Ketika raya baru baru ini, saya ternampak anak menakan bermain alat Fidget Spinner ini. Ianya sebuah alat yang boleh dipusing dan diputarkan. Ianya mula viral tular di media sosial. Kalau orang yang tidak pernah melihat dan memegangnya pasti tidak akan tahu apakah kegunaan permainan tersebut. Saya sendiri sehingga ke saat ini masih tidak faham akan tujuan produk sebegini dicipta. Yang saya tahu dan pasti, ianya popular dan ramai yang membelinya.
Adik saya kata, anak beliau ada membawa Fidget Spinner ini ke sekolah dan ianya dirampas oleh guru. Dan banyak kes seperti ini sebenarnya. Bagi saya secara peribadi memang patut ianya dirampas pun. Pergi sekolah untuk belajar dan bukannya bermain. Cumanya kalau boleh, pihak sekolah bagilah amaran dahulu supaya ianya tidak dibawa kembali ke sekolah pada ke esokkannya. Mana mana Fidget Spinner yang berbentuk tajam itu boleh dirampas serta merta kerana faktor keselamatan.
Fidget Spinner – Produk Permainan Baru Yang Popular
Dari maklumat di internet, dari apa yang saya faham. Tujuan asal diciptakan Fidget Hand Spinner ini adalah untuk membantu mengurangkan stress iaitu melegakan tekanan lagi lagi kepada individu yang selalu resah, berasa bosan dan suka melakukan aktiviti pergerakkan tertentu menggunakan jari mereka. Individu jenis ini memang suka bermain dengan apa apa alat pada jari mereka. Jadi dengan adanya Fidget Spinner ini, ianya membantu masalah tersebut.
Website Yang Menjual Fidget Hand Spinner
- Lazada – anda boleh mencari fidget atau lain permainan ini di sini
- 11Street – anda boleh mencari fidget atau lain permainan ini di sini
- Shopee – anda boleh mencari fidget atau lain permainan ini di sini
- Ezbuy – harga sedikit mahal tetapi ada banyak pilihan
- Amazon – ada sangat banyak fidget hand spinner berkualiti di sini
- Aliexpress – anda boleh dapatkan rekaan fidget hand spinner unik di sini
Itu adalah tentang tujuan asal dicipta alat seperti Fidget Spinner ini. Bagaimana dengan bentuknya? Ianya sebenarnya dibina dari sebuah alat yang kita sebut sebagai “bearing”. Kepada anda yang menaiki basikal, motor atau kereta pasti kenal dengan alat yang bernama “bearing” ini. Ianya boleh diputar. Ada yang 2 kaki dan 3 kaki. Kalau anda masih tidak faham atau kenal dengan apa benda alah fidget hand spinner ini, silakan lihat video di atas ini. Nak beli secara online pun boleh. Cadangan saya, kalau anda serius mahu beli dan mendapatkan alat Fidget Spinner yang berkualiti, kalau boleh beli yang sedikit lebih mahal. Lagi mahal selalunya ianya akan lagi berat. Dan lebih berat selalunya ianya akan berputar lebih lama. Bye
Leave a Reply