Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Produk › Best Ker Samsung Galaxy Gear Smartwatch

Best Ker Samsung Galaxy Gear Smartwatch

Review By admin / 8 years ago — Produk, Smartphone, Teknologi

Samsung telah pun mengeluarkan satu jam tangan pintar yang diberi nama sebagai Samsung Galaxy Gear. Ini adalah jam tangan pintar yang menggunakan sistem Android daripada Samsung. Adakah jam tangan pintar dari Samsung ini boleh dikatakan bagus? Maksud bagus dari perkataan saya adalah adakah ianya praktikal digunakan? Apakah tujuan ianya dibina. Adakah peranannya menggantikan smartphone 100% atau hanya sekadar menjadi pembantu bagi memudahkan kerja harian kita? Bagaimana

Hari raya lepas, saya berkesempatan untuk memakai jam tangan pintar Samsung Galaxy Gear ini. Bukan saya yang membeli tetapi adik saya. Beliau telah membeli Samsung Galaxy Note 3 yang siap sekali dengan jam tangan Samsung Galaxy Gear ini. Kira pakej sekali la. Ini kali pertama saya melihat, merasai dan menggunkan jam tangan pintar. Sebelum ini hanya mampu membaca sahaja artikel tentang jam tangan pintar android ini. Untuk maklumat anda, review review yang saya baca mengenai jam tangan pintar dari Samsung ini nampaknya tidak begitu positif lantaran dari ciri praktikal didalam menggunakannya. Setiap orang pasti berbeza pandangan mereka bukan?

Gambar Samsung Galaxy Gear 2 Smartwatch

Gambar Samsung Galaxy Gear Smartwatch

Samsung Galaxy Gear Review

Soalan pertama mengenai Samsung Galaxy Gear Smartwatch ini adalah adakah saiznya terlalu besar untuk dipakai ditangan. Untuk menjawab soalan ini, saya secara peribadi merasakan ianya agak besar walaupun bagi saya yang berbadan besar. Namun bagi jam tangan pintar yang berinteraksi dengan skrin sememangnya untuk membuat skrin bersaiz kecil agak sukar bagi pandangan saya. Ini perkara yang terpaksa diterima umum. Saya tidak dapat menjawab soalan mengenai ketahanan bateri kerana saya saya memakainya sebentar sahaja dan melihat lihat akan fungsinya sahaja.

Secara umum, sistem didalam Samsung Galaxy Gear ini mempunyai maklumat phone no, mesej, image dan lain lain seperti penggunaan telefon murah yang bersaiz skrin kecil dari telefon Nokia. Jadi apa kelebihan Samsung Galaxy Gear ini? Kelebihan yang saya dapati dari Samsung Galaxy Gear ini adalah kemampuan untuk membuat panggilan telefon dan sistem kamera yang berfungsi seperti spy camera. Jam tangan pintar ini perlu berinteraksi dengan smartphone Samsung Note 3. Saya tidak pasti jika ianya mampu untuk “connect” dengan Samsung smartphone yang lain.

Website Untuk Membeli Smartwatch

  • Lazada – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis smartwatch di sini
  • 11Street – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis smartwatch di sini
  • Shopee – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis smartwatch di sini

Semasa membuat panggilan telefon melalui Samsung Galaxy Gear, jam tangan pintar ini mempunyai sebuah speaker kecil dibawah tali jam tangan dan bertindak secara automatik didalam mode “loud speaker”. Jadi kita akan bercakap dan berbual melalui Samsung Galaxy Gear ini didalam keadaan “load speaker”. Kamera pula terletak dibahagian tali jam. Anda mungkin boleh lihat kamera di tali jam didalam gambar diatas. Tidak salah saya ianya berkapasiti 2MP.

Secara peribadi, saya juga berpendapat yang jam tangan pintar Samsung Galaxy Gear ini sepertinya masih tidak praktikal untuk digunakan. Rasanya saya lebih selesa untuk memakai smartphone dari menggunakan Samsung Smartwatch ini bagi memudahkan kerja saya. Lagi satu ketahanan bateri boleh di “pertikai” apabila hubungan Samsung Galaxy Gear dengan Smartphone memaksa bluetooth dihidupkan senantiasa yang pasti menyebabkan bateri cepat habis. Namun begitu ini hanya pandangan saya yang hanya menggunakan Samsung Galaxy Gear ini tidak sampai sehari. Rakan saya beli dan pakai Smartwatch Xiaomi Amazfit Bip. Katanya bateri lebih tahan lama. Katanya lah. Bye..

Related posts:

Jam tangan pintar dari Xiaomi Amazfit BipSmartwatch Xiaomi Amazfit Bip Murah Tetapi Berbaloi Kos minyak gear auto untuk Proton SagaKos Penukaran Minyak Gear Auto Proton Saga Unboxing smartphone Xiaomi Redmi Note 5Smartphone Xiaomi Redmi Note 5 Malaysia Set

Galaxy Gear 2 Smartwatch Samsung Galaxy Gear Samsung Galaxy Gear 2 Samsung Galaxy Gear 2 Smartwatch Samsung Galaxy Gear Smartwatch Samsung Galaxy Smartwatch Samsung Smartwatch

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

User Reviews and Comments

  1. zool says
    08/08/2014 at 3:32 pm

    memang nampak menarik tu

    Reply
    • admin says
      09/08/2014 at 2:09 am

      nak pakai ker… 🙂

      Reply
  2. Denaihati says
    11/08/2014 at 4:25 pm

    kalau besar tu rasa terganggu pulak. lebih sesuai untuk orang bersukan.

    Reply
    • admin says
      18/08/2014 at 3:03 pm

      setuju

      Reply
  3. Hilmi Salisip says
    01/03/2015 at 10:43 pm

    Berapa harga ni. nak belilah. ada tak yang murah sikit bawah 500 kerr.

    Reply
  4. epit says
    24/04/2015 at 11:23 am

    harge in malaysia bpe ?? android ke ?

    Reply
    • admin says
      28/05/2015 at 8:26 pm

      mahal juga, sekarang sudah ada yang baru, lebih baik dapatkan yang terkini Epit

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in