Sejak kecil lagi saya meminati kuih apam balik. Kalau mak ayah pergi ke pasar, jika ada kuih apam balik, pasti mereka akan membelinya. Lagi sedap kalau dapat makan waktu masih panas panas. Ada rasa manis gula, manis dari jagung, kesedapan dari kacang yang hancur dan kelembutan kuih apam itu sendiri. Saya tidak tahu siapakah pencipta kuih ini. Yang saya tahu, kalau anda ingin menjalankan bisnes menjual apam balik, ianya pasti laku dan ramai yang akan membelinya asalkan SEDAP.
Yang saya perasan, kuih apam balik ada 2 jenis iaitu apam balik kecil yang selalunya rasanya sedikit rangup dan apam balik besar dari jenis yang berisi dan lembut. Saya lebih meminati apam balik yang besar kerana lebih puas. Kalau ditempat saya di sini (Penang), harga kuih apam balik yang besar di jual dengan harga RM3 sahaja. Bagi saya ianya di kira masih murah dan mengenyangkan. Semasa tulis artikel ini pun saya teringat akan kesedapan kuih apam balik ini.
Panduan Bisnes Menjual Apam Balik
Kalau di kluang Johor, apam balik yang saya rasa sedap adalah dijual oleh bro tepi jalan di depan kedai pusat pakaian kanak kanak iaitu Pasaraya Hari Hari. Penjual yang menjual apam balik di situ memang sedap. Lebih lebih lagi disebabkan kuih apam balik itu sendiri yang sangat lembut dan juga kesedaan dari manisan jagung manis dalam tin yang disapukan dalam apam balik. Kepada warga kluang, jika anda mahu mencari dimana tempat yang ada menjual apam balik, anda boleh ke gerai tersebut pada setiap petang.
Kepada pembaca. Adakah anda mahu menjalankan bisens menjual apam balik? Jika YA, saya ingin perkenalkan kepada anda akan satu pakej Panduan Menjual Apam yang paling menarik. Apa kata anda menjual aneka apam? Ya, anda memang mahu fokus untuk menjual apam balik. Saya tahu. Tetapi jika anda berminat, saya mencadangkan kalau anda berniaga menjual pelbagai jenis kuih dari pelbagai jenis apam. Kelainan dari bisnes anda mungkin akan menarik pembeli untuk datang ke kedai anda dan membeli kuih dari anda. Di bawah ini adalah senarai 8 jenis apam yang ada.
- apam polkadot
- apam ayu
- apam beras
- apam pisang
- apam gula hangus
- apam tepung gandum
- apam balik
- apam mekar warna warni
Panduan Membuat Apam ini adalah dalam bentuk CD Video. Ianya akan di pos ke rumah anda. Anda akan belajar membuat pelbagai jenis apam melalui panduan berbentuk video. Anda boleh menonton berulang kali sampai anda pandai dan menguasai membuat kesemua apam yang ada. Kini perniagaan menjual apam balik anda bakal laris dan menjadi rebutan pembeli kerana unik. Orang datang ke kedai anda kerana keunikan kedai anda menjual aneka kuih apam. Namun tiada paksaan jika anda hanya mahu menjual apam balik sahaja. Cumanya panduan apam ini mampu memberikan sesuatu yang LEBIH kepada anda jika anda berhajat untuk mempelajari membuat kuih apam. Kalau berminat, sila klik banner di bawah ini sekarang juga. Selamat berniaga.
2 Comments
saya suka makan apam yang panas-panas..
memang best
saya pun bro