Semenjak saya duduk di Penang ini, saya memang nampak akan peluang bisnes makanan. Bapa saya yang baru sahaja datang ke Pulau Pinang ini sendiri berkata “kat sini banyak betul kedai makan” begini. Tidak keterlaluan kalau saya katakan sepanjang jalan pasti ada kedai makan. Kedai jual burger pun ada. Adakah anda mahu menjadi usahawan burger? Bimbang tidak laku? Jangan risau, bisnes jual burger tepi jalan tetap laku kalau kena caranya.
Sebenarnya sebelum kita menjadi usahawan burger, seharusnya anda kena fikir satu benda ini dahulu iaitu adalah burger masakan anda itu sedap atau tidak. SILA JANGAN SYOK SENDIRI. Anda mungkin makan anda rasa sedap, tetapi pelanggan majoritinya merasakan burger anda tidak sedap. Anda hendak buat duit, jual burger untuk anda sendiri makan atau pelanggan makan? Jadi sila ikuti kehendak pelanggan anda dan perbaiki rasa.
Ebook Lengkap Usahawan Burger
Setelah sedap, variasi dan kepelbagaian burger juga menjadi sebab kenapa gerai burger anda laris dan mendapat tempat di hati peminat burger. Ada orang datang ke kedai burger hanya kerana gerai tersebut “special”. Mungkin mereka bukan sahaja menjual burger. Mereka mungkin ada menjual roti john, kebab, nasi lemak dan sebagainya. Semua ini adalah nilai tambah yang perlu anda lihat jika anda serius mahu menjadi usahawan burger yang berjaya.
Saya ada seorang rakan kaki makan. Beliau jenis suka mencuba macam macam makanan. Dan beliau juga seorang peminat burger. Tidak kisah samada burger biasa atau burger bakar atau kedai yang menjual burger dan makan di kedai. Beliau selalu akan beritahu saya di mana stall burger yang beliau rasakan sedap dan berbaloi untuk dicuba. Di sini apa yang anda dapat lihat? Pelanggan datang membeli kerana banyak faktor.
Jikalau anda masih baru, belum berpengalaman menjual burger dan mahu menjadi usahawan burger. Saya menjemput anda mendapatkan Ebook Bisnes Burger ini yang dibuat khas untuk usahawan seperti anda. Ianya akan membimbing anda bagaimana untuk memulakan bisnes menjual burger secara kecil kecilan dan juga memberikan anda resepi special bagaimana anda boleh membuat patty daging burger sendiri kalau anda mahu. Berminat? Sila klik banner di bawah ini. Selamat berjaya.