Cara buat artikel Amazon – Selepas menghadiri sesi webinar online semalam. Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsikan dengan anda di dalam artikel ini. Perkongsian ini adalah lebih kepada bermatlamat untuk berkongsi sedikit cebisan tips yang boleh memberikan anda idea akan apa yang perlu anda lakukan. Sedih juga saya melihat komen komen di group affiliate Amazon sampaikan ada yang bertanya soalan seperti “kenapa tiada orang beli di kedai saya?”, “kenapa trafik saya hanya 1 setiap hari”, “macam mana hendak tarik trafik” dan sebagainya. Anda ada masalah.
Sebenarnya, apabila tawaran Nichify di buka untuk membolehkan anda membuat duit dengan affiliate Amazon, ramai yang tertarik dengan tawaran yang anda boleh jana pendapatan dalam USD. Ianya memang menarik sehinggakan saya sendiri terus mendapatkannya. Namun ada beberapa hal yang saya rasakan menjadi punca masalah kepada soalan di atas iaitu penawaran untuk membina kedai affiliate amazon tersebut lebih sesuai buat golongan blogger sahaja. Orang biasa yang tiada asas blogging seharusnya di sekat dahulu buat masa ini.
Kelebihan Dan Keperluan Buat Artikel Untuk Kedai Amazon Anda
KENAPA? Bila anda tiada asas blogging, anda tidak tahu apa itu trafik, apa itu SEO, apa itu backlink, apa itu pengiklanan dan banyak lagi. Basic asas seo dan juga pengetahuan asas sedikit tentang trafik adalah perlu. Masalah timbul anda tidak tahu langsung tetapi berminat. Bagi saya lebih baik belajar asas dahulu baru berjinak buat duit dengan amazon. Bukan tidak boleh. Tetapi ianya menjadi masalah kerana soalan soalan yang anda lemparkan membuat sukar bagi orang untuk menjawabnya untuk anda. Bukan tidak boleh bertanya, tetapi ianya mengambil masa agak lama untuk menjelaskan supaya anda faham.
Kepada yang sudah faham akan asas seo, trafik, dan juga backlink. Anda mungkin bertanya apakah anda perlu untuk membuat artikel pada kedai affiliate amazon anda. Jika anda tanyakan kepada saya, saya akan menggalakkan anda membuat paling kurang minima 5 artikel. Kalau boleh 10 artikel. Lebih lagi bagus. Tahukah anda SEO dan juga backlink yang anda bina itu lebih kepada Off Page SEO. Kalau anda hasilkan artikel, maka anda sudah berjaya menyiapkan strategi melalui On Page SEO pula.
Maka dengan adanya artikel, SEO anda menjadi lengkap dan lebih kuat. Maka sudah tentu kedai affiliate amazon anda akan lebih bagus rank di Google. Kalau anda mahukan trafik percuma dari Google, maka laburlah sedikit wang untuk mendapatkan artikel. Kalau anda tidak tahu menulis dan tidak tahu bahasa english. Anda boleh upah orang buat artikel product review dalam english untuk anda. Dalam kes anda ini, saya menggalakkan anda menggunakan servis dari iWiter.com untuk membeli artikel english. Harap anda dapat sesuatu di artikel ini. Selamat buat duit usd dengan Amazon..