membeli 4 jenis unit trust berbeza. 3 dana unit trust dari Public Mutual dan 1 dana unit trust dari Eastspring. Keempat empat dana unit amanah ini memberikan pulangan secara purata sebanyak 25% untuk tahun 2020 ini. Bagaimana? Banyak?
Sekarangkan zaman pandemik covid-19. Ramai yang sudah membuat pengeluaran i-Lestari untuk akaun 2. Dan kini oleh kerana pandemik Covid-19 masih belum selesai, maka kerajaan mula memperkenalkan i-Sinar pula untuk pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP pula. Mudah cerita, simpanan masa pencen kita bakal semakin sedikit dan susut. Jadi bagaimana untuk kita percepatkan semula mengisi simpanan kwsp hari tua kita selepas membuat kedua dua pengeluaran ini? Salah satu caranya adalah dengan membuat pelaburan dengan beli dana Public Mutual melalui i-Invest KWSP. Untuk belajar cara mencari dan memilih unit trust yang terbaik, dapatkan ebook di bawah ini ya. Selamat melabur.
Leave a Reply