Saya dah mula nampak akan trend dan corak blogger atau individu persendirian yang mahu buat duit secara online mula untuk belajar cara bagaimana untuk Bina Email List. Saya tidak berpengalaman langsung didalam marketing untuk buat duit cara email list. Tetapi saya menyetujui dan membenarkan berdasarkan pemerhatian saya yang pemasaran secara email sangat sangat berkesan malah boleh dikategorikan sebagai salah satu tips pemasaran online yang paling baik dan berkesan. Oleh itu ianya bukanlah suatu yang menghairankan jika saya dan blogger yang lain kalah didalam persaingan untuk membuat apa apa jualan contohnya dari program affiliate.
Berdasarkan pengalaman saya, jika ada contest jualan yang perlu dilakukan, selalunya otai terkenal internet marketing akan muncul juara sebagai pemenang yang membuat jualan paling banyak. Bila dikaji latar belakang beliau, kita akan dapati walaupun beliau “mungkin” mempunyai blog, tetapi jualan tinggi yang beliau buat bukanlah dari blog tetapi dari email marketing semata mata. Maka teknik Bina Email List dan pengetahuan tentang ini kita perlukan untuk berjaya seperti mereka. Tetapi berapa ramai yang tahu dan mahu bergerak untuk ambil tahu. Saya sendiri masih tiada lagi email list walaupun sedar akan kekuatan hasil jualan yang boleh dibuat dari kaedah Bina Email List ini.
Bina Email List Dengan Autoresponder Malaysia
Email list adalah sejenis autoresponder yang mengumpul senarai email secara automatik. Perlu diingatkan yang kita bukanlah saja saja mengambil senarai email yang entah dari mana. Bukan semua email yang kita mampu “dapatkan” itu sesuai. Bina Email List disini dimaksudkan senarai email yang mempunyai nilai “target” dan “sasaran” yang betul untuk pelanggan yang “tepat”.
Katalah seorang individu ini seorang yang tidak berminat langsung dengan dunia blogging, dan kurang pula melayari internet. Adakah email beliau layak dan baik untuk kita ambil? Kita perlukan email dari individu yang berkaitan dengan apa yang kita sasarkan. Begini, kita ada buku panduan peperiksaan sains tingkatan 3 (contoh) yang sangat bagus, jadi kita perlukan sasaran pembeli yang betul. Jadi email individu yang kita perlukan adalah dari email dikalangan ibu bapa yang ada anak disekolah kelas tingkatan menengah, pelajar sekolah menengah dan yang berkaitan dengannya. Jadi senarai email yang mempunyai nilai “target” yang “betul” ini bakal membuatkan jualan anda terus mengenai sasaran dan jualan pun dapat dihasilkan dengan maksimum dan berjaya. Anda faham? Jadi soalan saya adakah senarai email dengan ribuan tanpa asal usul itu bagus? Anda sendiri sudah tahu bukan.
Jadi disini kita perlukan teknik yang betul untuk Bina Email List. Saya pasti anda sudah sedia mendengar autoresponder yang biasa didengar iaitu Aweber dan Getresponse. Kedua dua ini adalah dari luar negara. Saya ingin memperkenalkan autoresponder Malaysia yang semakin membina nama dan ramai yang mula menggunakannya kerana murah dan servis yang terbaik. Autoresponder dari Malaysia ini bernama Emelmatik.
Kebanyakkan autoresponder ini digunakan sekali dengan website squeeze page. Jika anda sedang membina produk anda menggunakan squeeze page, saya mencadangkan anda mendapatkan autoresponder dari Malaysia ini. Bayaran didalam ringgit Malaysia (RM), murah dan senang digunakan. Jika berminat untuk baca lebih lanjut atau terus ingin mencuba dan dapatkan Bina Email List ini dari Emelmatik, sila lawat banner dibawah untuk tindakkan lanjut. Saya jua akan menyusul menggunakan Emelmatik untuk Bina Email List milik saya. Selamat berjaya
8 Comments
Diorang ada provide servis percuma jugak kan..
yep betul tu bro
pernah guna aweber suatu ketika dulu..masa tu tak guna sangat blog…medium utama landing page..nak kumpul mailing list berkualiti agak memcabar..paling baik umpan dengan ebook percuma
yep, beri ebook percuma itu yang terbaik
Salam… dah lama tahu perkara ini, cuma belum bersedia nak buat bisnes secara online. Mungkin suatu hari nanti akan gunakannya gujak. Insya Allah. Saya pun setuju dengan pendapat mrhanafi, beri e-book secara percuma sebagai umpan.
Jom terjah entri terbaru:
Karpal Singh Maut Kemalangan Ngeri
saya pun setuju juga
salam.. saya baru dalam penggunaan auto responder emel matik ini… kalau getrespon dan yang lain lain tu biasa la… tapi kalau nak jimat boleh la… guna emel matik… terima kasih.