Beli Motosikal – Saya pasti ramai diantara kita yang membeli motosikal dengan cara ansuran kan. Lagi lagi yang pertama kali masuk universiti ataupun yang baru pertama kali memiliki motosikal. Saya sendiri pernah beberapa kali membeli motosikal diantaranya Honda Wave 100, Yamaha Lagenda 110z, Yamaha Nouvo s dan yang terbaru Yamaha 135LC. Dan kesemuanya dimiliki dengan cara berhutang. Cumanya motosikal Yamaha Nouvo S saya berhutang dengan kaedah singkat dan pantas iaitu tidak sampai setahun.
Sejak mula bekerja, motosikal Yamaha Nouvo lah yang saya beli dengan duit sendiri dan saya membeli dengan cara ansuran hutang motosikal iaitu selama setahun. Setelah bekerja dan berkawan dengan ramai orang. Saya sedar yang berhutang ini kalau boleh kita minimumkan tahunan jangka masa hutang kita. Dulu fikir, kalau lagi lama hutang lagi baik sebab lagi sedikit bulanan yang harus dibayar. Tahniah buat rakan sekerja yang membuat saya tersedar. Kata beliau buat apa hutang lama lama, lagi lama lagi rugi sebab kita menanggung beban interest yang begitu banyak. Betul juga kata beliau.
Beli Motosikal Secara Ansuran
Saya tersentak masa itu. Bila dibuat kalkulation baru saya sedar. Sebenarnya kedai mengambil untung dari riba/bunga/interest yang dikenakan terhadap jumlah hutang tersebut. Saya tidak mahu menceritakan akan hutang pinjaman kereta. Apa yang saya nak ceritakan adalah berkenaan ansuran hutang motosikal. Baru baru ini saya ada membeli motosikal yamaha nouvo s second hand. Jom kita nilaikan jumlah interest/bunga/riba yang dikenakan terhadap pembeli motosikal secara hutang.
Mari kita lihat didalam fenomena sebenar iaitu pengalaman saya sendiri. Saya cuba membeli motosikal yamaha nouvo s dengan cara hutang. Mengikut penjual motosikal tersebut, motosikal tersebut boleh dibeli dengan cara “CASH” termasuk insurans dan sebagainya dan hanya berjumlah RM3100. Jadi secara asasnya pembelian cash dan tanpa dikenakan apa apa lagi charge tambahan saya hanya perlu membayar RM3100 sahaja untuk pembelian secara tunai.
Disebabkan saya memilih secara ansuran hutang motosikal. Saya bercadang untuk memberikan wang pendahuluan sebanyak RM2100. Dan ini akan menyebabkan saya hanya berhutang RM1000 sahaja kepada kedai. Tetapi kita sedia maklum walaupun kita berhutang RM1000 tetapi kita membeli motosikal secara hutang ansuran. Maka tentulah hutang RM1000 ini tadi akan meningkat seiring dengan jumlah interest yang dikenakan. Berapakah interest yang dikenakan?
Beli Motosikal Secara Hutang
Pada asasnya saya hanya berhutang lagi RM1000 kepada kedai motosikal. Oleh kerana saya meminta untuk melangsaikan baki RM1000 didalam tempoh setahun. Bila dikira, didarab, dibahagi dan sebagainya, bayaran bulanan yang perlu saya bayar setiap bulan telah menjadi RM156. Dengan kata lain selepas setahun, jumlah total bayaran ansuran hutang motosikal menjadi (RM156 sebulan x 12 bulan = RM1872).
Wow! Harga motor RM3100. Saya membayar downpayment sebanyak RM2100. Baki hutang RM1000 lagi dibuat secara bayaran ansuran selama setahun iaitu RM156 sebulan. RM156 sebulan ini jikalau berjaya dilangsai dalam setahun menyebabkan saya membayar sebanyak RM1872.
Dengan kata lain, di-DALAM SETAHUN, kedai motosikal mendapat hasil sebanyak RM1872-RM1000=RM872
Dengan kata lain juga, Hutang asas adalah RM1000 sahaja tetapi saya terpaksa membayar RM872 tambahan
Soalan saya adalah BERAPAKAH NILAI SEBENAR INTEREST/RIBA YANG DIKENAKAN? SANGAT BESAR?
Bila fikir balik sebenarnya saya sangat sangat lah rugi. Saya telah pun membayar dan mengikat perjanjian jual beli. Bukankah lebih baik kalau saya membeli motosikal dengan kaedah cash/tunai kerana saya telahpun membayar downpayment dengan tinggi. Kepada kawan kawan, saya nasihatkan samada membeli motosikal ataupun kenderaan adalah sebaiknya anda mengamalkan sikap berhutang dengan pendek. Ini kerana ianya mampu mengurangkan jumlah interest yang dikenakan terhadap pengguna.
Amalkan sikap membeli dengan cash tunai untuk perkara perkara yang murah dan mudah. Janganlah hanya kerana product RM200-RM300 pun kita mahu berhutang. Lebih baik beli dengan tunai. Ini mendidik diri kita belajar menyimpan dan mendidik generasi akan datang dengan sifat tidak berhutang. Hutang itu memberatkan kita. Lihatlah contoh diatas. Adakah anda pernah mempunyai pengalaman mem-beli motosikal secara hutang?
kau betul bro, walaupun nak beli yang baru dengan cash tu sangat perit tapi dari segi jangka masa panjang dan nilai penjimatan yang kita tak sedar sebenarnya berbaloi.
kalau ada duit lebih memang bagus ambil cash jer, atau tidak kasi ikat buat pendek tahun
Aku pun tengah serabut nak beli motor ni..
Kalau beli cash besar pulak figure dia.. kalau hutang plak kena bayar bunga humang ai tinggi habaq hang..
memang tinggi bro, nk buat mcm mana, nasihat aku hang buat setahun jer cukup, lagi lebih lagi banyak nak kena bayar
Salam. Hee betullah bro dulu saya pun pernah membeli motor juga. Taukeh kedai kata harga hutang lebih tinggi dari harga tunai. Sebenarnya dia tak kata, saya yang buat pengiraan sendiri.
Salam..ingin saya tegaskan disini..jualan secara hutang dan bayaran secara ansuran mmg patut tinggi berbanding Cash…dan tiada unsur riba yg terlibat dlm jual beli..riba hanya terlibat dalam bab pinjaman sahaja ..lg satu, bayangkan kita ad Cash 10k dan kita beli moto secara ansuran, kita masih ad baki mgkn 8 k lg..kalau kita seorang peniaga? Kita blh niagakan duit itu utk mendapatkan sekurang2nya 8k dlm masa setahun,mgkn lebih…sekadar pendapat….. wassalam
Tips Membeli Motorsikal
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/tips-membeli-motorsikal.html
mmg riba la weh..ada pulak..org klu dah pinjam seribu pastu kena byar 180 sebulan..x12 bulan..lebih tu riba la..xyah pusing2 tutup nama riba tu..
Boleh tolong terangkan serba sedikit prosedur beli motor. Macam mana kita nak beli insurans dan road tax untuk motor tu. Adakah kedai motor akan selesaikan semuanya atau lepas beli motor baru kita sendiri beli insurans dan road tax. Macam mana nak beli pakai cash, pegi kedai tanya berapa kena bayar kalau cash dan pegi bank buat banker cheque then bag kat kedai? Nombor plate memang dah ada siap-siap eh? Sorry saya memang noob dan betul-betul tak tahu sebab tak pernah beli sendiri.
Beli je moto second cash…xpernah kena caj repair pun sbb aku yg repair sdiri tgok youtube…haha
hahhaa, ni bagus, rajin repair sendiri
Hutang kt dunia ni memang tk bole elak la bro.. selagi boleh elak hutang kita elak la klu tk mampu terpaksa la berhutang.
Baik beli cash dr menanggung dosa riba yg termasuk dlm 7 dosa besar..