Pernah dengar berkenaan unit trust? Makna lain bagi unit trust adalah unit amanah. Dan di mana duit wang yang anda beli unit dana amanah ini dilaburkan. Sudah tentulah di dalam pasaran saham. Dan di Malaysia sudah ada aplikasi untuk anda memulakan pelaburan anda dengan mudah melalui aplikasi milik Bank Islam iaitu “BEST Invest”. Aplikasi ini sesuai untuk pengguna smartphone android dan juga iOS. Jadi tidak ada alasan kalau anda kata tidak tahu membuat pelaburan selepas ini ya.
Kenapa awal awal tadi saya cakap pasal unit trust iaitu unit amanah? Rasanya anda sudah biasa dengar jenama Public Mutual betul? Itulah dia unit trust. Orang masuk buat pelaburan dengan Public Mutual itu sebenarnya melabur dalam unit amanah. Teknik melabur dalam unit amanah ini adalah salah satu cara paling mudah kepada anda yang tidak tahu hendak melabur dalam pasaran saham dan tidak tahu hendak membeli kaunter saham yang mana yang sesuai dengan portfolio pelaburan anda. Dan anda juga takut rugi besar.
Melabur Mudah Guna Smartphone Dengan Apps BEST Invest
Untuk pengetahuan anda, unit trust memang popular dengan Public Mutual. TETAPI bukan Public Mutual sahaja yang memperkenalkan pakej pelaburan unit trust di Malaysia. Semua bank ada bahagian unit trust mereka masing masing. Dan salah satu bank yang ada unit trust dan patuh syariah (halal) adalah Bank Islam kita sendiri. Malah berita gembira terkini, mereka baru sahaja perkenalkan apps BEST Invest ini dalam bukan April 2020 ini. Menarik bukan?
Jadi apa itu BEST Invest? BEST Invest adalah sebuah aplikasi untuk smartphone milik Bank Islam untuk memberikan peluang kepada anda terutamanya yang mempunyai gaji dalam gred B40 iaitu bergaji RM4K ke bawah untuk berpeluang membuat pelaburan unit amanah kendalian Bank Islam dengan mudah dan juga murah.
Kenapa mudah? Memang mudah sebab untuk membuat pelaburan, anda hanya perlukan sebuah smartphone sahaja dan ianya dilakukan secara online melalui aplikasi tersebut. Kenapa murah? Memang murah kerana untuk memulakan pelaburan dengan BEST Invest ini, minima pelaburan yang dibenarkan untuk dilaburkan adalah serendah RM10 sahaja. Ya betul, hanya RM10 sahaja. Jadi apakah ada alasan lagi untuk anda katakan tidak tahu membuat pelaburan?
Semasa saya pertama kali mendengar dan diperkenalkan dengan aplikasi BEST Invest ini dan tujuan ianya dibina, saya terus teruja. Terus daftar (register) dan terus membuat pelaburan pertama. Ini kerana saya tahu dan faham bagaimana aplikasi ini berkerja dan berfungsi. Dan saya tahu bagaimana ianya boleh membantu membina simpanan dan meningkatkan simpanan duit wang saya melalui pelaburan dana dana unit trust yang bagus.
- BESTInvest – sila pasang (install) aplikasi ini pada smartphone anda. Sila dari apps ini di dalam Google Play (Android) dan App Store (iOS).
- Selepas berjaya daftar, sila deposit duit serendah RM10.
- Done.
Saya sebenarnya telah dan pernah menggunakan aplikasi pelaburan patuh syariah yang hampir serupa fungsi matlamat pelaburannnya iaitu Wahed Invest. Cumanya ianya adalah produk dari luar negara yang patuh syariah. Dan kali ini kita ada app BEST Invest dari Bank Islam Malaysia sendiri, jadi kenapa tidak kita support produk Malaysia betul?
Pelaburan yang anda buat akan berdasarkan jenis risiko yang anda pilih. Ada low risk, moderate, high dan sebagainya. Macam biasa, risiko tinggi, kemungkinan rugi adalah tinggi, tetapi kemungkinan untuk untung banyak juga adalah tinggi. Jadi terpulanglah anda mahu yang bagaimana. Cuma bagi saya, saya lebih selesa membuat pelaburan jenis sederhana. Dan yang penting dengan adanya aplikasi seperti BEST Invest ini, ianya membuat saya mudah untuk membuat simpanan duit dengan cara melabur mudah menggunakan smartphone sahaja. Hendak lihat pantau hari hari pun boleh. Apps BEST Invest memang best.