Majoriti rumah orang bekerluarga pasti ada mesin blender di rumah. Tidak kisahlah samada ianya digunakan untuk mengkisar bawang, kekacang, buat cili kisar, dan lain lain makanan. Dan ada ketikanya, ketika tidak diuruskan dengan baik, jug blender anda misalnya terjatuh dan menyebabkan ianya pecah atau sopek. Jadi susahlah hendak guna untuk tujuan mengkisar makanan. Mahu tidak mahu terpaksalah anda beli jug blender baru. Masalahnya, adakah kedai kedai elektrik ada menjual jug blender yang baharu?
Saya pernah menghadapi keadaan seperti ini. Jug blender emak terjatuh ke lantai dan pecah. Memang tidak boleh guna dah selepas itu. Masalahnya mesin pengisar masih berfungsi dengan elok. Tidak mungkin kena beli mesin blender yang baharu pula. Mahu tidak mahu terpaksa mencari blender jug di kedai kedai elektrik yang memang ada menjual blender tersebut di kedai mereka. Jawapan yang kami dapat agak mengecewakan. Hampir ke semua kedai barangan elektrik rumah seperti SEC dan Courts tidak ada menjual jug blender sahaja semata mata. Kena beli 1 set terus katanya.
Di Mana Hendak Cari Dan Beli Jug Blender Baru?
Bagi kita, tidak mungkin lah kita kena beli 1 set blender baru hanya semata mata kerana jug blender kita yang lama rosak, pecah atau patah. Terpaksalah saya cari jug blender baru di kedai kedai yang menjual produk barangan elektrik yang biasa biasa. Dan alhamdulillah, mereka ada menjual jug blender baharu yang tiruan dan juga yang asli (original). Siap ada pilihan, maka mudahlah untuk saya. Hendak murah, beli yang tiruan. Ada bajet dan mahukan kualiti, beli yang original.
Itu kalau kita ada masa hendak mencari di kedai kedai elektrik yang biasa. Zaman sekarang semuanya boleh anda beli dan dapatkan apa apa barang secara online sahaja. Dan kebetulan blender jug isteri saya juga pecah kerana terjatuh. Saya terus membuat carian jug blender baru di internet melalui website online shopping seperti Lazada dan juga Shopee. Dan yang menariknya, anda boleh menemuinya dengan mudah. Malah siap boleh cari jug blender berdasarkan model series mesin blender yang kita sedang gunakan. Jadi tidak adalah isu kalau tersalah beli nanti.
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Sebenarnya tidak kisah pun kalau blender juga baru tersebut bukan yang asli pun. Ianya dibuat daripada plastik yang lebih kurang sama sahaja bagi saya. Lainlah kalau ianya adalah barang elektrik yang rosak seperti mesin blender itu sendiri. Memang patutlah kalau beli yang asli original sebab hendak pakai lama. Tapi kalau ada bajet, apa salahnya kalau hendak dapatkan yang asli. Lebih yakin dan lebih berkualiti. Silakan. Video di bawah ini adalah perbandingan yang saya buat antara jug blender lama yang pecah dibawahnya dengan jug blender baru yang saya beli di Lazada/Shopee.
Kesimpulan yang mahu saya sampaikan adalah, anda sebenarnya boleh mendapatkan jug blender baru tanpa anda perlu membeli mesin blender yang baharu bagi menggantikan jug blender lama yang rosak atau patah. Untuk memudahkan pencarian jug blender yang baru, cari dan beli sahaja secara online. Mudah dan senang. Malah anda boleh dapatkan dengan harga lebih murah berbanding dengan harga yang dijual di kedai. Selamat mencuba ya.
1 Comment
Maklumat yang sangat berguna. Nampak macam model blender yang sama dengan yang saya pakai. Tuan beli yg original atau klon? Tahan tak?. Saya beli yang klon di Courts Mammoth. Pakai dalam 4 bulan dah bocor.