Saya bercadang di dalam tahun ini untuk mendapatkan Mesin Cetak T-Shirt kalau tiada apa apa masalah. Memang niat untuk menyertai perniagaan mencetak baju T-Shirt sudah lama. Cumanya masa dan keadaan agak terbatas untuk menceburi bisnes ini secara fokus. Saya telahpun membuat kaji selidik untuk mendapatkan mesin cetak baju ini diinternet. Dan hasil dari pencarian saya menemui pelbagai sumber dan tawaran yang diberikan. Dan saya telahpun menetapkan hati untuk memilih dari “syarikat” ini kerana mudah berkomunikasi dan yakin dengan tawaran produk dari syarikat beliau.
Pihak usahawan telahpun mengeluarkan dan menjual pelbagai produk yang sangat berguna untuk para usahawan. Dan yang paling menarik tentulah produk dari Mesin Cetak T-Shirt yang saya cari. Ada dua jenis iaitu mesin cetak baju semata mata dan ini lebih murah. Akan tetapi saya berminat untuk mendapatkan mesin serbaguna yang boleh menjalankan dan menghasilkan produk pelbagai seperti baju, topi, mug, keychain dan pelbagai lagi. Mesin sebegini yang mampu mencetak untuk pelbagai benda adalah berbaloi untuk didapatkan.
Pembekal Mesin Cetak T-Shirt
Saya pasti anda juga ingin mendapatkan mesin serbaguna sebegini bukan. Tetapi terpulang kepada fokus anda dan juga sumber kewangan anda. Anda dan saya pasti memberikan keutamaan lebih kepada Mesin Cetak T-Shirt bukan? Kerana kita sedang memikirkan bagaimana untuk mencetak baju T-Shirt nanti dan apakah pasaran yang seharusnya kita tumpu untuk membuat jualan dengan baju T-Shirt ini nanti. Sebelum itu mesin yang ingin saya perkenalkan kepada anda adalah dari jenis serbaguna dan menjalankan fungsi dari jenis “heat press transfer”.
Tonton Video Mesin Cetak T-Shirt Heat Press 8 in 1
Jom kita pergi kepada apa yang anda dan saya mahukan iaitu Mesin Cetak T-Shirt. Dimanakah untuk membeli dan mendapatkan pembekal mesin cetak baju dan berapakah harganya. Saya sudah tahu. Kepada anda yang masih belum tahu, ada baiknya anda membaca dahulu maklumat lanjut tentang harga dan tawaran yang diberikan dan juga apakah kelebihan yang bakal anda dapat. Untuk itu jika anda berminat seperti saya, anda boleh terus melawat banner dibawah ini untuk tindakkan lanjut. Saya harap anda berjaya dengan bisnes yang anda lakukan. Doakan saya juga untuk masa depan.
16 Comments
nak mula bisnes cetak ni kena tengok tempat juga… kalau kat Langkawi ke Lumut ke cantiklah. kawasan pelancongan
betul, langkawi memang kawasan kena punya
Pergh!!! Menarik ni. Lepas tengok video tu sampai habis terus jadi teruja. Berapa harga mesin cetak ni ya? Kalau murah boleh beli satu.
kalau beli yang 8 in 1 berharga RM3100 kalau x silap
saya anak jati lgkawi.klu order brapa lama bley smpai.teruja ingin mencuba
itu kena tanya pihak mereka Herry.. 🙂
Saya baru nak berjinak dan belajar utk membuat cetakan baju,bagi permulaan apakah mesin yg sesuai digunakan..??? Dan berapahkah modal yg paling minimum..??? Harap tuan dapat memberi pendapat,boleh email sy di leearies_85@yahoo.com
kalau ikutkan mesin cetak baju ni ada 2-3 jenis menurut kaedah yang pelbagai, better dapatkan ebook memulakan bisnes printing untuk tahu lebih lanjut
kalau beli, berapa lama warenty
maaf ya, saya x tahu pasal ni, kena tanya pihak penjual.. 🙂
askum,
saya berminat dlm bidang printing,selama ni hanya buat part time..so skrg saya nak buat full time..
boleh saya dapatkan alamat dan no telefon syarikat yang membekalkan mesin cetak seberguna 8-in-1 heat press..
wasalam,tq
HAI SY ASAL DARI SABAH,SY NAK BERTANYA MACAM MANA NAK DAPATKAN MESIN NI,ADA TAK YG MENJUAL MESIN NI DI SABAH?
tuan kena lawat website dan hubungi mereka dari maklumat yang mereka berikan, kalau pasal sabah saya x pasti, apa pun nasihat saya tuan kena call mereka
Mane bole dapat mesin nie…brape harganye….no tel dia brape
Tak semestinya kita buat untuk pelancongan, Boleh diperbagaikan lagi…. agak-agak berapa kos untuk untuk keseluruhan??
saya x involve lagi tuan, kalau dah involve baru tau