Sangat jarang rasanya untuk saya me-review filem filem di Malaysia ini melainkan ianya satu filem yang saya memang teruja hendak tonton dan berkongsi dengan anda akan pandangan saya selepas menonton filem berkenaan. Semalam saya berkesempatan menonton filem Bravo 5 iaitu sebuah filem melayu tentang peperangan menentang komunis di Tanah Melayu (Malaysia) suatu ketika dahulu. Sinopsis atau review adalah berdasarkan fahaman saya sahaja dan bukannya dari sumber yang sah. Harap maklum.
Sebenarnya saya sudah tahu akan kehadiran filem ini tahun tahun lalu kerana ada terbaca mengenai proses pembikinan filem yang berunsurkan ketenteraan Malaysia. Oleh kerana filem melayu bercorak tentera sangat sangat kurang, saya sudah pasti teruja untuk menantikannya dengan harapan ianya memberikan pengalaman tontonan yang menarik. Kita sebagai penonton sudah pasti mempunyai harapan terhadap filem berkenaan.
Sinopsia Dan Review Bravo 5 2015 Malaysia
Tarikh 10 September 2015 semalam di pilih sebagai hari pertama tayangan Bravo 5 di pawagam Malaysia. Sebelum tayangan bermula, ada tayangan nyanyian Lagu Negaraku di mainkan dan penonton di minta berdiri bagi menghormati lagu negaraku. Majoriti berdiri menghormati tanpa apa apa masalah. Saya memang mengharap semua penonton dapat melakukannya tanpa berfikiran negatif. Rasanya tiada apa yang salah tentang keperluan berdiri ketika lagu negaraku di mainkan di pawagam.
Sebelum itu saya mahu berkongsi dengan anda akan beberapa pelakon yang mungkin dikenali oleh anda yang menjayakan movie filem Bravo 5 ini iaitu Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong dan Frank Peterson. Sinopsis ringkas dari apa yang saya faham melalui tontonan saya semalam adalah berkenaan Pasukan Komando Malaysia seramai 5 orang yang diketuai oleh Remy Ishak untuk memasuki hutan dan menyerang saki baki kumpulan komunis yang masih ada.
Di bawah ini adalah Review Bravo 5 dari saya sendiri berdasarkan pandangan saya sendiri:
Permulaan Filem Bravo 5 – Semasa mula mula tonton memang seronok. Kesan bunyi lagu membangkitkan semangat yang filem ini mempunyai kualiti audio yang bagi saya 4.5/5. Membawa penonton untuk faham sedikit sebanyak apa yang berlaku dan bagaimana komando 5 orang terbentuk. Terbaik
Filem Bravo 5 mempunyai ciri ciri semangat 1Malaysia kerana pasukan komando terdiri daripada bangsa 2 orang Melayu, 1 Cina, 1 India dan juga seorang dari Sabah/Sarawak (Sabah atau Sarawak saya tidak pasti)
Pertengahan – Filem Bravo 5 berjalan dengan agak baik tetapi jalan cerita sepertinya agak perlahan. Hampir tiada aksi kerana pihak Komando Malaysia iaitu 5 orang ini tidak mahu membuat serangan kerana lebih memilih kaedah serang hendap. Menembak apabila perlu. Sebagai penonton kita faham akan sebab sebab “taktikal” ini. Tetapi bagi kita yang mahu melihat aksi, ianya terbantut kerana banyak masa habis di dalam hutan tanpa aksi. sepatutnya setiap komando di gilap kemampuan masing masing. Dengan kata lain pihak filem harus menampakkan setiap komando bermain watak dengan baik dan mempunyai ciri ciri khas. Namun hampa, ianya tiada.
Akhir – Aksi bermula, tembak menembak berlaku. Seramai 4 orang komando terbunuh. Yang selamat hanya seorang iaitu Beto Kusyairi. Aksi dari pasukan komando seperti tidak digilap dengan baik. Tidak banyak aksi serang balas. Perasaan “cemas” sepertinya kurang memberi rasa. Peranan bantuan pasukan “artileri” tidak ditonjolkan dengan baik. Dan pasukan komunis seperti orang “malas” sahaja. Tidak nampak ketakutan pada kumpulan komunis.
Ringkasan filem Bravo 5 ini, permulaan yang sangat baik dan teruja, mula berasa sedikit bosan pertengahan dan penutup filem yang tidak memberi kesan mendalam memberikan saya tanggapan ianya belum cukup bagus untuk saya katakan bagus. Sebagai sebuah filem perang berdasarkan sejarah, saya mahu ianya lebih memberi kesan kepada jiwa penonton. Kita faham, perang tidak semestinya perlu aksi tembak menembak, namun skrip cerita yang kurang mantap memberikan rasa lemah kepada keseluruhan filem ini. Inilah review Bravo 5 dari saya berdasarkan pendapat saya sendiri. Skor markah saya boleh beri 3/5.
4 Comments
okeh.
aku rasa memang antara filem yang kena tengok selepas kapsul ni.
Belum sempat tengok .Saya suka cerita patriotik.Sampai sekarang kalau tengok Peristiwa Bukit Kepong tetap sebak.Lebih sebak bila tengok keadaan negara sekarang.
Actually filem ni banyak babak dipotong termasuk babak operasi cari dan musnah oleh pasukan bantuan.. Dan sungguh menghampakan tambah pula pengarah filem itu kurang homework dalam citer nie
agak seronok cuma kurang puas sebab ada pengisian yang kurang menyerlah