Salam kepada pembaca. Tadi saya ternampak iklan dari seorang ejen Quantum Metal berkenaan peluang untuk membeli emas yang bernilai RM1000 dengan modal cuma RM150 sahaja. Dan posting seperti ini sebenarnya bagi saya kurang bagus kerana ianya membawa kepada salah faham dan mungkin tanggapan orang di luar sana berkenaan syarikat Quantum Metal itu sendiri yang terpalit dengan persepsi skim cepat kaya atau scam. Walau pada hakikatnya saya sendiri faham yang MEMANG modal kita cuma RM150 sahaja untuk berjaya membeli emas yang bernilai RM1000. Bagaimana caranya?
Biasanya saya akan dekati bakal pengguna Quantum Metal untuk berceritakan tentang apa itu Quantum Metal terlebih dahulu. Kemudian saya akan ceritakan apakah kelebihan dan fasiliti yang ditawarkan. Dari fasiliti tersebutlah nanti mereka akan faham kenapa kita boleh beli emas RM1000 tetapi dengan modal RM150 sahaja. Selepas diterangkan, faham kenapa boleh jadi seperti itu, barulah persepsi negatif atau salah faham akan dirungkaikan. Sebab itulah saya sedikit kurang berkenaan posting seperti itu. Tetapi tidak ada salah pun. Lain orang lain cara. Terpulang.

Modal Beli Emas RM1000 Cuma RM150. Betul ker?
Begini ceritanya. Di dalam program Quantum Metal ada fasiliti GSA, GCA dan juga GAE. GSA adalah ringkasan kepada Gold Storage Account iaitu akaun untuk membeli, menjual dan menyimpan emas. GCA pula adalah ringkasan kepada Gold Convert Account iaitu akaun untuk pajak emas secara online. Dalam tajuk kita di atas ini iaitu ingin beli emas bernilai RM1000 dengan modal RM150, ianya akan melibatkan 2 akaun iaitu akaun GSA dan juga GCA. Anda boleh klik dan baca terlebih dahulu jika mahu faham asasnya.
Di dalam program Quantum Metal, setiap pembelian emas melalui akaun GSA akan di kenakan spread iaitu cas keuntungan sebanyak 7% dari harga belian. Katakan modal anda adalah RM1000. Jadi berapakah nilai gram dan harga emas yang anda dapat dengan modal RM1000. Modal anda sebanyak RM1000 ini sudah termasuk harga spread 7% ya. Tidak faham? Jom kita buat kira kira.

Beli Emas RM1000 Quantum Metal
- Gold Spot RM233.64/gram – harga pasaran emas sebagai contoh
- Spread (kos keuntungan) Quantum Metal = RM233.64 x 7% = RM16.3548
- Harga emas Quantum Metal selepas ditambah dengan 7% spread = RM233.64 + 7% = RM250/gram
- 4 gram emas (spot) = RM233.64 x 4 gram = RM934.58 (nilai sebenar emas yang anda beli)
- Kos spread untuk 4 gram = RM16.3548/1 gram x 4 gram = RM65.42
- TOTAL KOS = Emas spot + spread = RM934.58 = RM65.42 = RM1000
Dari kiraan di atas ini, anda akan dapat faham, dengan modal RM1000, anda akan dapat beli sebanyak 4 gram emas iaitu bernilai RM934.58. Kalau harga RM1000 adalah sudah termasuk cas spread. Jelas? Faham?
Dan ketika anda mahu pajak, anda perlu untuk ke fasiliti GCA pula. Dalam akaun GCA, anda hanya dibenarkan untuk mendapatkan pembiayaan setinggi 91%. Dengan kata lain, di dalam Quantum Metal, nilai pajakkan emas yang ditawarkan adalah setinggi 91% dari nilai emas. Tidak faham? Jom kita buat kira kira.

Pajak Emas RM934.58 Quantum Metal
- Anda ada 4 gram emas dengan nilai RM934.58
- Nilai maksimum pajakkan adalah setinggi 91%
- RM934.58 x 91% = RM850
Anda pajakkan 4 gram emas anda yang bernilai RM934.58. Dan anda dapat balik wang anda sebanyak 91% iaitu RM850. Jelas? Faham?
Dari kira kira di atas ini, dapatlah kita buat kesimpulan bahawa, di dalam program Quantum Metal, jika kita beli emas dengan nilai RM1000 melalui akaun GSA, kita akan dapat semula modal kita sebanyak RM850 melalui akaun GCA. Jadi kos yang dikenakan adalah sebanyak RM1000 – RM850 = RM150. Jadi betullah posting yang kata kita beli emas RM1000 dengan modal RM150. Posting tersebut adalah ringkasan sahaja. Kira kira di atas ini adalah perkongsian yang lebih detail. Harap anda jelas dan faham ya.
Mesti akan ada yang tanya, apa tujuan beli emas RM1000 tu. Lepas tu habis pula duit sebanyak RM150. Adakah ini yang anda mahu tahu? Jawapan dia mudah sahaja. Soalan saya, adakah anda mampu membeli dan menyimpan emas setiap bulan? Kebanyakkan dari kita memang tidak ada kekuatan hendak membeli dan simpan emas. Simpan duit pun payah. Alasannya adalah kerana tidak ada duit dan ada komitmen hutang bulanan yang perlu di bayar. Adakah ini keadaan anda? Jika ya, teruskan membaca.
Begini, sebenarnya fasiliti Quantum Metal seperti GSA dan GCA adalah untuk menyelamatkan belanja hangus bulanan anda SAMBIL menyimpan emas. Saya tidak mahu bercerita panjang. Cukup saya tunjukkan kira kira di bawah ini supaya anda terus faham.

Cara Beli Emas Sambil Bayar Hutang Komitmen Bulanan
- Katakan hutang rumah adalah RM850 setiap bulan
- Selepas dapat gaji, jangan terus bayar bil rumah. Sila beli emas bernilai RM1000 dahulu di GSA Quantum Metal
- Kemudian pajak kembali di GCA Quantum Metal untuk dapat semula modal RM850
- Proses dari GSA kepada GCA dan dapat duit kembali dalam masa 1-3 hari bekerja sahaja
- Selepas dapat duit RM850 yang masuk ke akaun bank anda, anda bayarlah komitmen bulanan rumah anda seperti biasa
- Setel!!!.
Apa yang berlaku kalau buat cara ini? Anda boleh beli dan simpan emas sambil membayar komitmen bulanan anda setiap bulan seperti biasa. Cuba tanya pada diri anda sendiri. Kalau anda memang tidak mampu untuk beli dan simpan emas setiap bulan. Adakah dengan cara “pajak” dari Quantum Metal ini membantu anda? Sudah tentu ya. Saya sendiri aktif buat gca setiap bulan tanpa gagal.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar jika anda belum daftar jadi ahli QM.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran, cara tukar pindah link referral tajaan Quantum Metal dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Bagi saya, soalan soalan seperti tiada duit hendak beli emas RM1000 setiap bulan bukanlah masalah kalau anda tahu cara untuk beli dan simpan emas dengan modal cuma RM150 seperti ini. Saya tidak pasti dengan program pelaburan emas yang lain. Tetapi dengan Quantum Metal, cara seperti ini memang boleh dilakukan tanpa masalah. Kalau anda berminat, sila daftar melalui link di atas ini dan hubungi saya melalui link Whatsapp saya kongsikan di atas ini ya. BYE!!!.