Salam kepada pembaca. Saya akan dedahkan kepada anda bagaimana tauke cina di Malaysia boleh jalankan dan buat duit bisnes dengan barangan China dengan mudah. Apa yang bakal saya tunjukkan ini mungkin akan membuatkan anda membuka mata tentang keuntungan yang boleh anda perolehi jika anda pun berminat menjalankan bisnes anda nanti. Dan sedikit pembukaan dari saya, kebanyakkan barang yang dijual di Malaysia majoritinya adalah dari negara China. Anda tahu?
Anda pergi sahaja kedai aksesori rumah, aksesori kenderaan, produk barangan dapur, pertukangan, beg, pakaian, kasut, cenderahati dan banyak lagi, semua ini sebenarnya dari China. Kalau hendak jalankan bisnes menjual barang, anda pergi sahaja ke negara China. Lawat gudang dan kilang mereka. Pasti anda akan tertarik dengan barangan dan harga murah yang mereka tawarkan. Tetapi ada cara lain juga hendak dapatkan barangan China yang murah tanpa ke China iaitu beli melalui internet.
Jana Untung Mudah BuatĀ Bisnes Dengan Barangan China
Baiklah, tanpa membuang masa, saya pertontonkan kepada anda akan gambar bukti barangan harga dari China dan harga yang dijual di Malaysia. Contoh yang akan saya buat ini adalah contoh untuk pembelian sebuah basikal dari China yang kemudiannya dijual di pasaran Malaysia. Anda boleh lihat dengan jelas bagaimana sebuah basikal yang sama dijual dengan harga berbeza. Beginilah bagaimana tauke di Malaysia berjaya buat untung besar melaluiĀ bisnes dengan barangan China.
Pertama sekali lihat gambar pertama di atas. Gambar pertama adalah produk basikal dari jenis jenama Phoenix CB 990 yang dijual di website eCommerce China dengan harga 2999 Yuan China. Dan apabila harga 2999 Yuan China di tukar kepada Ringgit Malaysia (RM), ianya menjadi harga RM1883 sahaja (mengikut kiraan tukaran wang asing 1 Jan 2018). Saya harap anda tahu cara kiraan pertukaraan matawang ini.
Sekarang anda lihat pula gambar ke-dua di atas ini. Gambar ini memaparkan basikal jenama Phoenix CB 990 yang sama melalui website eCommerce Malaysia. Cuba anda lihat harga yang dipaparkan. Harga yang di jual di Malaysia adalah berharga RM2272 sebuah. Harga yang dijual di China adalah RM1883 sahaja. Perbezaan harga adalah sebanyak RM2272 – RM1883 = RM389. Dengan kata lain, pemilik kedai basikal ini membuat keuntungan kasar sebanyak RM389 untuk sebuah basikal jenama Phoenix CB 990 ini. Saya harap perkongsian saya ini memberikan anda idea bagaimana anda pun boleh jana untung melalui bisnes dengan barangan China.