Lagi beberapa hari lagi akan masuk bulan ramadhan. Kepada anda yang pertama kali ingin berniaga di bazar ramadhan dan terfikir hendak menjual apa jangan buang masa lagi. Salah satu perniagaan yang pasti laku dan terjual adalah dengan berniaga air minuman. Anda dan saya pun faham. Bulan puasa. Ramai yang akan ke bazar ramadhan pasti akan membeli paling kurang sebungkus air minuman dalam balang besar bukan? Ini adalah contoh idea bisnes yang paling tidak rugi untuk bulan puasa ini.
Di sebabkan anda masih baru. Dan walaupun berniaga air minuman ini nampak mudah. Kalau tidak pandai buat air, tidak tahu hendak beli balang air di mana dan air apa yang patut di buat pun tidak menjadi juga. Kalau tidak sedap, walaupun bisnes ini laku pun, pembeli yang pernah membeli air dari anda pasti tidak akan datang lagi. Sedangkan anda sendiri tahu yang pembeli yang membeli dari anda adalah dari pembeli yang selalunya sama iaitu dari penduduk setempat. Betul tidak?
Panduan Untuk Berniaga Air Minuman Dalam Balang
Teringat saya dengan kisah beberapa peniaga yang berniaga air minuman di bazar ramadhan pada tahun tahun lalu. Ada kisah yang tidak sedap di dengar. Kisahnya ada pembeli yang ingin membeli air di bazar ramadhan. Dan peniaga air balang tersebut hanya memberikan air bungkusan minuman tanpa penyedut air iaitu straw. Pembeli tersebut meminta straw untuk minum dari bungkusan tersebut. Peniaga tersebut mengatakan tidak ada. Mereka kata mereka menjual air sahaja dan memang tidak bagi straw sekali.
Kepada anda yang bakal berniaga air minuman jangan buat hal dan “perangai” macam ini. Anda peniaga air minuman dan sudah tentu mesti WAJIB ada straw. Walaupun niat anda untuk jual air sahaja. Tetapi ada juga orang yang membeli air bukan untuk di minum di rumah. Mereka mungkin akan minum di tempat kerja, di dalam kenderaan dan sebagainya. Adakah tujuan untuk jimat kos? Mahalkah straw untuk jimat punya pasal?
Dapatkan Panduan Bisnes Air Balang Di Bawah Ini
- DVD Bisnes Air – dapatkan rakaman video cara membuat air minuman
- Ebook Bisnes Air – panduan buat air dalam balang dalam bentuk ebook
Kepada anda yang ingin berniaga air minuman tidak kira di bulan puasa atau hari hari biasa contohnya di tepi jalan atau pasar malam. Jika anda tidak tahu cara untuk menjalankan bisnes air balang seperti ini. Saya menjemput anda untuk mendapatkan panduan bisnes air balang. Panduan dalam bentuk CD yang di dalamnya terdapat rakaman video yang boleh anda tonton cara membuat pelbagai jenis air minuman dalam balang. Anda belajar terus dari video tersebut. Kiraan kos dan keuntungan juga akan diberikan sekali. Mudah cerita, kalau untuk berniaga air minuman, maka panduan ini terbaik buat anda. Sila klik link di atas ini untuk dapatkan CD/Ebook bisnes air minuman ini. Selamat berniaga kawan.