Adakah anda mempunyai pengalaman ketika memandu kereta dan terdengar bunyi mengaum atau berdengung pada tayar kereta anda? Jika ada, biasanya ianya datang dari dua punca utama. Yang pertama berpunca dari masalah penyerap hentak iaitu absorber yang sudah rosak seperti minyak tumpah (leaking). Ianya menyebabkan alignment tayar lari, bunga tayar menjadi haus tidak sekata dan menyebabkan bunyi berlaku. Dan penyebab yang kedua adalah datangnya dari bearing tayar kereta yang sudah rosak. Selalunya penyebab yang kedua inilah yang paling kerap berlaku. Tanda bearing sudah rosak ini mudah sahaja hendak kesan. Bagaimana?
Biasanya kalau masalah ini diadukan kepada bengkel kereta, mereka biasanya akan membuat check pada tayar. Apa yang mereka akan buat adalah sentuh absorber kereta sambil memusingkan roda tayar. Ketika roda tayar dipusingkan, mereka akan cuba merasakan “gegaran” pada absorber. Jika tiada atau kurang, maka bearing roda berkenaan masih ok. Jika ketika dipusingkan roda tayar berkenaan dan terasa gegaran pada absorber, maka bearing untuk tayar tersebut sudah rosak dan perlu diganti.

Contoh bearing tayar kereta untuk Proton Saga
Bearing Sudah Rosak Punca Bunyi Mengaum Berdengung
Kepada yang tidak faham “apa itu bearing”, sila baca artikel ini iaitu artikel “fidget spinner“. Saya pasti anda menggunakan, belikan untuk anak anda atau paling tidak nampak alat ini di pasar pasar betul? Apa yang mereka selalu buat? Mereka akan pusingkan fidget spinner ini betul? Biasanya fidget spinner mana yang paling lama berpusing? Yang paling lama berpusing adalah fidget spinner yang mempunyai “bearing” yang paling bagus. Ianya berpusing sebab bearing lah. Dan bearing inilah yang diguna pakai kepada roda tayar kereta anda jelas?

bearing sudah rosak dan perlu diganti
Cumanya bearing yang digunakan pada kereta tidaklah sama dengan bearing yang digunakan pada fidget spinner. Maksud saya, konsepnya adalah serupa. Apa apa benda yang berpusing, ianya memang menggunakan bearing untuk ianya berputar dengan baik. Kalau bearing sudah rosak, maka tayar masih boleh berputar, tetapi ianya menghasilkan gegaran yang mana dapat anda rasai ketika memandu yang akan menghasilkan bunyi seperti mengaum atau berdengung. Faham?

Resit bill gantian bearing tayar kereta yang baru untuk Proton Saga
Proton Saga BLM saya baru baru berbunyi bising hampir sebulan lamanya. Saya biarkan sahaja. Tetapi dari hari ke hari ianya menjadi semakin bising dan berbunyi dengung agak kuat. Orang yang naik pun terasa akan bunyi bising tersebut dan membuat jenama bunyinya sama seperti bunyi “turbo”. Orang diluar tidaklah dengar. Tetapi orang yang berada di dalam kabin kereta akan terdengar bunyi bising tersebut ketika kereta berjalan.

Contoh bearing tayar kereta yang dijual secara online
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- 11Street – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Saya hantar ke bengkel. Mekanik berjaya jumpa puncanya iaitu bearing sudah rosak. Kos untuk menukar dan menggantikan bearing tayar kereta yang baharu adalah RM130 untuk Proton Saga saya. Saya tidak pasti untuk model kereta yang lain apakah sama atau lain. Proses gantian tidaklah lama. Sekejap sahaja.
Di atas ini saya kongsikan gambar dan juga video untuk anda lihat sendiri bentuk sebenar bearing tayar kereta dan bagaimana proses menukarnya. Dan selepas menggantukan bearing sudah rosak kepada yang baru, bunyi mengaum berdengung sudah tiada lagi. Bawa kereta terasa tenang dan senyap semula. Kalau anda mempunyai masalah seperti ini, cepat cepat tukar ya. Bye.
Leave a Reply