Facebook Twitter Instagram
    Trending
    • Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP
    • Laptop Murah Bawah RM1000 Untuk Student
    • Beli XRP Dan XLM Dan Simpan Di Ledger
    • Cara Transfer Duit Wise Ke Akaun Bank
    • Kenapa Kena Pakai Crypto Hardware Wallet
    • Penapis Udara Storm Coway
    • Akaun Simpanan Maybank Yippie Untuk Kanak Kanak
    • Prestasi Saham Selepas Sebulan Guna Gotrade Malaysia
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest RSS
    MyRujukan
    Leaderboard Ad
    • Home
    • About Me
    • Contact Me
    • Privacy Policy
    MyRujukan
    You are at:Home»Buat Duit Online»Beli Ripple XRP Kerana Fundamental Analisis

    Beli Ripple XRP Kerana Fundamental Analisis

    0
    By admin on 11/06/2021 Buat Duit Online, Kewangan, Matawang Digital, Panduan, Pelaburan, Tips

    Sebenarnya saya bukanlah faham sangat akan kegunaan teknologi matawang krypto atau asset digital ini. Akan tetapi saya sedar akan kepentingan “TEKNOLOGI” apabila melibatkan pelaburan wang. Kepada yang pernah dan tahu cara melabur dalam pasaran saham, pasti akan kenal sangat dengan terma Teknikal Analisis dan Fundamental Analisis. Dan kedua dua konsep ini boleh digunapakai jika anda mahu melabur dalam matawang digital seperti Ripple XRP contohnya. Dan pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan Ripple dan juga XRP ini. Jom baca.

    Dari apa yang saya faham, Ripple adalah sebuah syarikat yang menghasilkan teknologi permindahan wang menggunakan matawang digital/aset digital seperti coin XRP ini. Proses permindahan wang ini akan menggunakan teknologi RippleNet yang menggunakan sistem terbuka seperti XRP ledger. Kedengaran agak teknikal. Saya sendiri bukanlah faham 100%. Cumanya secara ringkas, Ripple dan XRP adalah dua entiti yang berbeza. Ripple adalah sebuah syarikat dan XRP adalah coin yang dihasilkan oleh syarikat Ripple itu sendiri. Kalau saya silap, maafkan saya dan betulkan saya ya. Tetapi tidak mengapa, apabila kita cakap pasal Ripple, orang biasanya bermaksudkan cryptocurrency XRP dan sebaliknya. Ianya merujuk kepada benda yang sama.

    Carta harga coin token Ripple XRP terkini June 2021
    Carta harga coin token Ripple XRP terkini June 2021

    Pelaburan Ripple XRP Jangka Panjang

    Berbalik kepada tajuk utama kita di atas iaitu kita membeli Ripple XRP kerana fundamental analysis. Ya betul dan itu adalah pegangan saya. Sebenarnya saya berpengalaman melabur dalam pasaran saham dan biasa dengan technical analysis dan juga fundamental analysis. Sebenarnya pasaran krypto juga sama sahaja kaedahnya. Untuk pelaburan jangka panjang, adalah lebih baik melabur dan membeli crypto yang mempunyai asas fundamental analysis yang baik. Dan coin aset digital yang saya nampak mempunyai fundamental yang baik ini adalah Ripple iaitu XRP itu sendiri. Kenapa?

    Syarikat Ripple sebenarnya sudah bertahun tahun bertemu dan sedang membuat kerjasama dengan pelbagai institusi perbankan seluruh dunia. Mereka mahu perkenalkan teknologi penghantaran wang menggunakan Ripple supaya transaksi penghantaran wang menjadi lebih cepat dan lebih murah. Sebenarnya sistem Ripple sudah terbukti berjaya menghantar wang dengan lebih laju dengan cas transaksi yang tersangat murah. Cumanya benda baru seperti ini mengambil masa untuk sistem kewangan dunia untuk beralih kepada sesuatu yang baharu. Ini memang mengambil masa.

    Kita bukan bercakap tentang teknologi kewangan Malaysia ya. Kita sedang bercakap tentang teknologi kewangan dunia. Benda yang besar. Yang bakal merubah landskap kewangan dunia. Kalau ini berlaku iaitu sistem kewangan dunia mengguna pakai teknologi RippleNet ini, maka apakah potensi nilai sebenar kepada coin token Ripple XRP ini nanti? Sudah tentulah akan berlaku kenaikkan harga yang sangat sangat tinggi. Ketika artikel ini ditulis (June 2021), harga bagi 1 XRP di crypto exchanger adalah bernilai USD1.00 SAHAJA.

    Samada Ripple XRP akan digunapakai atau tidak di dalam sistem bank dunia masih 50/50. Tetapi anda boleh buat carian dan pembacaan di internet tentang syarikat Ripple ini yang telah bertahun tahun berusaha berjumpa dengan bank seluruh dunia untuk perkenalkan teknologi mereka. Dan “KALAU” berjaya, dan dunia bersetuju beralih kepada teknologi Ripple untuk proses transaksi kewangan di setiap bank di dunia ini, maka anda yang melabur kepada Ripple XRP akan menjana keuntungan berlipat kali ganda.

    Tidak percaya, sila lihat kepada mana mana syarikat teknologi yang telah didagangkan di papan bursa dunia. Lihat sahaja Google, Facebook, Amazon, Apple dan sebagainya. Ketika suarikat mereka mula mula masuk ke pasaran saham, harga bagi seunit saham baru berapa sahaja. Dan selepas 1o tahun, harga seunit saham syarikat mereka telah naik berpuluh kali ganda dan tersangat mahal. Bagi saya syarikat Ripple mempunyai potensi untuk menjadi syarikat seterusnya yang bernilai tinggi di masa hadapan.

    Digital Asset Exchanger (DAX) Malaysia

    • [ LUNO ] – sila klik website ini, daftar dan login.
    • Sila deposit duit di akaun Luno anda menggunakan online banking
    • Sila buat pembelian krypto yang anda inginkan
    • Setelah berjaya, wang krypto anda akan di simpan dalam ewallet Luno
    • DONE!!!

    Sebelum saya terlupa, syarikat Ripple juga bercadang untuk memperkenalkan IPO mereka iaitu saham Ripple dan itu bermakna mereka serius mahu syarikat mereka didagangkan untuk berkembang lebih jauh. Kalau ada bajet, saya memang mahu membeli Ripple IPO dan juga coin token XRP mereka. Ibarat saya melabur dalam cryptocurrency XRP dan juga melabur dalam syarikat Ripple sekaligus.

    Alhamdulillah coin token XRP memang telah lulus dan sah di dagangkan melalui exchanger krypto berlesen di Malaysia. Anda boleh mula membeli coin digital Ripple XRP melalui exchanger yang saya kongsikan di atas ini. Insyaallah, kalau syarikat Ripple terpilih secara global untuk transaksi kewangan perbankan dunia termasuk Malaysia, maka pelaburan anda untuk memiliki XRP ini tidak sia sia. Ini bukan buy call ya. Ini hanyalah pendapat saya sahaja berkenaan Ripple. Boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Anda sendiri yang buat keputusan terhadap pelaburan anda. Sila ambil dan sedar dengan risiko pelaburan crypto ya. BYE!!!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    admin
    • Website
    • Facebook
    • Twitter

    Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

    Related Posts

    Buat Pelaburan Unit Trust Melalui i-Invest KWSP

    Laptop Murah Bawah RM1000 Untuk Student

    Beli XRP Dan XLM Dan Simpan Di Ledger

    Leave A Reply Cancel Reply

    Copyright © 2023 ThemeSphere. Powered by WordPress.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.