Baru ini isteri saya baru pertama kali menggunakan servis delivery makanan dari aplikasi FoodPanda. Katanya hendak mencuba. Oleh kerana saya tiada di rumah dan beliau malas hendak keluar makan seorang seorang. Maka inilah kaedah terbaik yang beliau boleh pilih untuk mendapatkan makanan. Hendak masak pun malas. Maklumlah tengah sarat mengandung. Beliau meminta izin kepada saya boleh atau tidak beliau order beli Pizza Hut menggunakan aplikasi FoodPanda tersebut. Saya kata, terpulang kepada beliau. Selera orang mengandung ini lain lain. Kalau teringin, dipersilakan.
Beliau pun orderlah menu Pizza Hut tersebut. Walaupun baru pertama kali cuba, beliau terus boleh menggunakan aplikasi FoodPanda tersebut dengan mudah tanpa masalah. Ini kerana arahan step langkah langkah pembelian adalah mudah diikuti. Hanya ikut apa yang diarahkan. Dan kemudian boleh bayar samada secara online ataupun secara cash on delivery (COD). Alhamdulillah, percubaan pertama beliau guna apps FoodPanda adalah berjaya. Dan kemudian perasan makanan sampai ke depan pintu rumah dalam 40 minit. Memang terbaik.
Beli Pizza Hut Mudah Melalui Aplikasi FoodPanda
Sebenarnya kaedah pemasaran jual beli makanan secara online atas talian ini mula meningkat naik dan popular di Malaysia. Dan sebenarnya ada banyak servis penghantaran yang serupa seperti ini di Malaysia. Cumanya, dari banyak banyak servis penghantaran makanan ini, hanya FoodPanda yang paling popular dan dikenali ramai. Tetapi saya pasti, masih ramai peniaga kedai makan belum mengambil peluang ini dan masih ramai juga orang Malaysia yang belum menggunakan perkhidmatan order makanan secara online seperti ini. Walaupun masih perlahan, tetapi trend ini mula berkembang.
Sebenarnya bagaimana konsep order makanan secara online di FoodPanda ini berfungsi? Saya akan cerita berdasarkan pengalaman saya menggunakan aplikasi FoodPanda ini. Betulkan saya kalau saya tersilap faham ya.
Mula mula sekali, apps FoodPanda ini hanya berfungsi dengan sistem GPS pada smartphone anda. Kemudian, ketika anda menjalankan (open) aplikasi FoodPanda ini pada smartphone anda, ianya automatik akan mengesan mana mana kedai/restoran makanan yang mendaftar dengan FoodPanda yang berdekatan dengan tempat tinggal/lokasi anda.
Contoh. Katakan dalam radius 1KM lokasi/tempat anda order itu mempunyai sebanyak 10 kedai makan. Dan hanya ada 3 kedai makan yang mendaftar dan menawarkan sistem delivery bersama FoodPanda, maka hanya 3 kedai makan inilah sahaja yang anda akan nampak terpapar pada smartphone anda. Jelas?
Dan kenapa kena ada GPS? Hanya kedai makan yang terdekat dengan lokasi/tempat anda sahaja yang boleh hantar makanan kepada anda. Yelah, kalau anda duduk di Sungai Petani Kedah, dan kedai makan tersebut pula ada di Ipoh Perak, maka tidak logiklah hendak hantar makanan kepada anda. Cas minyak pergi balik pun rugi. Rugi kepada anda kerana menunggu lama, dan sudah tentu rugi kepada driver FoodPanda kerana kos minyak. Jadi bila anda mahu order makanan, sudah tentulah anda mahu order makanan yang ada dan dekat dengan tempat/lokasi anda betul? Itu lebih cepat.
Step Order Makanan Di Foodpanda Guna Smartphone
- FoodPandaApps – sila install aplikasi foodpanda ke dalam smartphone anda dan kemudian sila buka.
- Sila register terlebih dahulu dan update alamat rumah pada profile anda.
- Kemudian sila aftifkan sistem GPS pada smartphone anda dan refresh aplikasi berkenaan
- Sistem Foodpanda dengan bantuan GPS akan terus mengesan dan memaparkan menu menu yang dijual secara delivery yang berdekatan dengan tempat anda.
- Anda boleh melihat senarai menu yang dipaparkan termasuk harga dan masa penghantaran.
- Jika anda mahukan menu tersebut, sila klik pada gambar dan kemudian sila klik “Place Order”.
- Anda akan dibawa ke halaman pembayaran.
- Sila pilih kaedah bayaran dan selesaikan.
- Sistem akan terus memaparkan masa menunggu dan status delivery makanan tersebut.
- Pihak pekerja Foodpanda akan hantar makanan kepada anda. Done.
Sesetengah orang memang ada akaun bank. Tetapi bukan semua ada akaun online banking. Sebab itulah di dalam aplikasi FoodPanda juga ada menawarkan kaedah pembayaran secara cash tunai melalui pilihan Cash On Delivery (COD). Kalau saya, saya lebih suka bayar guna perkhidmatan online banking. Mudah dan cepat.
Di atas ini telah saya kongsikan cara order makanan dengan FoodPanda. Kalau anda masih belum faham, tonton sahaja video di atas ini. Ini adalah video sebenar bagaimana saya order beli Pizza Hut secara online melalui aplikasi FoodPanda. Memang best. Mudah dan senang. Selepas bayar, hanya tunggu sahaja pekerja FoodPanda hantar terus pesanan makanan kita depan pintu rumah kita. Terbaik. Biasanya masa menunggu ada dipaparkan di skrin kaca smartphone anda. Cumanya dari pengalaman sendiri, biasanya pesanan makanan kita akan sampai dalam 40 minit. Pengalaman saya setakat ini bersama FoodPanda buat masa ini terbaik. Selamat mencuba. Bye!!!