Saya perasan, di tempat tinggal saya sudah ada beberapa orang yang buka kedai dobi. Ada yang dari jenis layan diri dan ada yang dari jenis menguruskan sendiri. Persoalan berbaloi atau tidak untuk anda menjalankan bisnes kedai dobi itu bergantung kepada beberapa faktor seperti kos sewa kedai, lokasi kedai dan juga permintaan di kawasan anda, Jangan “syok” sendiri apabila membuka kedai milik diri sendiri. Kena tengok pasaran persekitaran tempat anda mahu berniaga ini. Ini penting.
Bercakap soal kos atau modal, yang paling besar adalah pembelian mesin basuh. Dan lihat juga anda buat sistem dobi layan diri atau tidak. Kalau anda sendiri yang menguruskan selalunya ianya lebih murah dan jimat. Bila bercakap soal rugi untung ini, saya secara peribadi suka melihat akan kos yang dibelanjakan itu dibuat “beli apa?”. Kalaulah kos yang dikeluarkan untuk membeli produk yang boleh dijual semula, maka ianya bukanlah satu pelaburan rugi besar.
Ebook Rujukan Cara Buka Kedai Dobi
Kenapa saya katakan begitu? Katakan anda buka kedai makan. Kos paling besar anda adalah kerusi, meja, dan peralatan memasak. Dan katakan kedai makan anda rugi tiada pengunjung. Boleh jadi kerugian anda itu disebabkan menu, atau rasa masakan, layanan anda ataupun lokasi kedai anda. Jadi anda boleh perbaiki masalah anda dan mencari lokasi baru. Sedangkan produk peralatan tetap boleh diguna semula. Setuju?
Sama jugalah kes dengan isu buka kedai dobi ini. Tiada barang atau produk yang akan lusuh atau rosak dalam masa terdekat. Mesin cuci selalunya akan tahan lama. Kalaulah perniagaan anda rugi, anda boleh buka balik kedai cuci pakaian anda ini ditempat lain dengan kadar kos pelaburan yang minima kerana anda sudah ada peralatan yang telah dibeli sebelum ini. Dan bagi saya ianya berbaloi untuk sesiapa yang hendak mencuba buka kedai dobi dengan kos jaminan “rugi besar” yang rendah.
Apa yang saya kongsikan di atas ini hanyalah pandangan saya sahaja. Anda mungkin berpendapat berbeza dari saya. Kepada anda yang sedang terfikir hendak mempunyai kedai dobi sendiri yang anda usahakan sendiri, dapatkan panduan lengkap ini iaitu Ebook Kedai Dobi untuk membimbing anda cara buka kedai dobi dari awal hingga selesai berdasar pengalaman sebenar tauke kedai dobi dengan klik banner di bawah ini. Selamat menjadi usahawan.
Leave a Reply